Mini Marble Chiffon Cake
| Masakan - Kek |
| Share |

Ros buat kek ni hari khamis lepas, lebih kurang pukul 5 petang lah, saje nak merasmikan acuan mini chiffon yang ros beli kat kedai SERIA (100yenshop) hari tu, ros amik resepi ni dekat pembalut acuan kek ni je, nampak bahan pun senang, tu yang terus boleh buat tu. resepi ni sebenarnya plain je, ros je pandai-pandai marble kan. : )
Bahan-bahanya - ( Acuan Mini Kek Chiffon 10cm)
1 biji telur (saiz L)
20 gram gula
20 gram tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar susu segar@air
Cara-caranya
1. Asing putih dan kuning telur, kemudian putar putih telur hingga berbuih dan masukkan 15gram gula, pukul lagi hingga kental dan menjadi merigue, ketepikan.
2. Kemudian putar pula kuning telur bersama, baki gula dan susu, putar hingga kembang, masa ni nak pakai handwhisker pun boleh, tak perlu guna electic mixer tu. Setelah kembang masukkan tepung dan kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan meringue sedikit demi sedikit dan guna cara kaup balik iaitu kaup adunan dari bawah ke atas, ulang langkah tadi sehingga meringue habis, pastikan semua sebati dan akhir sekali baru masukkan minyak masak, kacau lagi.
4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian, dua bahagian di warnakan dengan warna merah dan hijau dan satu lagi biarkan warna asal, Tuang berselang seli aduanan merah, hijau dan warna asal dan akhir sekali ambil garpu dan lorekkan perlahan, bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit
5. Setelah masak terbalikkan kek di atas gelas dan apabila sudah sejuk baru keluarkan dari acuan, sedia untuk dihidangkan. selamat mencuba.
( Masa dah masak tu, kek chiffon ni tak naik sangat, nak tau sebab ape, ros menderhaka sikit dengan resepi kt atas tu, ros guna telur saiz M, sebab kt dalam peti ais tu takde telur saiz L, lain kali memang kena guna saiz L lah, baru naik cantik, tulah menderhaka lagi, tapi paling penting kek chiffon ni tetap lembut dan gebus)

kek marble chiffon sebelum dibakar

baru lepas disejukkan dan dikeluarkan dari acuan

siap dipotong kecil-kecil

Nota: Kek chiffon ni memang comel sangat lah, anak-anak makan sekali hadap je, ummi dapatlah rasa sepotong, suke pulak diarong makan, sebab lembut kot, lainkali ummi buat lagi ye, nak gi carik acuan kek chiffon yang besar sikitlah, baru puas satu family makan nanti.
| Share |

















Comments
rasanye buleh je guna acuan biasa tu, cuma tak lawa lah kot, kakros tak pernah buat lak, yus try ya, mane tau jadi heheee
salam kak Along, gebu tu gebu kak, cuma tak naik sgt, uwaaaa
kakros masih ingat lagi kt anis ni, hehee, rajin masak gak kan, amacam study ok? nnt try tau kek cipon ni, gi carik acuan dulu kt 100yen shop heeheee
kak yat, kaler je santek, tp kek nye tak naik sgt uwaaaaaa
RSS feed for comments to this post.