Mocha Chocolate Cake
| Masakan - Kek |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan salam sejatera semua, di hari Jumaat yang Mulia ni ros nak kongsikan resepi kek coklat mocha yang sungguh lembut dan sedap, kek coklat ni ros guna acuan tak besar, acuan tu ber ukuran 16cm je, ros hias kek ni dengan whipping cream yang dicampur dengan serbuk koko, biar nampak berseri sikit khas untuk anak-anak, resepi ade kat bawah ni ye. Buat kek ni pun saje je, takde ape pun yang special, tetiba je terasa nak makan, kalau nak gandakan adunan ni pun boleh ye, boleh dapat acuan loyang besar sikit. : )
Mocha Chocolate Cakesumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula
1/4 cawan susu segar suam
2 sudu kecil instant coffe yang dicampur dengan 2 sudu besar air panas
1/4 cawan serbuk koko
2 biji telur
beberapa titik esen vanila
*Untuk Topping dan Hiasan*
* 200ml whpping cream+2 sudu besar gula+ 2 sudu besar serbuk koko*
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang, selepas itu masukan telur satu persatu, dan pukul lagi. ( masa ni guna mixer ye) .
2. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila serta bancuhan instant coffee, kacau sebati. jangan over mix, takut adunan tercair nanti.
3. Alaskan acuan bulat ber ukuran 16cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan bakar pada suhu 180darjah selama 40 minit ke 50 minit, sejukkan atas redai, untuk hiasan, pukul whipping cream, gula dan serbuk koko hingga kental. kek dibahagi dua dan sapukan whipping cream di atasnya dan sapukan juga pada keseluruhan kek, hias ikut kreativiti anda, selamat Mencuba.

dalam whipping cream tu juga ros letakan biskut oreo

lembut dan wangi je kek ni sebab ade aroma instant coffe

Nota: setelah kek ni dihias ros simpan di dalam peti ais, baru sedap dimakan, biar sejuk sikit whipping cream tu,. Abaikan je, kek ros yang comot ni ye, sebab ros memang tak pandai hias kek, main sapu je cream tu hihihi.
| Share |

















Comments
salam kak jun, kek simple je kak, heehehe, nnt akak try bua tya
salam kakrose, meh sini join ros makan kek ya, sedap sgt ni
hahaha cantik ke kak mas? ros tgk comot je kek tu, malu tau...hahahahhaa
salam mama, takpe baru nak blajar, saya pun amatur lagi ni, byk yang perlu saya belajar lagi, mari kita tambahkan lg ilmu memasak ni ya, good luck buat kek ni ya
salam kak nani, try lah buat kek ni kak, senang je bahan nye tu, bab hias tu, topping je ape2, janji nampak sedap heehehehe
slmt buat ya ain, nnt dah siap bagi kakros sikit tau, heheeheheh
salam cik wan sila 2 ....
kira cantik la ros deko kek tu, kalau k.mas tahu tuang coklat atas kek jer..he..he..
uihhhhh... !!
uihhhhh....!!
sedapnye mocha kek ni... ala2 nampak dari atas tadi cam tiramisu...
anak akak yg no.1 asyik soh akak wat tiramisu je.. tapi.. akak tak pandaiii wat lagi.. banyak kek tak test wat lagi.. :( sian dia kan kan..
RSS feed for comments to this post.