Oreo Cheese Cupcake
| Masakan - Kek |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua pelawat BSM, semua sihat ke? Hari ni ros nak kongsikan resepi cheese cupcake yang menggunakan biskut Oreo, tapi ros tak gunakan biskut oreo, ros gunakan biskut ala oreo, jenama jacknjill cream o, sebab yang tu je ade, tak kisahlah kan, janji serupa bentuk dan warnanya. Sedap cheese cup cakes ni, lembut je teksturnya, anak-anak pun suke, ros buat setengah adunan je dari bahan di bawah, resepi asal dari blog citarasawan, ramai jugak dah mencuba, Kak Zana, Kak Hawa dan Chikadakbiru, pada Kak Wan, trima kasih kerana berkongsi resepi yang sedap ni, Halalkan resepi nye ya dan izinkan ros kongsikan di BSM pula. : )
Oreo Cheese Cup Cakes
Sumber resepi: Kak Wan Citarasawan
Bahan-bahan
2 packet biskut oreo (1/2 utk base dan 1/2 utk filing dan toping, dibuang creamnya)
250gm cream cheese - suhu bilik
30gm mentega
100gm gula kaster
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50gm serbuk oreo (ros x letak)
- ros tambah 50ml whipping cream.
( ros ikut cara CB tambahkan 1 sudu besar tepung gandum dalam adunan ni)
Hiasan : Serbuk oreo secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan tart dan cawan kertas, masukkan sekeping biskut oreo di tengahnya sebagai base (dasar). Ketepikan dahulu.
2. Putar cream cheese, mentega, gula dan esen vanila hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga licin dan tidak berketul. Masukkan serbuk oreo, gaul hingga sebati. ( masa ni ros masukkan juga 50ml whipping cream dan pukul sebati.
3. Masukkan ke dalam piping bag, gunting muncungnya. Kemudian pipekan ke atas biskut oreo.
4. Taburkan di atasnya dengan serbuk oreo dan bakar selama 20-25 minit. Sejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk atau semalaman.
- ros ikut cara CB tu, biskut oreo di potong 4 bahagian dan letak di 4 penjuru cupcakes, lagi berseri rupanya cupcakes ni nanti.

comel je oreo cupcake ni, rupa pun berseri

1/2 adunan dari bahan di atas, ros dapat dalam 9 biji cup cakes

Nota: Ros gunakan suhu 160 darjah untuk memasak cup cakes ni, supaya warna tidak bergitu perang atau pecah di permukaannya dan bakar selama 25 minit.
| Share |

















Comments
serbuk oreo tu...biskut oreo tu d'blend ker or ada jual yg ready made yer?tq
ape maksud akak....saye tgk pic akk tjuk 2...kt bwh 2....xnampak mcm sekeping oreo pun.....xphm.....hehe
kena letak, baru sedap dan bercream heheeee
separuh buat base, separuh lagi cucuk kt tepinye dan letak atasnye...harap dapat membantu ye..
ros bakar mcm biasa je
teringin nak cuba.. tapi agak confuse.. ermm.. akak tulis letakkan oreo sebagai dasar (base)..
tapi nampaknya biskut tu kat atas pulak.. memang akan jadi macam tu ke? hehe.. maaflah.. tak pernah buat muffin, so tak tau sgt.. hrp akak dpt jwb soalan saya..
salam kak mas, sedap kan nampak, nnt akak try ya, dah siap bagi ros tau heheeeee
salam kak nieza, miss u, hehee nanti akak try cupcakes ni ya, senang je, sedap pun sedap, nak tumpang makan buleh2 heheeee
salam mimey, kuning lawa kan cupcakes ni, dah try lom?
salam syafinas, ros guna cupcakes saiz biasa, bukan yang kecik tu, saiz cupcakes muffin biasa
salam zawani, saya umur 29 asal org nogori sembilan, husband org ganu
dapat dalam 8 biji cupcakes, nnt cuba ya
RSS feed for comments to this post.