Koleksi Perkakas dan Acuan Silicon
| Masakan - Kek |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, hari ni kita dah mula berpuasa, Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk menjalani Ibadah Puasa pada tahun ini, Ros sekarang ni tak boleh tengok acuan silicon yang dijual di internet, berkenan je, ros kumpul semua acuan silicon ni masa duduk jepun dulu, dan baru hari tu tambah lagi satu koleksi acuan silicon bunga ros pemberian dari Love2cook, terima kasih ya love, ros suke guna acuan silicon ni sebabnya ialah-
1. Acuan nye cantik dan bermacam-macam warna serta pelbagai bentuk yang menawan.
2. Paling penting senang untuk dibasuh dan dan dikeringkan.
3. Boleh digunakan untuk mengukus, membakar dan dijadikan acuan untuk puding atau agar-agar, kiranya banyak fungsi lah.
4. Tidak berkarat dan tahan lasak.
5. Harganya agak mahal tapi sangat berbaloi sebab tahan lama.
6. Mudah untuk disimpan dan ade juga bekas silicon ini boleh dilipat, jimat ruang.
- Di bawah ini ade beberapa gambar acuan silicon yang telah ros miliki, jom jamu mata, kalau ade koleksi terbaru lagi, nanti ros kongsikan ye. Semua ni buat semangat supaya Ros lebih rajin memasak.

penggelek doh ni atasnye tu dari silicon, tak melekat, senang nak terap doh

acuan puding nak mini cake

bekas adunan ni boleh dilipat dan jimat ruang

hand whisker, berus gliss dan alas silicon yang berwarna warni

acuan silicon donut, tak rasmi lagi acuan ni, bilalah nak buat ni agaknye heheehehehee
Nota: Mak ros kata semua acuan silicon ni macam barang permainan je, damia pun suke main, sebab colorful kot, tu yang kena simpan tempat selamat tu, kalau tidak, habislah damia main Mak Mak...: )
| Share |

















Comments
comel lah dan nmpk senang nk jaga
RSS feed for comments to this post.