Masakan - Kek

Share

Assalammualaikum dan selamat petang semua, semalam ros tengok Kak Ummi Kuantan buat kek pisang coklat rice, terus teringin nak makan, tapi ros tak campur coklat rice, ros marble kan dengan coklat dan kukus, guna acuan silicon warna pink tu baru lah cantik kejadiannye, seperti biasa anak-anak lah paling suke, sebab ade unsur coklat kan, menu minum petang hari ni dah siap, nanti ade masa cuba ya, sedap dan gebu je kek ni.

Kek Pisang Marble Kukus
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-Bahannya
2 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak ( atau butter yang dicairkan)
3/4 cawan gula
5 biji pisang yang sudah ranum dilecek dengan secubit garam (3/4 cawan)
1/2 cawan susu soya ( nak guna susu segar atau santan pun boleh)
beberapa titik esen vanila
4 sudu besar serbuk koko atau 1 sudu besar coklat emulco ( untuk lapisan coklat)

Cara-caranya

1. Lecek pisang bersama secubit garam hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu soya, kacau sebati.

3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian di masukkan dengan 4 sudu besar serbuk koko dan kacau sebati.

4. Panaskan kukusan, pastikan acuan silicon di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, sendukkan adunan apam pisang coklat berselang seli dengan adunan asal dan pastikan adunan 3/4 acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Kukus selama 40 minit hingga 1 jam dengan menggunakan api sederhana. Selamat Mengukus. : )

kek pisang marble kukus ku : )

elok je naik cantiknya tinggal nak potong je

keratan rentas kek pisang marble , jemput makan semua

Nota, ade lebih sikit adunan ni, ros kukus dalam acuan silicon bentuk star, love dan bulat, dan ros kukus 15 minit.

Share

 

Comments  

 
0 #4 aika 2013-01-01 14:44
Kakasma n lis, sy adef jual mould tu
Quote
 
 
0 #3 lis 2012-01-09 17:01
salam kak,
mcna rupa bentuk acuan silicon tu ye n kt mana blh dpt?huhu sorila sy br nk bljr buat kek ni..erm kalu sy pukul telur tu guna sudu je smpi kembang blh ke?sb xde mixer..or blh guna blender?
Quote
 
 
0 #2 mash 2012-01-06 11:34
sedap, nampaknye... klas u ros
Quote
 
 
0 #1 kakasma 2012-01-05 16:09
mmg cantik dan nampak gebu kejadain kek mu itew ros..kalau guna silikon gitu yer..waa mana nak cari mould camgitu yer...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh