Masakan - Kek

Share

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, ros tak ingat ros buat rare yogurt mango cake ni hari ape, kununye nak letak biskut bawahnye tapi tak rajin nak menghancurkan dan menekan basenye heheehheehe, kebetulan ade sebiji buah mangga yang ranum tu, masukkan jelah dalam adunan tu, lagi satu ros beli mangga tu sebenarnya nak buat mango crepe tapi tak jadi-jadi crepe nye, last-last ini yang jadi, resepi cukup simple nak buat pun tak perlu guna mixer, cuma guna hand whisker je...ataupun spatula biasa, resepi di bawah ni ye, selamat mencuba.

Rare Yogurt Mango Cake
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

100 gram Plain Yogurt
100ml fresh cram/whipping cream/nama cream
40gm gula
10 gram gelatin ( halalgel)
50ml air
1/2 biji isi buah mangga

Bahan untuk topping
1/2 biji isi mangga
1 sudu madu

Cara-caranya

1. masukkan 50ml air dan gelatin di dalam periuk dan masak hingga gelatin hancur, setelah gelatin larut, tutup api dan ketepikan.

2. di dalam bekas adunan, satukan fresh cream dan gula, dengan menggunakan whisker kacau sebati, kemudian masukkan plain yogurt, isi buah mangga dan larutan gelatin. kacau sebati.

3. Masukan ke dalam acuan silicon pelbagai bentuk dan sejukkan di dalam peti ais selama beberapa jam, keluarkan dari acuan dan letakkan di atas piring, curahkan bahan topping iaitu isi buah mangga dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

acuan silicon bentuk bintang dan love yang ros gunakan

topping sikit dengan isi buah mangga

creamy dan fruity rasanya

Nota: Kalau nak letak biskut yang dihancurkan sebagai base pun boleh tau, lagi sedap jadinya nanti.

Share

 

Comments  

 
0 #1 Yati 2012-12-16 00:40
A'slmkum. Sy yati dr jb ingin bertnya. Sy baru berjinak2 ingin membuat kuih drpd Internet. Tp sy kurg Pham klau sy beli whipping cream non daily, balance cream tu nak dibekukan atau dibiarkan cair? Okay terima kasih.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh