Masakan - Kek

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua pelawat blog Bukan Sekadar Masakan, fuhhhh lamanye ros tak mengemaskini blog, ade je agenda nak dibuat, bukanye tak masak, masak je hari-hari cuma, nak keluarkan camera DSLR dan taip resepi tu je takde masa, ke alasan semata, hihihi, tapi betul memang busy sikit kebelakangan ni, hari ni ros akan konsgikan dengan semua satu jenis kek, gabungan redvelvet dan baked cheese cake, hasilnya cukup rich dengan rasa keju dan redvelvet yang sungguh gebu, ros buat bakar dalam acuan petak biasa je. Resepi boleh rujuk dibawah ni ya, Selamat Mencuba.

Redvelvet Cheese Cake
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya (untuk lapisan redvelvet kek)
170gram tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
1 biji telur
65gram butter
140gram gula
1sudu besar cuka
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar sirap @ pewarna merah

Untuk buttermilk
120ml susu segar
1 sudu besar cuka

Bahan lapisan atas ( baked cheese cake)
120gram cream cheese
50ml fresh cream
4 sudu besar gula
20gram tepung gandum
1 biji telur 
50gram plain yogurt@natural yogurt
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya

1. Mula-mula buat buttermilk dahulu, dengan mencampurkan susu segar dan cuka, kacau dan ketepikan.

2. Kemudian ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam, jika ayak dua kali lagi bagus dan amat digalakkan.

3. Selepas itu di dalam bekas adunan, putar butter bersama gula, masukkan sebiji telur dan pukul lagi hingga agak kembang.

4. kemudian masukkan tepung yang di ayak tadi berselelang seli dengan buttermilk, kacau sebati, selepas itu masukkan sirap, esen vanila dan cuka, gaul sebati semua bahan. Ambil 3 sudu besar adunan redvelvet dan ketepikan, ( adunan ini untuk di jalurkan atas cheese cake nanti)  Alas acuan petak dengan kertas minyak, curahkan adunan kek redvelvet di dalam acuan. panaskan oven suhu 170 darjah dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak.

5. Sementara itu, buat adunan baked cheese cake, lembutkan cream cheese, pukul cream keju dengan mixer hingga lembut, kemudian masukkan sebiji telur, gula, esen vanila dan fresh cream, pukul hingga semuanya sebati, akhir sekali masukkan plain yogurt dan tepung gandum,  gaul sebati, Setelah kek redvelvet masak, curahkan adunan cheese cake tadi di atasnya, jalurkan di atas cheese cake tadi dengan adunan redvelvet dan lorekkan nye mengikut kreativiti masing-masing, bakar pada suhu 150 darjah selama 15 ke 18 minit sahaja.

6. Setelah siap dibakar, sejukkan di atas redai, di ingatkan supaya tidak dipotong terus, setelah kek sejuk, wrap kemas keseluruhan kek dan simpan di dalam peti sejuk semalaman, langkah ini penting bagi mendapatkan kek yang moist dan makin gebu bila dimakan nanti, dan kek ini sangat sedap bila dihidangkan sejuk.

( disarankan dan digalakkan ketika membakar lapisan atas tu, lapisan cheese, gunakan cara water bath, -letakkan sedikit air di dalam dulang pembakar dan bakar seperti biasa)

Nota: Pastikan acuan di alas dengan kertas minyak supaya kek senang di keluakan dari acuan, dan kek hendaklah di sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

Share

 

Comments  

 
0 #1 Nani 2014-03-31 14:45
Tq rose.. oh buttermilk tu bole campur cuka ye.. aritu tgk resepi lain campur jus lemon.. kena try ni.. tq tuk resepinye
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh