Muffin Pisang Inti Coklat
| Masakan - Kek |
| Share |

Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
1 cawan suku gula ( 1 1/3 cawan)
2 biji pisang yang ranum
1\2 cawan minyak masak
2 biji telur
1\3 cawan ( suku) susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanila
beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)
Cara-caranya
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.

-beratur untuk proses pembakaran-

-selepas dibakar-

-setelah dibuang kulit luarnya-

- sebelum dimakan, muffin pisang ni memang lembut dan gebu je sepanjang masa-
Nota: Kalau nak letak dalam acuan loyang bulat, jadilah kek pisang, tapi lebihkan kuantiti susu segar tu ye, guna 1/2 cawan, kalau muffin kita kena kurangkan susu segar tu, muffin pisang ni memang senang nak buat, bahan pun tak banyak. Anak-anak pasti menggemarinya, lagi-lagi ade coklat sebagai intinya tu. : )
| Share |


















Comments
mmg sedap..da byk kali buat..
muffin nye cup tu beli kt jepun, heheehe, sedap muffin ni tau
nak buat gak jgk la muffin nie.. kebetulan lak ada bnyk pisang kat umah.. nyum2..
salam aem, kalau rasa jadi hitam hangit, kurangkan suhu tu ya, dan cepatkan masa pembkaran, nampak perang je terus angkat mufifn ni ya...
aa buleh buleh copy je, pastu print kasi kakshima, nnt kim slm ye...heheeh slmt makan muffin ye, sedap tau, lembut gebus je heeheee
ros aku curi resepi eh...pisang kat rumah tgh byk...nak suruh shima buat..hehe
jgn terkam skrin tiha, gi dapur sana buat, cukup bahan tak, tak cukup esok lusa buleh try ya..sedap tau muffin ni..lembut je sepanjang masa
nanti klu love ade pisang lebih yang dah ranum boleh try resepi ni, senang je tu, sure anak2 Love suke, sbb anak-anak ros ni asyik minta je, nasib baik buat banyak hihi
seronok layan tetamu, makan-makan, suke tgk diaorng pun bertambah, emi nnt datang sini ros masakkan ya, muffin ade dua ketul lagi ni, klu dekat leh kasi emi..hihihi
salam sue, aah muffin ni gebus je tau, nnt ade pisang nak expired leh try, bahan pun senang je tu
Gebusss nya muffin Ros ni
RSS feed for comments to this post.