Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Keluarga

14+8=22 Placenta Previa Part 2

Blog - Keluarga

Bersambung dengan Part 2, setelah ros ditempatkan di ICU, keadaan ros masih tidak stabil, mengigil, sakit kepala, berdebar-debar, dan badan lemah, kesan dari ubat yang ros ambil dan disebabkan kehilangan darah yang banyak pada hari sebelumnya, makan pun tak lalu sangat, perasaan dan hati asyik ingat kat anak-anak je, sampai termimpi-mimpi.

14 Hari di tahan di ICU tu memang di jaga dengan rapilah,2 jam sekali nurse datang check, degupan jantung baby dan keadaaan ros,  5 hari duduk bilik sorang, lepas tu ros mintak bilik kongsi-kongsi sebab rasa sunyi sangat, abang pun tak boleh datang lawat ros hari-hari sebab anak-anak takde siapa nak jaga, dalam masa ni abang kena cuti, nasib baik ade annual leave, yang ros rasa bersyukur sangat ialah sepanjang ros berada di hospital, anak-anak sihat je, tak demam. Alhamdulillah Allah permudahkan Hal keluarga dan anak-anak ros.

Bila dah terlalu lama di hospital, makanan semua rasa tawar, mengadu juga dengan husband ros, dan ke-esokkan hari nya, abang bawakkan ros kari ayam, dua hari lepas tu cekodok pisang, tak sangka betul, dalam sibuk-sibuk uruskan rumah dan anak-anak tu sempat lagi dia masakkan untuk ros, memang terharu sangat.

Masa ni lah, telefon bimbit (i-phone) ros menjadi kawan paling rapat, dapat mesej, call dan dapat juga melayari internet di kala kebosanan, dan masa ni juga, berita yang cukup membuat ros tersenyum, iaitu 13 resepi roti ros diterbitkan di dalam majalah minggu wanita, ramai yang ucap tahniah, gembira di kala duka, dan selang beberapa hari lepas tu, hari lahir anas pula yang ke-2,tiada kek hari jadi, tiada hadiah, hanya ucapan dan gambar anas sahaja menjadi tatapan, hari tu ros hiba  dan sedih je.

Tarikh penting yang berlaku sepanjang ros di hospital ialah

1-8 Julai = Gambar dan resepi ros masuk majalah mingguan wanita

7 Julai = Genaplah 5 Tahun ros datang ke Jepun, hari rasmi menjadi perantau.

8 Julai = Hari Lahir Anas yang ke-2 tahun.

Setelah 2 minggu di Aizenbashi Hospital, 9 Julai, Jumaat, ros ditukarkan pula ke Hospital Osaka Center, masa ni naik ambulance lagi, Hospital biasa yang ros selalu gi checkup tu, ingatkan dah boleh balik rumah dah,rupanya kena tahan lagi seminggu sebab doctor kata margin untuk masukkan air pada ros tak cukup lagi, kecewa sungguh masa ni, abang pun terkejut, yelah kan cuti dah habis, fikir punya fikir, ros minta Kak Tatie tolong jagakan anak-anak ros sementara abang keje, bayangkan lah anak-anak kena bangun se-awal 6 pagi, perjalan pergi dan balik dari rumah kami ke rumah Kak Tatie mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah pergi dan 1 jam setengah balik, lepas hantar anak abang kena pergi keje pulak, kesian sangat dengan anak-anak dan abang masa ni, berkorban demi ros, itu abang kena shift pagi, kalau shift petang pulak kena bertolak dari rumah pukul 10 pagi dan abang ambil budak dalam pukul 10.30 malam dan sampai rumah lebih kurang pukul 12 tengahmalam, anak-anak pun kepenatan terus tido.

Ade juga hantar anak dekat rumah Jey dan kak Ayu, memang masa ni berterima kasih sangatlah kat 2 keluarga ni, semua memberi semangat dan ringan tulang menolong kami di kala kami dilanda kesusahan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasn budi baik Kak Ayu dan Kak Tatie sekeluarga.

Hari Rabu tu, jumpe doktor dan cakap ros dah tak tahan duduk hospital lagi , sebab kesiankan anak-anak, doktor tu paham dan dia kata esok, khamis dia akan buat pemeriksaan teliti pada kandungan ros, dan Alhamdulillah jumaat tu doktor dah kasi balik, sebab plasenta dah naik atas balik dah, masa ni gembiranya tak terkata lah, setelah 14 hari di ICU dan 8 hari di wad biasa , total 22 hari menjalani hidup di hospital, dah rasa memang lama sangat dah, tak sabar nak tunggu jumaat, tapi doktor kata ros tak boleh buat keje berat lagi, kena duduk rehat macam o himesama ( tuan puteri ) kerana ros masih di zon bahaya sebab belum mencapai 37 minggu lagi masa tu.

Alhamdulillah walaupun ros tidak dibenarkan banyak bergerak,sepanjang di hospital, ros masih boleh lagi solat dalam keadaan duduk, ros pun dapat ramai kawan dari nurse ke doktor, dan juga di kalangan pesakit, diaorang senang cam ros sebab ros pakai tudung, masa ni barulah tahu betapa berharganya bahasa jepun yang ros belajar hari tu, dapat jugalah berkomunikasi dengan warga jepun yang lain.

Jumaat 16 Julai akhirnya keluar juga dari hospital, leganya bila dah sampai rumah dan dikelilingi oleh insan-insan kesayangan ros, masa ni Anas asyik duduk dengan ros je, pergi mane-mane dia ikut , bergurau senda dengan kakak damia dan rancak je ros dan abang berborak, terpapar wajah-wajah kerinduan semua pada ros. Di kesempatan ini juga ros ucapkan ribuan terima kasih atas budi baik kawan-kawan di FB dan juga kawan-kawan Blogger yang tidak putus-putus memberi semangat dan mendoakan kesihatan ros, semua komen yang ditinggalkan di JMC dan FB ros baca satu-satu dan ros simpan.

Di bawah ini ade list bil rawatan yang dikenakan, mahal kan...

Aizenbashi hospital,  caj yang dikenakan selama 14 hari di ICU = 43man yen (RM15,500)

Osaka Hospital Center, 8 hari di Wad Biasa ,bil rawatan= 7man (RM2,500)

Jumlah keseluruhan = 50man - lebih kurang RM18ribu

setelah mendapat diskaun insurans, jumlah yang kami perlu bayar ialah= 26man-RM9,360

Masuk Air= 18 hari ( ke tandas dan ke mana sahaja ros kena bawa alat masuk air ni, rasa rimas sangat, 2 hari sekali ros kena tukar tempat masuk air ni, sakit kena masuk jarum tu)

suntikan = 2 kali

Ubat yang diberikan = untuk tempoh 2 minggu.

Makan 3 kali sehari, 7.30 pagi sarapan, 12 tghari , lunch dan 6.15 petang dinner. Pukul 9 malam lampu dah tutup dah, kena tido.

ni lah air yang masuk kat badan ros hari-hari

ke mana sahaja kena usung alat tenteki ( masuk air) ni

list makanan yang ros tak boleh makan, sake, mirin dan gelatin

menu sarapan

menu sarapan

menu lunch

menu lunch

menu dinner

Nota: Gambar di atas ros snap guna camera i-phone je, itulah antara menu yang dihidangkan sepanjang ros di hospital, telur, ikan, dan taufu je, sebab ros dah list siap-siap ape yang ros boleh makan dan ape yang tak boleh.

 

14+8=22 Placenta Previa Part 1

Blog - Keluarga

gambar pinjam dari website Babycenter.com

Atas permintaan beberapa kawan-kawan ros, hari ni ingin ros berkongsi pengalaman tumpah darah bulan lepas, semoga kawan-kawan semua baca satu persatu ayat dan baca hingga habis ya, boleh juga dijadikan pengajaran dan menambah ilmu pengetahuan dalam bab-bab mengandung ni.

Bermula pada Petang Jumaat 25 Jun 2010

- Selepas ros solat asar, ros rasa lemah sikit, ngantuk je, terus baring kejap dalam bilik tido, kemudian terlelap dalam 20 minit, dan keluar ke ruang tamu untuk melayan anak-anak, pukul 5.30 petang tu ros nak alih siaran tv, sambil berdiri...TIBA-TIBA...., ade satu cecair keluar dari peha, Ya Allah, darah....masa ni berdiri atas carpet, terus beralih ke lantai, dah panik dah, Darah keluar macam air, tak henti-henti, banyak sangat.

- Terus capai telefon dan call abang, mula-mula tak dapat, abang tak angkat, cuba call lagi, Alhamdulillah, abang angkat, dan bagitau tumpah darah dan suruh abang balik cepat, lepas tu damia nangis tengok ummi panik dan darah banyak membasahi lantai, ros teringat yang MIL Kak Tatie ade kt sini, terus call kak Tatie pulak, mintak nasihat,MIL kak tatie terkejut dan suruh ros baring jangan berdiri, masa ni darah keluar lagi, lepas baring teringat pulak Mak kat Mesia, call kejap, nangis-nangis bagitau, Mak pun kata suruh baring, tak larat nak cakap dah, last sekali Call pulak Kak Ina Kanazawa sebab masa tu teringat Kak ina pernah bleeding, dia pun terkejut dan risau  je bunyi suarannya.

- Selang 15 minit lepas tu abang balik, abang capai towel dan bagi ros, abang lap lantai yang dipenuhi darah tu, call ambulance, dan inform hospital, masa ni damia terus nangis-nangis, anas pula masa ni tengah tido, 10  minit lepas tu ambulance datang, bawak ros, abang n anak-anak pun ikut sekali naik ambulance, first time naik ambulance masa ni. Perasaan semuanya ada masa ni, rasa macam dah sampai hujung nyawa dah.

- Sampai di hospital yang selalu ros checkup tu, Osaka Byouin Center, terus ke Wad bersalin, nurse bersihkan darah semua dan check, doctor kata bleeding sebab uri bawah, dan dia suruh pergi hospital specialist, untuk kes bayi pramatang, sebabnya hospital ni takde specialist dan keperluan untuk handle bayi pramatang tak mencukupi, naik lagi ambulance dan terus ke Aizen bashi hospital, masa ni kena check lagi dan doctor kata baby dalam keadaan baik, tapi doktor risaukan plasenta yang di bawah tu, doktor buat keputusan nak tahan ros di ICU selama dua minggu.

- Masa ni ingat nak kena bedah dah, tapi doktor kata baby baru 33 minggu dan berat baby baru 1900kg, doctor kata biar lebih dari 35 minggu dulu, tapi kalau esok lusa ros bleeding teruk lagi, ros akan dibedah, berdebarnya masa ni, dan lagi rasa sedih bila doktor kata ICU ni, cuma suami, dan parents ros je boleh masuk, kanak-kanak tak boleh, aduhhhh luruh rasa jantung ni, ros kena berpisah dengan anak-anak begitu lama.......

- Masa ni kelam kabut dengan anak-anak lagi, mujur Jey dan Kak ayu serta anak-anak ade, terima kasih sangat-sangat sebab tolong jaga damia dan anas sementara doktor bagi penjelasan kat ros dan abang masa tu. Sedara mara takde, jadi kalau dah duduk jauh ni kawan-kawan lah jadi orang paling dekat merangkap saudara mara.

- Tanya doktor kenapa boleh tumpah darah, doktor bagi penjelasan, takde sebab , bukan kerana banyak buat keje ke, jatuh ke, memang uri tu nak berpusing ke bawah, jadinya kepala bayi menolak uri tu dan terjadi lah tumpah darah yang banyak.

- Terus ke bilik ICU, dan abang datang balik ke hospital pukul 12tghmalam, bagi baju dan keperluan asas lain, Bermula lah kehidupan ros di Aizenbashi dan bermula masuk air 24 jam, Malam tu badan dah mula mengigil dan bleeding pun ade lagi, walaupun tak banyak.

PART 1 dah habis cerita .....PART 2 akan ros coretkan lagi....tunggu.....ade lagi kejadian dan pengalaman yang ros ingin kongsikan bersama.

Nak tahu lebih detail mengenai Plasenta Previa boleh CLICK SINI ya, banyak ilmu dari website babycenter.com ni.

 

Tanaman di Balkoni Rumah 2010

Blog - Keluarga

Sekarang ni nak masuk musim panas dah, antara musim bunga dan musim panas ni memang sesuailah untuk berkebun, jadinya kami berdua mengambil kesempatan memborong benih sayuran dan beberapa tanaman herba untuk ditanam, bagi memenuhi ruang balkoni yang sekangkang kera itu.

Tanaman Utama pada tahun ni adalah kangkung, mula menanam kangkung pada awal bulan 5 yang lalu, Alhamdulillah, dah dua tiga kali menuai hasil, kalau lauk ikan singgang tu, mesti amik kangkung kt luar, rebus dan cicah dengan budu, baru syok makan.

Antara heba dan sayur yang kami tanam ialah:

1. Kangkung

2. Tomato

3. Cili Padi

4. Piman ( cili hijau jepun)

5. Daun ketumbar

6. Daun Pasley

7. Daun Oba

8.  Radish ( baru nak bercambah)

9. Daun Pudina

Di bawah ni ade beberapa gambar tanaman yang sempat ros snap, piman, cili padi dan tomato semua dah berbuah, cuma tak masak je lagi, kalau nak ambil gambar makanan tu, bagi menyerlahkan lagi rupa masakan, kadang-kadang ros petik je daun pudina, daun palsey dan daun ketumbar kat luar tu, fresh dan cantik je bila di letak sebagai hiasan. : )

p/s: yang sebenarnya, husband ros yang beria nak berkebun, majoriti tanaman kt bawah dia yang semai, ros tinggal jaga dan siram je....: )

pasu-pasu yang berderet dengan benih kangkung dan radish yang baru nak tumbuh

pasu bulat kecil, ade daun ketumbar dan daun pasley

cili padi

dah selamat dah di petik,wlupun masih hijau, hihihihi

daun oba dan daun pudina

kangkung yang menjadi idaman hatiku...

walaupun kurus-kurus, tapi boleh tahan jugak tingginya

Daun Pasley

Daun Oba

piman ( cili hijau jepun)

Daun Pudina

Daun Ketumbar

Tomato yang masih hijau

tak sabar nak tunggu merah

Nota: Inilah antara tanaman yang masih hijau di balkoni rumah ros, dah menjadi rutin harian setiap petang mesti siram semua tanaman ni, walaupun takde tanah nak becucuk tanam, tanam dalam pasu pun jadilah : )

 

30 weeks 4 days Pregnant- Our 3rd baby

Blog - Keluarga

tu muka baby nampak tak?

Semalam pergi check baby dalam tummy, masa ni kena gi spital 3 minggu sekali dah, pastu kena pulak amik darah, adoi aii bab ni ros yang lemah sikit ni, tapi nak buat macam mane kan dah prosedur.

Alhamdulillah keadaan baby dan ros semuanya baik-baik je, tiada sebarang masalah, berat baby pun dah 1500gram pada 30 minggu 3 hari pregnant, yang seronoknya setelah 4 kali scan baru lah doctor boleh confimkan jantina bagi anak ketiga kami. suke suke , Alhamdulillah, dapat gak tau akhirnya, baru lah boleh shopping baju baby lepas ni.

Lepas je minggu ni ros kena pergi checkup 2 minggu sekali dah sebab dah masuk third trimester pregnancy, cepat pula masa berlalu, takut gak ni, tak lama lagi bulan 7 lepas tu bulan 8, walaupun dah ade dua pengalaman melahirkan, tapi masih takut dan gabra lagi sebenarnya ni, yelah kan lain anak lain ragamnya, dan ros dapat agak yang ketiga ni pun akan keluar awal seminggu seperti kakak dan anas yang lahir pada 39weeks.

di bawah ni ade gambar yang ros snap semula scan 3D tu , nak guna scannner malas, Istimewa untuk tatapan auntie-auntie semua. ade juga gambar muka baby kat atas tu. Nama pun tak carik lagi ni...

scan pada 19weeks hari tu

skala baby yang terbaru

Nota: sekarang ni nak berjalan dan berdiri lama-lama pun dah tak larat dah, lenguh je rasa kaki tu, semoga proses mengandung dan melahirkan bayi ini akan dipermudahkan dan dihindari dari sebarang masalah, aminn.

 

Bersiaran dari Kediaman Baru

Blog - Keluarga

No. Rumah 902, tertera nama Yusoppu@Yusop

Salam buat semua, kini ros bersiaran dari rumah sewa baru di tingkat 9 Apartment@Mansion Kosha Haitsu Minato, mesti ade yang tertanya-tanya mengapa ros pindah dalam masa terdekat ni kan, sedangkan baru je pindah dari Tokyo ke Osaka 4 bulan lepas.

Kalau nak diceritakan satu-satu memang lah panjang entry ni, ros pendekkan jelah ye, pertama sekali dapat rumah lagi luas dari rumah lama (3LDK, ade tiga bilik yang lebih luas)  , kedua, sewa rumah lagi murah dan ketiga rumah yang ros pindah ni kemudahannya dan keadaan rumah lagi moden.

Kami pindah di mane???? heheheehe nak gelak ngan senyum dulu ni, kami pindah ke bangunan berdekatan je dengan UR Osaka Port tu, tak sampai pun 200meter, maknanya buka je pintu rumah baru sekarang ni, boleh nampak bangunan rumah lama tu, untuk memudahkan kerja pindah memindah ni, kami menggunakan lagi perkhidmatan Mover iaitu Pakcik Duck, ros tengok je dan tunjuk je kt diaorng mane yang nak kena angkat, jadi Mandur kejap, dah saratkan mane boleh angkat berat-berat, tugas ros cuma susun-susun mane yang patut je. So jadinya kali ni pindah tak rasa beban lah, semuanye telah diatur dan dirancang kemas oleh cik abe ku itu.

Oklah di bawah ni ade beberapa gambar rumah sewa baru kami, duduk di tingkat 902 dari 14 tingkat, cumanye rumah baru ni takde balkoni seluas rumah lama...tapi permandanganya lagi lawa lah, sebab betul-betul berhadapan laut lepas, pagi-pagi dari dapur masa tengah masak tu boleh tengok kapal kontena lalu lalang dan paling ros suke dapat menikmati permandangan matahari terbenam..SubhanAllah...: )

corridor dalam rumah, kiri kanan tu ade 3 bilik dan pintu bilik air serta toilet

tempat bersolek n gosok gigi : )- tu gambar makyong tgk sibuk amik gambo..muehehehe

ruang bathroom

Bilik Tatami

dapur baru atau lab eksperimen ku..

Living and Dining Room

meja bar dah siap masak main hulur je

balkoni dan tempat sidai baju

permandangan dari balkoni

menghadap laut...kalau petang tu angin bertiup sepoi sepoi bahasa je...

taman permainan anak-anak di bawah bangunan

ni permandangan kalau buka pintu depan rumah, terus boleh nampak bangunan rumah UR yang lama tu, anak panah merah tu lah tempat kami duduk 4 bulan lepas, tingkat paling atas 1102...pindah dekat jerrr......

Nota: Sekarang ni Alhamdulillah semua perabot, carpet alatan dapur telah di susun rapi, dah rupa cam rumah dah, baru lah senang ros nak masak, anak-anak pun suke dengan rumah baru ni, sebab ade dua taman permainan yang dekat  dengan rumah, lagi satu rumah ni senyap je, takde dah bunyi ambulans dan keretapi kedengaran, sebab rumah dulu dekat sangat dengan Osaka Ko Station dan Hospital pun depan rumah. Di sini juga ingin ros ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan di FB yang mendoakan segala urusan pemindahan kami berjalan dengan lancar tempoh hari, tak sangka ramai yang ambil berat dan berkat doa semua  serta dengan izinNya, urusan kami menjadi lancar dan dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan. Syukur Alhamdullilah.

 
More Articles...
Search
Galeri Olympusku
Jumlah Pelawat dr 1 Jan
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini211
mod_vvisit_counterSemalam2599
mod_vvisit_counterMinggu ini11241
mod_vvisit_counterMinggu lepas14280
mod_vvisit_counterBulan ini56418
mod_vvisit_counterBulan lepas51118
mod_vvisit_counterJumlah255725
Jom Sembang
Latest Message: 9 hours, 41 minutes ago
  • fmina08 : ros..nk semangkuk sekrem tmbikai tu...kemecer...ha'ah..agak bz sket lately..tah pape je lah..huhuhu
  • ros-K.Nani : salam kaknani, nak satu bowl buleh2, nnt buat menu berbuka ya :)
  • ros-Deetha : menu ringkas aja tu deetha, nnt sudah dicoba, bagi aku rasa ya :)
  • ros-14sept : salamjiya, naktukar aiskrim buleh2...pink tukar ngan yellow ya...sedap nampak nenas serbat tu...sejukk je masuk mulut nnt ni
  • ros-YatiAli : try kak jgn tak try, bahan senang, nak masak pun tak guna masa byk..slmt mencuba :)
  • ros-fiza : salam fiza,ros sihat je ni, simple je menu makaroni tu, nnt fiza try ya :)
  • nani : salam ros... :D sedapnye.. cedok kan akak semangkok.. tuk berbuka nanti.. boleh ye.. *sambil hulur mangkok kat tangan ros.. :D :D
  • deetha : Aduh Ros, lezat sangat tuh menumu hari ini.. aku esok mau coba makaroni salad tu... tunggu ye.. hehehe
  • 14sept : kak rosss.. kita pon tayang eskrim. tukar jom. ahehehe
  • yatiali : salam ros, akak suka kalau resepi simple mimple ni...harus di cuba...
  • fiza : salam.. apa kahabr dah sihat?? sedap macaroni tue.. take care ok
  • ros-mimiey : salam mimiey, nak resepi yang mane satu tu? copy aja, kakros tak kisah, nnt link kan sekali ok..:)
  • ros-sweetsal : salam kak sal, nak makaroni buleh2, jemput lah amik ya, rasa dulu, nnt klu sedap akak try buat ya
  • ros-K.Hana : aduhh nasi goreng blacan, lama tak buat ni kak, cam tau2 je blacan sabahan dah habis...jiya oh jiya..kena order ngan tauke dia ni heheee
  • ros-K.Mas : nak rasa sikit makaroni tu kak,buleh2 ni ros cedokkan, sedap kan, tak cukup buat sendiri nnt ya heheeee
  • mimiey : slm kak ros..nk mintak ijin ye nk cnp resepi ke blog sy,«link»
  • sweetsal : nk mintak sikit makaroni tu, blm bfast lg ni..hehe
  • hana : salam ros.. nak makaroni ckettt! nih klu perah lemon pong sedap kan! hambik nih nasik goreng belacan.. belacan sabah bahhh... eh konyer dh abes er?? hihihi
  • mas : ros...sedapnya makaroni...nak rasa sikit...
  • lynn hamzah : memang nak try tapi kena tunggu weekend la...sebab hari biasa memang arr x sempat...
  • ros-Deetha : salam deetha, aku sihat aja ni, oo sibuk di kantor ya, mahu aiskrim, ni aku bungkuskan.nnt makan ya :)
  • ros-K.Ummi : salam kak ummi, rajin sebb bahan senang tu kak, tu yang laju je tu, heheeheh nak satu bowl buleh2, jom mkn same2
  • deetha : salam Ros, apa kabar? aku bar sempat kunjung malam2 ni, kemarin2 sibuk sangat :( haduuuuhhh... lirik mata ke kiri ada eskrim :(( aku suka sangat dg eskrim...
  • ummi : Salam Ros..waaah rajin lg tuu..siap wat eskrem..bole la akak tumpang semangkuk..Ros sihat lg ke tu? Take care eh..muaaahhh!
  • ros-K.Hamsin : salam kak hamsini, oo akak pun kena pantau juga ya masak pregnant dulu,dok spital lama2 boringkan kak, tpnakbuat camne kan demi anak dlm tummy tu, ku lakukan ape sahaja
  • ros-K.Izah : ros mmg suke aiskrim kak, mcm2 dah try,hehee, akak bila nak sampai seru buat aiskrim sendiri, tu kak, bahan pun mudah tu, nnt try ya heheehehe
  • HAMSINI : Salam Ros, akak pun pernah alami masalah yg sama cuma takle sampai bleeding. tapi kena dok hospital hampir sebulan.Nasib baik cuti sekolah so takle susah sangat. Cuma kita ni tak boleh aktif sangat....semogasihat sampai sampai masa bersalin...
  • izah : sihat ke ros? huii eskrim..sodapnyee..dah lama teringin nak buat eskrim..tak terbuat jugak lagik..ros dah mcm2 eskrim dah try ek..
  • ros-K.Asma : mengandung ni mmg byk dugaan kak kak, lain anak lain ragamnye, coretan tu utk dikongsi bersama, eskrim ade lagi ni kak,jom makan jom ;)
  • ros-Zanarose : salam ziarah juga, insyaAllah saya akan kunjung balas ya, tunggu
  • ros-K.Nani : slmt berpuasa ya kak, ni ros bawakkan setengah tuppaware, akak simpan dlm freezer ye, nnt nak berbuka akak makan tau
  • ros-lynn ham : kak lynn, nnt try ya, senang sgt2, budak2 mesti suke punye ;)
  • ros-Kamalia : salam kak, hoken tu mmg pentinglah,klu tak, sakit gak tu nak bayar bil spital, akak try lah kak,buat aiskrim suika tu kak, senang je tu
  • ros-K.Yatial : slmt pagi kak yati, aah senang je kak, semudah 1,2,3 nnt akak try ya, sedap pun sedap tau
  • ros-K.Hana : kak, sakit tekak lagi ke,uishh sampai tak sihat, sure pulun byk sgt air batu ni, takpe nnt dah sihat tekak tu leh pulun balik air batu ye, blog dah 2 tahun...masih menten best,cayalah kak
  • ros-aisha : meh la aisha, aiskrim ade sikit lagi ni,meh kita makan same2, tulah aisha part 2 tu rasa lagi hiba nak cerita, sokongan kwn2lah jadi penguat semangat, klu tak mmg nangis je nnt tu
  • kakasma : ros,sebak baca kisah ros nie,tu sbb kita nie bnyk pahalakan..masa mengandung nie mmg bnyk kenangan..tapi sakit tulah penguat semangat kitakan.semoga ros akan lebih tabah dan kuat lepas nie..syukurkan.pengalaman yg mahal nie ros..tapi tengok eskrim tu buat akak tergoda lak..hihihi jaga diri yer
  • zana rose : salam ziarah n kenal..sudi2lah keblog akak ya.
  • Nani : salam ros... wahhh dah buat eskrem tembikai lak dia.. nyumm nyummm... akak posa ni.. last day.. ros simpan kat akak semangkok.. buat desert berbuka nanti ye.. :P :P
  • lynn hamzah : mcm best jer aiskrim tembikai tu alang...nanti nak try la...
  • kamalia : hehehe..lupe plak..sib baik kat sini kena amik insurance kan..sekurang2nye xdela nak kn byr sume tu..bnyak nak kn bayar tu..bestnye ade aiskrim..akak xpenah cube lg buat aiskrim ni..blom rajin la..:D
  • yatiali : salam pagi ros...cam senang jer nak buat ais krim ni.nak cuba gak lah nanti...
  • hana : hah! hambik siap kuor bil lagik! hihihi... yg penting skrg dh sihat alhamdulillah... ross.. akak takleh mkn aiskerim! sakit tekakkk! huwaaaaa... mana taknyer bantai air batu ari2! huh! mencik ar.... thanx yer wish my blog!
  • aisha : salam ros..alahaii sedapp ye aiskrim tu ros..terliur dibuat ye..skrg mmg musim buah kat msia kan.ni duk cr durian kt kedai thai, tkde pulak..hhuhu..sebak je bace coretan part2. masa ros call mlm dlu tu lg saya sebak..alhamdulilla syukur sgt ros dan bb dah stabil..doa moga semua dipermudahkan nanti..insyaALLAh amin..take care ye ros,bykkan rehat tau...muahh
  • ros-Chikmimi : pengalaman yang takd dpt ros lupakan kak, tu yang nak kongsi dgn kwn2 yang lain tu...
  • ros-K.Fmina0 : salam kak, bersyukur sangat2 ni, sebab dah balik rumah, dan plasenta dah naik atas..; )
  • Chik mimi : salam ros alhamdulillah semuanya dah selamat ye ros,ngeri jugak baca citer tu apa-apa pun take care ye ros
  • fmina08 : salam ros...alhmdllh..moga sumanya selamat...
  • ros-K.Zana : salam kak, ros sihat je ni kak, cuma taklarat sangat ni dah sarat..terima kasih ya kak atas doa tu...ros aminkan ya..: )
  • zana : slm ros .. apa kbr.. smga ros sihat n dipermudahkan bersalin nnti..
View archive


Cuaca
Tetamu JM dari..