Blog - Keluarga

Hari khamis lepas dengan masa yang berbeza, kami telah di datangi oleh Manager Kuroneko(Kucing Hitam) dan Duck, tujuan kedatangan dua syarikat mover ini adalah untuk memberi quotation kos pindah dari Tokyo ke Osaka. Habis semua almari dibuka dan keseluruhan barang rumah ini dinilai bagi tujuan menentukan harga perkhidmatan yang akan dikenakan apabila pindah  nanti. Segala aspek di ambil kira, hari pindah, tingginya tingkat rumah, jarak perjalanan dan lain-lain.

InsyaAllah kami akan berpindah ke Osaka pada 19 Januari 2010, jarak perjalanan dari Tokyo ke Osaka sejauh lebih kurang 500km, barang-barang semua lebih kurang satu lori besar, kami sengaja memanggil dua syarikat mover ini kerana ingin membandingkan harga mereka, ternyata En. Duck memberi harga yang lebih murah dari En. Kucing Hitam, perbezaan harga total dua syarikat ini lebih kurang 50ribu yen, dan pastinya kami akan memilih En. Duck. (jimat-jimat).

Semalam kami dah mula berkemas apa yang patut, bilik belakang merangkap bilik studi dan ofis abang, telah separuh dikemaskan, mainan damia dan anas telah di sorting, dan mana yang tidak perlu telah dibuang, sekarang ni, tinggal tunggu kotak En.Duck sampai dan kami akan terus mengemas.

Semoga proses pemindahan kali ini akan dipermudahkan. selamat 4 tahun setengah Ros di Jepun, Ros telah merasa hidup di Nagoya 2 tahun, di Tokyo 2 tahun dan kemudian ke Osaka pula, pengalaman hidup di rantauan, di lain-lain tempat berbeza ini amatlah Ros hargai, selepas Osaka kemana pulak ye, harap-harap terus ke Malaysia.amin.

 

Comments  

 
0 #23 tuanrumah 2010-04-07 18:21
Quoting kuswadi:
Akak kat Jepun tu buat apa, ikut suami kerja yer?

macam best jer dngr akak merantau di negara orang walaupun memg benar lebih indah di negara sendiri, tapi pengalaman tu macam saya nak rasai tapi x de peluang mungkin .
nanti kalau ada rezeki kami ke jepun blh la akak jadi pemandu pelancong kami, boleh ke.?

kakros ikut suami keje kt sini, pengalaman dok negara org ni mcm2, perantau lah katakan, nak dtg sini? bila? ape2 bgtau ye, btw thanks ya sudi singgah kt blog kakros ni
Quote
 
 
0 #22 kuswadi 2010-04-07 13:59
Akak kat Jepun tu buat apa, ikut suami kerja yer?

macam best jer dngr akak merantau di negara orang walaupun memg benar lebih indah di negara sendiri, tapi pengalaman tu macam saya nak rasai tapi x de peluang mungkin .

nanti kalau ada rezeki kami ke jepun blh la akak jadi pemandu pelancong kami, boleh ke.?
Quote
 
 
0 #21 tuanrumah 2010-01-05 17:33
Quoting fmina08:
wah!! nk pindah yek..meh kite tolong kemas2 brg Ros tuh..heee 8)

terima kasih kak, rajin akak, meh kita balut pinggan mangkuk same2 ye
Quote
 
 
0 #20 tuanrumah 2010-01-05 17:32
Quoting Kak Watie:
Salam Ros ...Akak dah siap sinting lengan baju dah ni...nak tolong wat ape erk!!

wah helpful betul kakak ros sorang ni, thanksya kak..meh kita mulakan dgn acuan2 kuih ros tu dulu heeheeeee
Quote
 
 
0 #19 tuanrumah 2010-01-05 17:32
Quoting Hazila:
Salam ros. Memang agak meletihkan kalau kena berpindah randah ni. Penat packing lepas tu penat nak unpack pulak. Moga dipermudahkan ye..

tulah kak, penat nak fikirkan, tapi nak buat camne kan...harap tak rasa penat sgt lah nnt ni
Quote
 
 
0 #18 tuanrumah 2010-01-05 17:31
Quoting love2cook:
Happy Moving Ros...!

Pening kepala Love thinking of packing and unpacking stuffs kat umah time pindah. U all take care there ya! ;)

tulah ros tgh pening lah ni..love tolonggggg
Quote
 
 
0 #17 tuanrumah 2010-01-05 17:19
Quoting sakura.emi:
mga dipermudahkan..emi pun da start mengemas sikit2..walaupun jauh lg bln 3 tu tp dah start dr skrg. slmt berpindah ros..dah mkin dekat ni osaka-tokushima;)

wah emi pun soro soro gak ye, takpe meh kita kemas same-same ye
Quote
 
 
0 #16 tuanrumah 2010-01-05 17:18
Quoting nurul:
kak ros pindah osaka ye.
nnt boleyla pegi usj same2.

buleh buleh nurul, kita gi jalan same-same ye nnt
Quote
 
 
0 #15 tuanrumah 2010-01-05 17:17
Quoting 14sept:
Quoting fmina08:
wah!! nk pindah yek..meh kite tolong kemas2 brg Ros tuh..heee 8)


jiya tolon makan jek kat umah kak ros. :P

tolong makan pun tolong gak tu namanye heeheheheee
Quote
 
 
0 #14 tuanrumah 2010-01-05 17:17
Quoting Azura:
Salam ros, semoga dipermudahkan & berjalan dgn lancar semuanya..AMIN

aminn kan doa akak tu...thanks ya kak zura
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh