14+8=22 Placenta Previa Part 1
| Blog - Keluarga |
| Share |

gambar pinjam dari website Babycenter.com
Atas permintaan beberapa kawan-kawan ros, hari ni ingin ros berkongsi pengalaman tumpah darah bulan lepas, semoga kawan-kawan semua baca satu persatu ayat dan baca hingga habis ya, boleh juga dijadikan pengajaran dan menambah ilmu pengetahuan dalam bab-bab mengandung ni.
Bermula pada Petang Jumaat 25 Jun 2010
- Selepas ros solat asar, ros rasa lemah sikit, ngantuk je, terus baring kejap dalam bilik tido, kemudian terlelap dalam 20 minit, dan keluar ke ruang tamu untuk melayan anak-anak, pukul 5.30 petang tu ros nak alih siaran tv, sambil berdiri...TIBA-TIBA...., ade satu cecair keluar dari peha, Ya Allah, darah....masa ni berdiri atas carpet, terus beralih ke lantai, dah panik dah, Darah keluar macam air, tak henti-henti, banyak sangat.
- Terus capai telefon dan call abang, mula-mula tak dapat, abang tak angkat, cuba call lagi, Alhamdulillah, abang angkat, dan bagitau tumpah darah dan suruh abang balik cepat, lepas tu damia nangis tengok ummi panik dan darah banyak membasahi lantai, ros teringat yang MIL Kak Tatie ade kt sini, terus call kak Tatie pulak, mintak nasihat,MIL kak tatie terkejut dan suruh ros baring jangan berdiri, masa ni darah keluar lagi, lepas baring teringat pulak Mak kat Mesia, call kejap, nangis-nangis bagitau, Mak pun kata suruh baring, tak larat nak cakap dah, last sekali Call pulak Kak Ina Kanazawa sebab masa tu teringat Kak ina pernah bleeding, dia pun terkejut dan risau je bunyi suarannya.
- Selang 15 minit lepas tu abang balik, abang capai towel dan bagi ros, abang lap lantai yang dipenuhi darah tu, call ambulance, dan inform hospital, masa ni damia terus nangis-nangis, anas pula masa ni tengah tido, 10 minit lepas tu ambulance datang, bawak ros, abang n anak-anak pun ikut sekali naik ambulance, first time naik ambulance masa ni. Perasaan semuanya ada masa ni, rasa macam dah sampai hujung nyawa dah.
- Sampai di hospital yang selalu ros checkup tu, Osaka Byouin Center, terus ke Wad bersalin, nurse bersihkan darah semua dan check, doctor kata bleeding sebab uri bawah, dan dia suruh pergi hospital specialist, untuk kes bayi pramatang, sebabnya hospital ni takde specialist dan keperluan untuk handle bayi pramatang tak mencukupi, naik lagi ambulance dan terus ke Aizen bashi hospital, masa ni kena check lagi dan doctor kata baby dalam keadaan baik, tapi doktor risaukan plasenta yang di bawah tu, doktor buat keputusan nak tahan ros di ICU selama dua minggu.
- Masa ni ingat nak kena bedah dah, tapi doktor kata baby baru 33 minggu dan berat baby baru 1900kg, doctor kata biar lebih dari 35 minggu dulu, tapi kalau esok lusa ros bleeding teruk lagi, ros akan dibedah, berdebarnya masa ni, dan lagi rasa sedih bila doktor kata ICU ni, cuma suami, dan parents ros je boleh masuk, kanak-kanak tak boleh, aduhhhh luruh rasa jantung ni, ros kena berpisah dengan anak-anak begitu lama.......
- Masa ni kelam kabut dengan anak-anak lagi, mujur Jey dan Kak ayu serta anak-anak ade, terima kasih sangat-sangat sebab tolong jaga damia dan anas sementara doktor bagi penjelasan kat ros dan abang masa tu. Sedara mara takde, jadi kalau dah duduk jauh ni kawan-kawan lah jadi orang paling dekat merangkap saudara mara.
- Tanya doktor kenapa boleh tumpah darah, doktor bagi penjelasan, takde sebab , bukan kerana banyak buat keje ke, jatuh ke, memang uri tu nak berpusing ke bawah, jadinya kepala bayi menolak uri tu dan terjadi lah tumpah darah yang banyak.
- Terus ke bilik ICU, dan abang datang balik ke hospital pukul 12tghmalam, bagi baju dan keperluan asas lain, Bermula lah kehidupan ros di Aizenbashi dan bermula masuk air 24 jam, Malam tu badan dah mula mengigil dan bleeding pun ade lagi, walaupun tak banyak.
PART 1 dah habis cerita .....PART 2 akan ros coretkan lagi....tunggu.....ade lagi kejadian dan pengalaman yang ros ingin kongsikan bersama.
Nak tahu lebih detail mengenai Plasenta Previa boleh CLICK SINI ya, banyak ilmu dari website babycenter.com ni.
| Share |

















Comments
lama juga baby duduk dlm incubator tu ya..alhamdulillah lega dgr semuanya dah berakhir, anak pun 5 tahun dahye, pengalaman kan, takleh lupe punye
salam kak nur, aa mestilah ingat, warikh ni, org soromban, heheeeehehehe, terima kasih atas doa tu ya kak, ros sihat dah ni, cuma sarat dah, tak larat nak buat keje berat2 ni....insyaAllah satu hari nnt kita leh jumpe ya kak
masih ingat tak pada nur wife padil (MIE DAIGAKUSEI?kita jumpa last year time beraya di terengganu..bagaimana keadaan ros skarang?semoga dilindungi Allah selalu..harap kita boleh bertemu di satu hari nanti..take care ok!!
salam Fik, salam perkenalan dari ros ya, terima kasih atas doa tu ya, ros pun harap begitu juga..moga doa kwn2 semua di makbulkan,aminn
seram sejuk kan cerita ros ni, ros pun fobia lagi ni, moga segalanya selamat sehingga saat melahirkan...aminn
moga moga selamat kak, takut lagi i sebenarnya, dan ros harap sgt tak berulang, btw kak, terima kasih ya sudi baca coretan ros tu, pengalaman yang ros nak kongsikan bersama
salam kak ummi sayang, trima kasih atas doa dan kata semangat tu ya kak, lain org lain pengalaman kak, berguna sgt pengalaman ni, ..tak leh bayangkan camne org buleh buang bayi tu, nak mengandung bukan senang kan
salam kak maisya, trima kasih ya kak sudi baca coretan ros tu, tadi ros try letakkomen kt blogakak, tp tak bolehlah, ros due 13 aug ni kak, la ni dah 37weeks dah..
salamkak yat, thanks ya kak, sudi baca coretan ros tu, tunggu part 2 ya...jen je je nggg
salam kak watie, akak pun ade pengalaman ya, samalah kak, uri dah naik atas balikni, tu yang dibenarkan pulang tu, klu tak kt spital lagi lah ni, tak bergerak lasak ni kak, takut, fobia lagi ni...
salam ton, tulah ros ingat pun kenatahan sampai bersalin, sib baik tak,klu tidak maun merana ros, rindukan anak2...ton jaga diri ya, tunggu part 2 pulak tau
thank ya emi sudi baca coretan ros tu, dan doa ,ros aminkan,moga dimakbulkan..
salam kak mas, ros try letak komen kt blog akak, tp tak berjaya lah kak, ros due 13 aug kak, doakan ros ya
pengalaman yang tak dpt dilupakan, terimakasih ya kak sudi baca..
Terharu kak baca cite ros. Memang susah nak bayangkan. Moga2 kandungan ros dan ros selamat melahirkan nanti
Salam sayang dari akak..
RSS feed for comments to this post.