Blog - Keluarga

Share

Bersambung dengan Part 2, setelah ros ditempatkan di ICU, keadaan ros masih tidak stabil, mengigil, sakit kepala, berdebar-debar, dan badan lemah, kesan dari ubat yang ros ambil dan disebabkan kehilangan darah yang banyak pada hari sebelumnya, makan pun tak lalu sangat, perasaan dan hati asyik ingat kat anak-anak je, sampai termimpi-mimpi.

14 Hari di tahan di ICU tu memang di jaga dengan rapilah,2 jam sekali nurse datang check, degupan jantung baby dan keadaaan ros,  5 hari duduk bilik sorang, lepas tu ros mintak bilik kongsi-kongsi sebab rasa sunyi sangat, abang pun tak boleh datang lawat ros hari-hari sebab anak-anak takde siapa nak jaga, dalam masa ni abang kena cuti, nasib baik ade annual leave, yang ros rasa bersyukur sangat ialah sepanjang ros berada di hospital, anak-anak sihat je, tak demam. Alhamdulillah Allah permudahkan Hal keluarga dan anak-anak ros.

Bila dah terlalu lama di hospital, makanan semua rasa tawar, mengadu juga dengan husband ros, dan ke-esokkan hari nya, abang bawakkan ros kari ayam, dua hari lepas tu cekodok pisang, tak sangka betul, dalam sibuk-sibuk uruskan rumah dan anak-anak tu sempat lagi dia masakkan untuk ros, memang terharu sangat.

Masa ni lah, telefon bimbit (i-phone) ros menjadi kawan paling rapat, dapat mesej, call dan dapat juga melayari internet di kala kebosanan, dan masa ni juga, berita yang cukup membuat ros tersenyum, iaitu 13 resepi roti ros diterbitkan di dalam majalah minggu wanita, ramai yang ucap tahniah, gembira di kala duka, dan selang beberapa hari lepas tu, hari lahir anas pula yang ke-2,tiada kek hari jadi, tiada hadiah, hanya ucapan dan gambar anas sahaja menjadi tatapan, hari tu ros hiba  dan sedih je.

Tarikh penting yang berlaku sepanjang ros di hospital ialah

1-8 Julai = Gambar dan resepi ros masuk majalah mingguan wanita

7 Julai = Genaplah 5 Tahun ros datang ke Jepun, hari rasmi menjadi perantau.

8 Julai = Hari Lahir Anas yang ke-2 tahun.

Setelah 2 minggu di Aizenbashi Hospital, 9 Julai, Jumaat, ros ditukarkan pula ke Hospital Osaka Center, masa ni naik ambulance lagi, Hospital biasa yang ros selalu gi checkup tu, ingatkan dah boleh balik rumah dah,rupanya kena tahan lagi seminggu sebab doctor kata margin untuk masukkan air pada ros tak cukup lagi, kecewa sungguh masa ni, abang pun terkejut, yelah kan cuti dah habis, fikir punya fikir, ros minta Kak Tatie tolong jagakan anak-anak ros sementara abang keje, bayangkan lah anak-anak kena bangun se-awal 6 pagi, perjalan pergi dan balik dari rumah kami ke rumah Kak Tatie mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah pergi dan 1 jam setengah balik, lepas hantar anak abang kena pergi keje pulak, kesian sangat dengan anak-anak dan abang masa ni, berkorban demi ros, itu abang kena shift pagi, kalau shift petang pulak kena bertolak dari rumah pukul 10 pagi dan abang ambil budak dalam pukul 10.30 malam dan sampai rumah lebih kurang pukul 12 tengahmalam, anak-anak pun kepenatan terus tido.

Ade juga hantar anak dekat rumah Jey dan kak Ayu, memang masa ni berterima kasih sangatlah kat 2 keluarga ni, semua memberi semangat dan ringan tulang menolong kami di kala kami dilanda kesusahan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasn budi baik Kak Ayu dan Kak Tatie sekeluarga.

Hari Rabu tu, jumpe doktor dan cakap ros dah tak tahan duduk hospital lagi , sebab kesiankan anak-anak, doktor tu paham dan dia kata esok, khamis dia akan buat pemeriksaan teliti pada kandungan ros, dan Alhamdulillah jumaat tu doktor dah kasi balik, sebab plasenta dah naik atas balik dah, masa ni gembiranya tak terkata lah, setelah 14 hari di ICU dan 8 hari di wad biasa , total 22 hari menjalani hidup di hospital, dah rasa memang lama sangat dah, tak sabar nak tunggu jumaat, tapi doktor kata ros tak boleh buat keje berat lagi, kena duduk rehat macam o himesama ( tuan puteri ) kerana ros masih di zon bahaya sebab belum mencapai 37 minggu lagi masa tu.

Alhamdulillah walaupun ros tidak dibenarkan banyak bergerak,sepanjang di hospital, ros masih boleh lagi solat dalam keadaan duduk, ros pun dapat ramai kawan dari nurse ke doktor, dan juga di kalangan pesakit, diaorang senang cam ros sebab ros pakai tudung, masa ni barulah tahu betapa berharganya bahasa jepun yang ros belajar hari tu, dapat jugalah berkomunikasi dengan warga jepun yang lain.

Jumaat 16 Julai akhirnya keluar juga dari hospital, leganya bila dah sampai rumah dan dikelilingi oleh insan-insan kesayangan ros, masa ni Anas asyik duduk dengan ros je, pergi mane-mane dia ikut , bergurau senda dengan kakak damia dan rancak je ros dan abang berborak, terpapar wajah-wajah kerinduan semua pada ros. Di kesempatan ini juga ros ucapkan ribuan terima kasih atas budi baik kawan-kawan di FB dan juga kawan-kawan Blogger yang tidak putus-putus memberi semangat dan mendoakan kesihatan ros, semua komen yang ditinggalkan di JMC dan FB ros baca satu-satu dan ros simpan.

Di bawah ini ade list bil rawatan yang dikenakan, mahal kan...

Aizenbashi hospital,  caj yang dikenakan selama 14 hari di ICU = 43man yen (RM15,500)

Osaka Hospital Center, 8 hari di Wad Biasa ,bil rawatan= 7man (RM2,500)

Jumlah keseluruhan = 50man - lebih kurang RM18ribu

setelah mendapat diskaun insurans, jumlah yang kami perlu bayar ialah= 26man-RM9,360

Masuk Air= 18 hari ( ke tandas dan ke mana sahaja ros kena bawa alat masuk air ni, rasa rimas sangat, 2 hari sekali ros kena tukar tempat masuk air ni, sakit kena masuk jarum tu)

suntikan = 2 kali

Ubat yang diberikan = untuk tempoh 2 minggu.

Makan 3 kali sehari, 7.30 pagi sarapan, 12 tghari , lunch dan 6.15 petang dinner. Pukul 9 malam lampu dah tutup dah, kena tido.

ni lah air yang masuk kat badan ros hari-hari

ke mana sahaja kena usung alat tenteki ( masuk air) ni

list makanan yang ros tak boleh makan, sake, mirin dan gelatin

menu sarapan

menu sarapan

menu lunch

menu lunch

menu dinner

Nota: Gambar di atas ros snap guna camera i-phone je, itulah antara menu yang dihidangkan sepanjang ros di hospital, telur, ikan, dan taufu je, sebab ros dah list siap-siap ape yang ros boleh makan dan ape yang tak boleh.

Share

 

Comments  

 
0 #26 2010-08-02 15:07
Quoting aiyeen:
kak ros,
semoga senang bersalin nanti ye.
takut je baca pengalaman kakros ni..ain punye masa nanti canelah ye?

relax2 ye kakros =D

lain org lain pengalaman nye ain, isyaAllah ain nnt takde ape2, doa byk2 ya, ni sebagai pengalaman dari karkos aja, di kongsi bersama
Quote
 
 
0 #25 2010-07-31 23:03
kak ros,
semoga senang bersalin nanti ye.
takut je baca pengalaman kakros ni..ain punye masa nanti canelah ye?

relax2 ye kakros =D
Quote
 
 
0 #24 2010-07-29 12:20
Quoting Asmara:
Ros!! kalau dekat sure boleh tolong jagakan anak2 tu. Alhamdulillah Ros nampak semakin sihat. Jaga diri baik2 ye Ros, jgn buat keje berat2 hingga hari bersalin nanti. Pantang pun kene jaga jugak ye. Akak pasti ramai yang mendoakan kesihatan Ros ni. Salam sayang untuk Ros dan anak2. :-)

Kak As, terima kasih ya atas doa dan kata semangat tu, insyaAllah ros akan ikut nasihat akak, tak angkat berat2 tak buat keje berat2..dan berpantang betul2...salam sayang juga buat akak n anak2 akak ya
Quote
 
 
0 #23 2010-07-29 09:09
Ros!! kalau dekat sure boleh tolong jagakan anak2 tu. Alhamdulillah Ros nampak semakin sihat. Jaga diri baik2 ye Ros, jgn buat keje berat2 hingga hari bersalin nanti. Pantang pun kene jaga jugak ye. Akak pasti ramai yang mendoakan kesihatan Ros ni. Salam sayang untuk Ros dan anak2.
Quote
 
 
0 #22 2010-07-29 08:19
Quoting faizahpaiz:
alang, sedey dengar cite ko.. harap2, bersalin kali ni mudah la ye.. ko due brape aribulan?? aku tengah tunggu time aje nie.. skarang dah 37++..

alang due 13 aug ni, tapi macam awal je baby ni nak kuar, takut gak ni, samelah kita faezah, tgh tunggu hari je ni, esok alang 38 minggu dah, ade weekly checkup kt spital...alang doakan kita same2 dipermudahkan bersalin nnt ya...
Quote
 
 
0 #21 2010-07-29 02:02
alang, sedey dengar cite ko.. harap2, bersalin kali ni mudah la ye.. ko due brape aribulan?? aku tengah tunggu time aje nie.. skarang dah 37++..
Quote
 
 
0 #20 2010-07-28 19:22
Quoting izinsaat:
Nak tanya sikit ros, yang bil hospital tu harga standard ke ataupun harga hospital swasta?? takde hospital gov ker?? mahal betul...mujurlah saya tak sakit masa kat jepun hari tu.. :lol:

ni hospital separuh gov separuh swasta, kt sini swasta ke gov ke, bil dan caj dia same je....tak byk beza, mmg mahal kt sini...
Quote
 
 
0 #19 2010-07-28 19:21
Quoting izinsaat:
Terima kasih kerana berkongsi kisah yang menyayat hati ni Ros...rasa insaf bila terbayangkan pengorbanan seorang ibu dan juga seorang isteri. Tapi kalau keadaan tu berlaku pada saya, mahu panik jugak kot..hehe..alhamdulillah dua2 anak lepas takde komplikasi macam ni. Didoakan semoga ros & baby sentiasa sihat. Banyak2 doa, insyaAllah segalanya baik-baik saja. :-)

terima kasih atas doa tu ya, pengorbanan seorang ibu mcmnilah, ros pun harap begitu juga moga selamat lahsampai hari melahirkan aminn
Quote
 
 
0 #18 2010-07-28 16:53
Nak tanya sikit ros, yang bil hospital tu harga standard ke ataupun harga hospital swasta?? takde hospital gov ker?? mahal betul...mujurlah saya tak sakit masa kat jepun hari tu..
Quote
 
 
0 #17 2010-07-28 16:45
Terima kasih kerana berkongsi kisah yang menyayat hati ni Ros...rasa insaf bila terbayangkan pengorbanan seorang ibu dan juga seorang isteri. Tapi kalau keadaan tu berlaku pada saya, mahu panik jugak kot..hehe..alhamdulillah dua2 anak lepas takde komplikasi macam ni. Didoakan semoga ros & baby sentiasa sihat. Banyak2 doa, insyaAllah segalanya baik-baik saja.
Quote
 
 
0 #16 2010-07-28 14:51
Quoting Banun:
sedey na den baco ko pya kesah nih.. berlinang air mato nih.. tak dapek nak bayang klau jd kek den.. mano anak, mano laki.. InsyaAllah, Allah akan permudahkan ko bersalin nanti.. den doakan ko n family dibawah lindunganNya.. Aminnn...

kawan-kawan lah yang selalu bagi sokongan, terharu den tau, doa dan kata semangat ni lah buat den makinkuat, aku pun harap mcm tu banun, moga aku dan baby ni sentiasa di bawah lindunganya, aminnn
Quote
 
 
0 #15 2010-07-28 14:50
Quoting kamalia:
salam ros..menangis akak bc kisah ros kat hospital nih..dapat akak bygkan macam mane perasaan ros wktu tuh..dgn ank2 yg trpaksa tinggal kat rumah kan..tp,alhamdulilla h, ros dpt jugak lalui sume tu dgn tabahkan..smoga sumenye dipermudahkan selepas ni ye..smoga Ros kuat n tabah tau..Insya Allah,semuanya akan selamat..:D

klu nak cerita bab perasaan mmg terseksa gaklah kak, tapi nak buat macam mane, dah doctor kata takleh jumpe anak2, bab sakit lain addeeehh, tapi bersyukur akhirnya buleh balik, terima kasih ya kak, atas doa dan sokongan ya
Quote
 
 
0 #14 2010-07-28 14:33
sedey na den baco ko pya kesah nih.. berlinang air mato nih.. tak dapek nak bayang klau jd kek den.. mano anak, mano laki.. InsyaAllah, Allah akan permudahkan ko bersalin nanti.. den doakan ko n family dibawah lindunganNya.. Aminnn...
Quote
 
 
0 #13 2010-07-28 10:44
salam ros..menangis akak bc kisah ros kat hospital nih..dapat akak bygkan macam mane perasaan ros wktu tuh..dgn ank2 yg trpaksa tinggal kat rumah kan..tp,alhamdulilla h, ros dpt jugak lalui sume tu dgn tabahkan..smoga sumenye dipermudahkan selepas ni ye..smoga Ros kuat n tabah tau..Insya Allah,semuanya akan selamat..:D
Quote
 
 
0 #12 2010-07-27 20:21
Quoting hasliza:
alang mmg kuat semangat..eja duduk hospital biasa 10 hari pun dah rasa nak terjun bangunan.inikan pulak alang dok 22 hari pikirkan anak & suami..mengalir airmata eja baca citer alang ni.

kadang-kadang tu down gak eja, nangis gak, tp alang kena kuat, sbb baby dalam perut pun nak sokongan alang jugak...btw eja, terima kasih ya selalu bagi sokongan dan doakan alang...rindu nak jumpe eja tau
Quote
 
 
0 #11 2010-07-27 18:03
alang mmg kuat semangat..eja duduk hospital biasa 10 hari pun dah rasa nak terjun bangunan.inikan pulak alang dok 22 hari pikirkan anak & suami..mengalir airmata eja baca citer alang ni.
Quote
 
 
0 #10 2010-07-27 16:37
Quoting menn:
kak ros..kuat kan smgt..

rehat banyak o himesama..hehehe..jgn wat kerja berat2

huhu, o himesama...hhahaa pandai dah menn ckp jepun ye hehehe, thanks ya atas nasihat tu, mmg tak larat dah nak buat keje berat2 ni
Quote
 
 
0 #9 2010-07-27 16:36
Quoting mas:
salam ros...memang boring kan dok kat wat lama2...mas pernah dok wat 2 minggu lebih sebab jaga Ain yang sakit...hanya tuhan jer yang tahu...ros banyak2 berehat tau...jngn aktif sangat...nanti tunjuk tau gambar baby...

ros pun tak sabar nak jumpe baby dalma perut ni kak mas, lebih kurang ros juga ya ain dok spital, mmg boring sangat2 lah
Quote
 
 
0 #8 2010-07-27 16:35
Quoting erin:
sian alang..moga semuanya selamat.

terima kasih ya erin...aminkan doa erin tu...moga selamat lah nnt semua ni
Quote
 
 
0 #7 2010-07-27 16:34
Quoting zana:
salam alang..
alhamdulillah dah boleh balik.....tp byk2 rehat k....

mmg boring kan kena duduk kat wad esp ICU...dah rasa cam mana even time tu jaga si Batrice ..3 hari di ICU.....sangat2 menguji....penat....bosan...tp demi anak sanggup tempuhi...and for sure...alang yang mengalami lagi lah kan....

salam Zana, terima kasih ya atas nasihat tu, insyaAllah alang akan byk berehat, tak buat kuih2 dah ni, dok makan ape yang ade je, ade gak terbaca pasal batrice masuk ICU, sedih dgr, yelah kan anak, sanggup kita ni berkorban...3 hari tak lama tu, alang 14 hari, rasa nak jerit je kadang2...uwaaaa
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh