Berpantang Sendiri di Perantauan
| Blog - Keluarga |
| Share |

3 cahaya mataku...1 orang puteri 2 orang putera
Hari ni 22 hari ros berpantang, Alhamdulillah berat badan pun dah kurang 8.5kg, tinggal berberapa kilogram lagi ke berat asal. Berkat sibuk melayan anak-anak yang masih kecil dan ditambah lagi dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis.
Terima kasih pada keluarga serta kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat dan sentiasa menasihatkan ros supaya tidak banyak bergerak, namun apa kan daya, tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ibu perlu ros tunaikan. Berpantang seorang diri kali ni, bagi ros amat mencabar sekali, lagi-lagi di kala musim panas yang suhu nye sangat panas dan kering.
Bila di ingatkan kembali, ros mula buat kerja rumah pada hari ke-7, Wazhif lahir, hari itu, suami ros sudah mula berkerja, sediakan makanan berbuka untuk suami dan makan tengahari serta makan malam untuk anak-anak, menu pun masa tu ala kadar sahaja, sibuk juga menyusukan Wazhif, pada mulanya memang agak sukar mengatur masa, namun hari demi hari, Alhamdulillah sudah biasa dengan keadaan dan rutin yang baru.
Pada minggu kedua, ros sudah mula buat kuih untuk suami berbuka, menu anak-anak pun dah bertambah, mana yang terlarat ros akan buat, dan jika masa tidak mengizinkan ros akan tangguh dulu tugas memasak atau mengemas, kerana ada kalanya Wazhif agak sukar tidur siang, dan jika Wazhif sudah betul-betul lena, ros akan ke dapur seperti lipas kudung memasak dan menyempurkann kerja rumah yang lain sepantas mungkin.
Layanan untuk kakak damia dan anas juga perlu di ambil berat, mereka masih perlu di perhatikan, Bila malam menjelma pula, sibuk untuk mandikan anak-anak serta memberi makan, lipat baju, memeriksa kerja rumah kumon kakak damia dan menyediakan moreh untuk suami. Saat yang paling ros tunggu ialah, meluruskan badan, iaitu masa tidur, Alhamdulillah walaupun penat seharian, melayan anak-anak serta membuat kerja rumah dapat juga berehat, dan penat itu hilang apabila melihat wajah anak-anak tenang di ulik mimpi. Rasanya disebabkan kesibukan inilah berat badan ros banyak turun.
Suami pun ringan tulang menolong ros, memandikan Wazhif serta sentiasa menanyakan keadaan ros dan abang selalu mengingatkan ros supaya jangan angkat benda berat dan berehat sebanyak mungkin jika ade peluang. Abang juga akan membantu ros membuat kerja rumah mane yang sempat sebelum abang pergi kerja atau balik dari kerja, Perhatian dan sikap ambil berat ni lah yang ros senangi dan amat ros hargai. Terima kasih abang.
Berpantang???....bab makan ni, ros tak pantang sangat, ros hanya elakkan makan udang, sotong, air batu dan sayuran sejuk je, seperti timun dan terung, buah dan sayuran yang lain semua ros makan, ikan, ayam, daging, telur serta ros banyakkan makan tofu dan susu soya, bagi membanyakkan susu badan, Alhamdullillah tiada sebarang masalah serta alah yang ros alami, badan pun sentiasa bertenaga.
Set bersalin HPA tu pun dah nak habis dah ros makan dan minum, segala ubat periuk, akar kayu, teh pegaga, pil spirulina semua ros makan, kali ni memang ros ikut betul-betul lah aturcara set bersalin HPA ini, terima kash pada Kak Zureen kerana perkenalkan produk ini, ros amat berpuas hati.
Namun bertungku ros tak amalkan, pakai barut pada badan bayi serta sapukan minyak angin pada perut wazhif pun ros tak buat, ros ikut nasihat doktor dan nurse kat sini, jangan letak apa-apa pada badan bayi kerana kulit nye masih sensitif, semoga Wazhif tidak kembung dan Ummi akan berusaha memberi susu badan pada Wazhif sekerap mungkin, InsyaAllah.
itulah cara ros berpantang di perantauan, tiada yang luar biasa semuanya biasa sahaja, makan makanan berkhasiat, masakan yang kurang minyak, makan sayur dan buah , yogurt dan makanan serta minuman tenusu yang lain. makanan yang berempah dan pedas juga ros elakkan. InsyaAllah badan akan cepat sihat dan berat badan akan cepat kembali ke berat asal.

Kakak Damia dan adik Wazhif

Wazhif masa amik gambar ni Wazhif 15 hari

abang Anas 2 tahun 1 bulan

tembam dah nampak pipi Wazhif ni

Kakak Damia

Kakak Damia 4 tahun 4 bulan
Nota: itulah serba sedikit coretan dan pengalaman ros berpantang sehingga 22 hari ini, namun nasihat dari mak dan kawan-kawan yang lebih berpengalaman tetap ros hargai, ambil beratkan tandanya sayang. : )
| Share |

















Comments
Cityiklan
Iklancoffee
andaforex
Singgah Iklan
Iklan Di Malaysia
Income Iklan
baby dah berisi ye.. alhamdullillah.. jaga diri.. jaga makan... jaga semua ye.. semoga ros cepat sihat dah pulih sepenuhnya seperti biasa... amin...
Moga makin kuat. Alhamdulillah, ros makin kuat utk meneruskan tugas di rumah. bukan mudah tu. Moga segala urusan rumahtangga dimudahkan Allah buat ros. Zikir slalu tasbih, tahmid dan takbir sebelum tidur. makan multivitamin juga. take care dear.
Kuat sungguh semangat Ros. Dalam waktu berpantang kerja rumah dan tanggungjawab pun kena laksanakan juga ya. Semoga Ros sentiasa sihat dan gembira di samping keluarga. take care dear! psst, comel2 belaka anak2 Ros ni :)
insyallah fiza doakan semoga semuanya dipermudahkan...
jaga diri dan kesiatan diri.
2 thumbs up lah pada rose.. K yan pun tak sure lek wat cam Rose..
Alhamdulillah Allah permudahkan Ros berpantang sorang2 di perantauan. And dpt hubby yg sama2 bersusah senang. I pun dulu macam tu jugak, buat lebih kurang apa yg Ros buat juga cuma tak makan jamu langsung sbb baby tak tahan.
Tembam pipi Wazhif ye!
RSS feed for comments to this post.