E-Kad hari raya 2010
| Blog - Keluarga |
| Share |

Salam buat semua, raya pun dua tiga hari lagi ni, taun ni rasanya mood raya kurang sikit, sebabnya tak buat kuih raya, tengok kawan-kawan blogger meriah buat kuih raya, teruja tengok gambar kukis tu semua, tapi apa kan daya, masa tak mengizinkan, menu biskut raya kami taun ni, Biskut Oreo, Biskut Crackers, Ritz, Marie....tu jelah kot dan biskut segera yang sewaktu dengannya.
Sebut pasal raya ni, tahun pertama ros beraya di rantauan pada tahun 2005 di Nagoya, masa tu raya berdua je, tapi dalam perut tengah mengandung kakak damia 2 bulan, kemudian tahun 2006 bertiga damia baru 6 bulan, tahun 2007 pula damia dah 1 tahun lebih, raya 2008 di Malaysia, sebab melahirkan Anas dan 2009 juga balik beraya di Malaysia, cuma tahun ni je beraya di Osaka sebab tak boleh balik, passport Wazhif takde.....
Akhir kata buat semua kenalan dan pelawat Jintanmanis.com, ros ingin memohon ampun dan maaf jika ade salah silap atau ketelanjuran bahasa...semoga syawal yang bakal menjelma nanti membawa seribu berkat buat semua. Makan lemang, ketupat dan juadah yang yang sedap-sedap tu ingat kami di sini ye.
gambar raya 2010.....nantikan kemunculanyaaa....
| Share |
















Comments
salam aidilfitri....
saya terharu dengan web ini sebab macam2 ada...
Selamat hari raya aidilfitri buat ros sekeluarga di sana...maaf kan kak ijan kalau ada salah silap sepanjang kite kenal ye... take care dear!
Kesempatan ini, akak juga mohon halal seme2 ya. Mohon ampun dan maaf jika ada yg terkasar bahasa, terguris rasa. Moga Hari raya kali ni membawa sinar bahagia untuk kita semua.
Comelnya ros ni. baru nampak terang2 wajah ros.
Kesempatan ni,akak mohon halal seme2 ya ros. Mohon ampun dan maaf kalu ada tersilap kata, terguris rasa sepanjang kita kenal ya. Moga Aidilfitri kali ni membawa sinar bahagia untuk kita smua.
Selamat hari raya.. maaf zahir batin gak... mohon maaf sekiranya ade terkasar bahasa ye..
tak sabar nak tunggu kemunculan gambar raya bersama baby kali ni.. :)
raya katne?osaka?kami turun embassy..kat sini dah xde org dah..:)
selamat hari raya & maaf zahir batin ye. akak tunggu tau kemunculan gambar raya 2010 tu. jgn lupa ;)
RSS feed for comments to this post.