Blog - Keluarga

Share

gambar ni diambil masa damia baru satu jam dilahirkan

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari yang cerah sempena hari lahir anak sulong ros iaitu Musfirah Damia Binti Yusop, pejam celik pejam celik kejap je dah 5 tahun, rasa macam baru semalam je melahirkan Kakak Damia, syukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan anak yang senang untuk dijaga dan tidak terlalu banyak ragam, lagipun perempuan kan, memang senang sikit nak jaga dan cepat memahami.

Bila nak di ingat kembali 5 tahun lepas, saat-saat melahirkan damia ros hanya ade suami je masa tu, dah lah semuanya first time, di luar negara pula tu, perasaan masa tu dah tentunya takut, tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan masa berpantang pun tiada sebarang masalah, jaga sendiri je dan perhatian dari suami ros membuatkan ros cepat sihat dan kembali bertenaga.

Damia pun dah seronok di tadika sekarang, dalam masa sebulan je, habis semua bahasa jepun dia, cakap bahasa melayu je sekarang, tapi bila ros cakap bahasa jepun dengan dia, dia faham cumanya dia akan balas balik dalam bahasa melayu, ingatkan kalau takde aral melintang, hari isnin ni ros akan masak sikit untuk dihantar ke tadika, damia akan celebrate hari jadi dia kat sane.

Buat Abang terima kasih kerana poskan hadiah yang banyak buat damia, seronok sangat dia bila buka parcel dari abang tu : )

Oklah di bawah ni ade beberapa fakta mengenai kelahiran damia 5 tahun lepas

Nama yang diberikan: Musfirah Damia Yusop yang bermaksud- anak yang berseri bijak dan berkat

Lahir pada: 16 April 2006

Masa Dilahirkan tepat pada pukul : 11.05 pagi waktu Jepun.

Berat semasa dilahirkan: 3kg.182gram

Tempat Dilahirkan: Nagoya University Hospital

Di bawah ni ade beberapa gambar Damia yang sempat ros ambil dulu tapi tak banyak sangatlah, mane yang sempat je ni, semalam ros pergi Tadika damia, saje je snap gambar dia : )

damia 2 tahun setengah

damia 2 tahun

rambut curly dan pendek lagi ni

masa ni duduk kat Toyosu, Tokyo

ni gambar hari ni, baru lepas mandi

gambar kat tadika semalam

bersama rakan sekelasnye

Nota: Pada auntie2 yang dah wish besday damia kat FB Ummi ,terima kasih ya, semoga doa auntie dan uncle semua dimakbulkan. amin : )

Share

 

Comments  

 
0 #12 2011-04-22 22:28
salam dr kyoto..nak wish kat damia.. :
happy belated birthday damia..birthday damia same ngan birthday auntie syida..:) (tarikh same tp tahun berbeza..)
Quote
 
 
0 #11 2011-04-18 15:21
selamat ulangtahun..beso dah anak dara ni
Quote
 
 
0 #10 2011-04-17 22:32
Happy Birthday to Damia...moga jadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat...amiiinnn...Waaah dah besaauuu dah anak dara dia..comelnya bertudung camtu...sonok sekolah eks...Mama wat kek apa Damia, antar kat auntie sikit eh..
Quote
 
 
0 #9 2011-04-17 22:32
salam Ros, dah besar kan Damia... dulu2 duk tengok Damia kecik aje masa kat blog Ros yg lama tu..skrg dah besar ye.. Otanjyoubi omedetou ye Damia..semoga menjadi anak yg solehah buat ayah & ibu..;-)
Quote
 
 
0 #8 2011-04-16 20:26
Assalam ros, happy birthday buat damia, semoga mmbesar mejadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat
Quote
 
 
0 #7 2011-04-16 19:21
Happy birthday Damia!
Quote
 
 
0 #6 2011-04-16 19:20
Happy birthday Damia. Besar nanti nak jadi apa?

Semoga segala yang dicita2kan tercapai dan Damia menjadi seorang anak yang baik di dunia dan akhirat... ;)
Quote
 
 
0 #5 2011-04-16 13:36
happy birthday Damia. semoga damia membesar jadi anak solehah...semoga sentiasa diberkati Allah SWT dunia dan akhirat.

ros, anak akak yg perempuan pun cpt sgt hilang english dia...selalu ckp melayu je sekarang. bila abg2 dia ckp english time borak, dia selalu ckp, " kita kan dah balik Malaysia, cakaplah melayu.."
Quote
 
 
0 #4 2011-04-16 13:17
HAPPY BIRTHDAY DAMIA...Untie doakan Damia jadi anak yang Solehah..Pandai..Dan akan taat pada kedua ibu bapa...
Happy Birthday....
Quote
 
 
0 #3 2011-04-16 13:15
salam ros..bebudak mmg camtuh cepat aje dia adapt ngan environment..sayang gak kan nihongo dia tp gitu la nak buat camne..hihihi..
btw damia muka usop tp amek mata ko..hahaha..so kiuttt dan matured anak dara ko ni..
Quote
 
 
0 #2 2011-04-16 11:59
happy birthday to Damia yag comel...untie doakan semoga Damia membesar menjadi anak yg baik...amin..
Quote
 
 
0 #1 2011-04-16 11:21
happy birthday damia sayang....
amboiii....comelnya damia..geram aunty mas tengok...jadi menantu aunty nak..he..he..
moga kak damia menjadi anak yang solehah....
menjadi kebanggaan ibu dan ayah...
menjadi insan yang berjaya dunia dan alhirat....
menjadi hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahnya....
moga damia sentiasa dirahmati dan diberkati Allah sentiasa....
comelnya damia bertudung...meh sini aunty nak kisss pipi sikit....
tak sabar aunty nak tengok kek birthday dania tu...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh