Rumah Baru Osaka
| Blog - Keluarga |
Alhamdulillah bersyukur kami ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya kami telah selamat pindah ke kawasan minato ( pelabuhan) Osaka, segala proses pindah memindah dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Kami juga diberi kesihatan yang baik untuk mengemas dan membersihkan rumah baru ni, keletihan masih terasa, namun bila melihat rumah dah tersusun rapi dan tiada lagi kotak pakcik Duck memenuhi ruang rumah, hati berbunga riang. Ruang pertama yang Ros kemas dah tentunya ofis@makmal eksperimen merangkap dapur ku itu. Segala perkakas alatan, senjata memasak semua telah disusun rapi, cuma projek membaking sahaja belum dimulakan. : )
Semalam hari pertama abang berkerja di tempat baru, Alhamdulillah nampaknya abang gembira dan bersemangat untuk mulakan kerja, semoga penghijrahan abang ke tempat baru ini memberi sinar dan harapan baru pada kami sekeluarga, Ros sentiasa doakan kejayaa abang, amin.
Apa yang buat Ros berkenan akan rumah baru ini ialah suasana rumah yang terang benderang dan paling seronok bila nampak laut dari balkoni rumah, balkoni untuk anak-anak bermain pun luas, rumah kami lot tepi, rumah paling atas, tingkat 11, 3LDK dan memang anak-anak puas berlari ke depan ke belakang. Rumah kami rumah UR.
Di bawah ini ade beberapa imej rumah ros baru sekarang, tapi gambar ni masa rumah tengah kosong, rumah yang dah di isi perabot belum ambil lagi, nanti ade masa ros upload yang baru ya. Sebelum terlupa ingin ros ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan yang meninggalkan komen di ruang jom sembang dan di setiap entry JMC ini, Ros amat menghargainya, dan segala komen itu akan di balas dalam sedikit masa lagi. : )

Ruang masuk rumah ( genkan-depan rumah)

Laluan ke dapur dan living room, kiri dan kanan tu pintu bilik dan toilet.

dapur dan living room.

balkoni tepi rumah- sebelah bilik tatami dan living room. kalau time summer leh bbq ni.

bilik tatami, dan laluan ke pintu masuk rumah.

permandangan dari depan balkoni, terus ke tepi laut, boleh dah nampak kapal-kapal besar. Dari sini dah boleh nampak bangunan IKEA Osaka. : )
Nota: gambar-gambar ni semua abang ambil masa survery rumah hari tu, guna camera compact digital Lumix panasonic. : )













Comments
heheeh puas anak berlari kak, tu yan gpenting, tp klu tgk tak lah besar kak, bilik dia kecik2 jeee
thanks farah, puas lah anak2 berlari sana sini
tak sure lah farah, dekat ke jauh, tp rumah ni yg bestnya tepi laut kot, n dekat ngan aquarium tu heheee
buleh buleh kak, nnt nak balik bagitau ye, leh jumpe seblem balik tu, jom kita gather dulu nak?
buleh buleh kak nak tumpang tido, ros lagi suke org datang rumah, baru meriah, kiranya rumah baru ni besar sikit dari rumah toyosu, suke je sbb tepi laut gak heheeee
RSS feed for comments to this post.