Jambu Madu Yang Dah Ranum
| Blog - Keluarga |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat petang di Hari Jumaat yang mulia ini, sebenarnya ros dah lama nak kongsikan gambar jambu madu yang tengah ranum ni, tapi asyik terlupa aja, bila tengok folder gambar jambu kat dekstop ni baru teringat, tapi jambu madu ni dah habis lama dah, heheehehehe, jamu mata je ye, kiranya dah habis lebih kurang 2 minggu yang lepas lah, bila tengok pokok jambu ni sekarang, tinggal dahan dengan daun je, kalau tidak tu, pagi petang siang malam makan jambu...sampai perut pun berangin, Alhamdulilah banyak berbuah, boleh bagi kat jiran-jiran terdekat, rezekikan lebih berkat bila dikongsi bersama. Nak rasa lagi tunggu musim akan datang pula, ingatkan nak tebang sikit bahagian pucuknya tu, nak kasi lagi rendang, taklah meninggi je. Oklah ni ade gambar yang ros ambil 2 minggu lepas, masa ni jambu madu memang tengah ranum sangat-sangat.
Jangan meleleh air liur pulak ya bila tengok jambu madu ni ye, nanti kalau jumpe orang jual boleh beli, ros pun masih teringat-ingat akan kemanisan jambu madu yang sedap lagi manis ni.
Entry Putik Jambu Ni boleh rujuk SINI ya......

masa ni memang tengah ranum

ros balut dengan plastik warna oren dan merah jambu

setelah dibuang plastik balutannya

antara yang menjadi model paksaan...hihihihi

segar bugar nampaknya kan

merah jambu madu ni....besar-besar saiznya

manis je, tak payah nak cicah kicap ataupun asam, sungguh enak dimakan begitu saja : )

sebakul jambu madu...kejap je dah habis

so juicy....tapi dah habis dah.....uwaaaa....

Nota: Ros nak ucapkan terima kasih pada seorang pelawat yang bagi cadangan ros balut jambu madu ni dengan plastik warna merah, alhamdulillah menjadi, jambu madu yang dibalut dengan plastik warna merah warna jambu madu yang telah masak dan ranum lebih merah dan manis.
| Share |

















Comments
Kak Ijan baru lepas buat soft honey bun resipi Ros. Alhamdulillah menjadi lembut dan gebu sangat wpun tak guna breadmaker. Happy dan excited tak terkira ni sebab first time menjadi buat roti. Bila tengok Mikael suka makan rasa seronok je. selalu kak ijan buat roti boleh buat baling ayam je.wakaka... time kasih banyak2 Ros berkongsi ilmu. Lepas ni boleh kak Ijan cuba resipi roti lain pulak :)
Aduh teringat kat kuah rojak dalam peti ais la pulak tengok jambu ni..buat cicah sedappnye :)
Masih bercuti di kampung? ketinggalan betul akak ni. baru ingat nak qada' baca entry. puas akak cari entry2 yg lepas, tapi tak pandai cari.:D Alahai... merahnya jambu tu. geram akak nengoknya.
Kak Ros dah balik M'sia ke?
RSS feed for comments to this post.