Blog - Keluarga

Share

3 cahaya mataku...wazhif, kakak damia dan abang anas..

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, ros harap semua pelawat di dalam keadaan sihat walafiat, minta maaf ya ros dah lama tak mengemaskini dan bercerita mengenai anak-anak ros, Alhamdulillah anak-anak semua sihat walaupun kadang-kadang tu di selang seli dengan demam dan batuk biasa di sebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, kini kakak damia dah mula menyesuaikan diri dengan persekolahannya yang baru di tadika kemas, Alhamdulilah mengikut laporan cikgu dan ustazah yang mengajarnya Damia boleh berkerjasama dengan baik, mengaji pun dah pandai dan kenal huruf dah, dan dah nak masuk IQra 4, sejuk hati ros bila tengok damia dah kenal ayat dan mengaji lepas solat maghrib tu, cuma dia kadang-kadang tersasul juga guna bahasa jepun bila bercakap harian, terpinga-pinga kawan dan cikgunye...

Anas pula dah nak masuk 3 tahun jumaat ni, dan Wazhif pula dah 11 bulan, kejap je dua hero ni besar, nak kawal pun dah payah dah, semua makin aktif meneroka dunia baru mereka di kampung, dan buat ros rasa lega dan gembira, abah ros , kesihatannya dah makin pulih, tapi kena continue makan ubat lah, dan kena jaga permakanan, mungkin juga sebab ade cucu-cucu depan mata kot, sebab nampak abah suke je main dengan wazhif. Alhamdulillah.

Gambar ni semua juga buat tatapan Babah mereka yang nun berada di Osaka, insyaAllah seminggu sebelum raya, babah mereka akan balik bercuti dan meluangkan masa bersama anank-anak, dah 5 bulan mereka tak bersua muka, cuma berwebcam je hari-hari. tidak lupa juga gambar-gambar ini juga ditujukan buat auntie-auntie dan uncle-uncle semua yang mengenali anak-anak ros ni, semoga dapat mengubati rindu pada sesiapa sahaja.

kakak damia muka terkejut sampai ternganga mulut...hihihi

sibuk nak capai camera ummi...

suke sangat suap jari ke mulut

buat muke lah tu, nak suruh dokong dia...

sayang kat adik ye...pegang elok-elok tau

wazhif dah berdiri lepas dah, melangkah setapak lepas tu jatuh

apelah yang tak puas hati tu....

senyuman untuk babah, siap pakai baju yukata untuk baby lagi...baju rasmi bila musim panas di jepun, tak panas baju ni, nak pakaikan pun senang.

Share

 

Comments  

 
0 #6 2011-07-09 13:09
Quoting Kak Rose:
mesti hilang rindu babahnya bila tengok gambo anak2 ni.... kejap je dah beso wazhif... x lama lg leh main kejar2 ngan kakak n abang ya.

salam kakrose, hari2 tgk anak dia kt webcam, nnt nak raya buleh jumpe, leh main kejar2 ngan semua
Quote
 
 
0 #5 2011-07-09 13:07
Quoting Harliana Che Hassan:
:P .... baju wazhif sgt cute. moga 3 beradik nih sihat2 slalu...salam kenal dr aunty yana ye... :lol:

ros pun harap mereka semua sihat walafiat aminn...salam kenal juga buat aunty yana ya
Quote
 
 
0 #4 2011-07-09 13:06
Quoting mas:
amboiii...comei2nya anak2 ros tu....
hmmm...wazhif pun dah makin besar tu...
geramm kak mas tengok...

kak mas...semuanye dah besar2 kan, kejap je...wazhif tu hari2 kena gigit
Quote
 
 
0 #3 2011-07-05 16:41
mesti hilang rindu babahnya bila tengok gambo anak2 ni.... kejap je dah beso wazhif... x lama lg leh main kejar2 ngan kakak n abang ya.
Quote
 
 
0 #2 2011-07-05 13:08
.... baju wazhif sgt cute. moga 3 beradik nih sihat2 slalu...salam kenal dr aunty yana ye...
Quote
 
 
0 #1 2011-07-05 10:16
amboiii...comei2nya anak2 ros tu....
hmmm...wazhif pun dah makin besar tu...
geramm kak mas tengok...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh