Dhiyauddin Wazhif 1 Tahun 5 Ogos 2011
| Blog - Keluarga |
| Share |

gambar yang di ambil pagi tadi, Wazhif Setahun
Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ini genap umur anak ke-tiga ros iaitu Dhiyauddin Wazhif 1 tahun, pejam celik pejam celik dah setahun dah kan, rasa macam baru semalam je masuk hospital melahirkan wazhif, kalau nak diingatkan semula, masa mengandungkan Wazhif ni Ros, kena Placenta Previa aka Uri Bawah, masa kandungan ber-umur 33 minggu ros tumpah darah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU selama 14 hari dan seterusnya di pindahkan Hospital ke Wad biasa 8 hari, Alhamdulillah lepas tu boleh balik ke rumah, dan sampai waktunya Ros, lahirkan Wazhif secara normal. Masa ni ros berpantang sendiri je di Osaka, dan ros juga perlu jaga 2 anak ros yang masih kecil damia dan anas, semua tu pengalaman yang tak dapat ros lupakan dan mujurlah semua dipermudahkan. Syukur.
Dibawah ini ade beberapa informasi mengenai Dhiyauddin Wazhif Bin Yusop
Maksud Nama Dhiyauddin Wazhif - Sinaran Agama Yang Tekun Dan Gigih
Lahir : 05 Aug 2010 ( lahir secara normal)
Tempat Lahir: Osaka Hospital Center Jepun
Jantina: Lelaki
minggu di lahirkan : 38 minggu 6 hari
Tinggi/panjang semasa dilahirkan : 48cm
Berat: 3.067kg
Mula berjalan pada umur: 11 Bulan
Bilangan adik beradik- 2 orang
Musfirah Damia Binti Yusop ( kakak) 5 Tahun
Dhiyauddin Anas Bin Yusop ( abang) 3 Tahun
Nak baca pengalaman dan entry dulu mengenai Placenta Previa boleh Klik Link Di bawah

wazhif baru 20minit dilahirkan, dah buka mata...: )

gambar ni masa di Osaka

Gambar ni pun masih di Osaka lagi, tapi nak balik Malaysia dah, umur Wazhif 6 bulan kami balik

gambar di Malaysia, Wazhif 8 bulan

Gambar Wazhif dengan 4 batang giginya, dua atas dua bawah.
- Di sini juga ros sertakan gambar Wazhif dari mula lahir sampailah hari ini 1 Tahun buat tatapan Abahnya yang di Osaka dan buat Auntie dan Uncle yang mengenalai diri Wazhif, Semoga Wazhif menjadi Anak yang soleh dan berjaya dalam hidup, InsyaAllah.
| Share |


















Comments
Tak sangka kan dah setahun umur si Wazhif.
Maknanya dah setahun juga la saya kenal blog ros...saya mula masuk blog ros masa ros kena admit hospital masa ngandungkan Wazhif.
Buat Wazhif..Selamat Menyambut Hari Lahir....
moga membesar dengan sihat....menjadi anak yang soleh...
menjadi insan berjaya dunia dan akhirat dan menjadi kebanggaan ibu ayah...
RSS feed for comments to this post.