JintanManis.Com dalam Majalah MIDI FEB 2013
| Blog - Keluarga |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan salam hari Jumaat yang mulia, hari ni 1 Februari 2013, satu permulaan yang baik bagi ros dan jintanmanis.com bila diberi peluang sekali lagi untuk menghiasi ruangan Resepi Blogger di dalam Majalah MIDI buat kali kedua, lebih kurang sebulan yang lepas ros dihubungi oleh wartawan Cik Mariam Alias dan meminta ros menyumbangkan beberapa resepi, semua nye online je, so bagi ros mudah dan dateline yang diberikan pun panjang. Kalau kena dengan tema dan masa, InsyaAllah ros takkan menolak.
Hujung Januari lepas ros dapat mesej dari kak CT Delima dan kak ct dengan baik hati telah snapkan cover page dan muka surat resepi blogger tu, terima kasih ya kak, ros hargai sangat-sangat, dapat jugaklah menatapnye walaupun dari jauh, dan ros ingin kongsikan dengan semua pelawat jintanmanis.com akan kejayaan ini.
Terima kasih atas sokongan dan doa semua selama ni ya, semoga lepas ni jintanmanis.com akan lebih maju lagi, jangan lupa dapatkan Majalah MIDI keluaran awal Februari 2013 ni ye.

antara resei yang di muatkan dalam majalah MIDI ini

Nota: Pembuka dan rezeki awal tahun 2013, Ahamdulillah atas kurniaan dari Nya : )
| Share |






















Comments
RSS feed for comments to this post.