Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Kuih Muih

Kuih Bom Pisang

Masakan - Kuih Muih

Ni menu brunch dan high tea hari ni, ros buat kuih bom pisang, buat sambil duduk je ni, lagi pun senang je, bahan bahan pun main campur-campur je, perkakas masak semua husband yang basuhkan : ), lama nak makan kuih bom pisang ni, baru hari ni nak buat, sebab dulu masa sekolah rendah kt kantin sekolah selalu jual kuih bom pisang ni, antara kuih feveret ros, lepas tu kebetulan hari ni ade tamu datang dari Nagoya, ade jugaklah kuih yang nak dijamu..: )

bahan-bahanya

2 biji pisang yang ranum

2 1/2  cawan tepung gandum

1 sudu kecil soda bikarbonat

3 sudu besar gula

1/3 sudu kecil garam

1/3 cawan air ( ni agak-agak je, klu kurang boleh lebihkan)

minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Lenyek pisang sehingga hancur, dan masukkan tepung gandum, gula, soda bikarbonat, garam dan air, air tu boleh masukkan sedikit demi sedikit, kita agak-agaklah, kepekatan adunan ni, macam nak buat cucur udang tu, tak boleh terlalu cair, nanti meresap minyak.

2. kacau adunan hingga sebati, jemputkan adunan dengan tangan, saiz ikutlah selara masin-masing, ros suke comel-comel, goreng deep frying, dan biarkan kuih bom ke-emasan, balik-balikkan kuih bom ini, supaya ia masak sekata, gunakan api sederhana.

3. Setelah agak perang angkat dan boleh dihidang panas-panas, pastikan pinggan di alas dulu dengan kitchen paper bagi meresap minyak yang berlebihan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

ros buat kecik-kecik je, senang nak masuk mulut

Nota: Kuih bom ni rangup di luar lembut di dalam, walaupun telah sejuk namun masih lembut dan gebu. Kakak Damia dan Anas pun suke je makan.

 

Kuih Vadei

Masakan - Kuih Muih

Kuih vadei ni antara kuih feveret ros, nak buat punyelah senang, tak guna tepung pun, cuma kita kena hati-hati  masa nak blender kacang ni, jangan letak air banyak sangat, nanti susah untuk dibentuk, resepi ros main agak-agak je ni, pastu ros buat sikit je, sebab sayang stok kacang dal dari Malaysia tu, selain buat vadei, kacang dal juga ros gunakan buat kuah dal untuk makan roti canai dan masukkan dalam Dalca sayur.

Bahan-bahanya

2 genggam kacang dal

1 sudu kecil garam

1/4 biji bawang besar ( saiz kecil)  dicincang

1 tangkai cili kering ( dihiris halus)

sedikit daun kari ( dihiris halus

Cara-caranya

1. Rendam kacang dal semalaman, kemudian bagi dua kacang dal, satu bahagian di blender hancur, masukkan sedikit sahaja air.

2. Kemudian satukan kacang dal yang siap diblender bersama baki kacang dal, hirisan bawang besar, cili kering dan daun kari, masukkan sedikit garam.

3. Kepalkan dan bentukkan bulat-bulat dan goreng di dalam minyak panas ( deep fry) guna api sederhana, masa bentukkan kuih vadei ni jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal, agak-agak je, bagi mendapatkan permukaaan yang garing di luar dan lembut di dalam. Sedap di makan panas-panas, Selamat Mencuba.

anak-anak pun suke, tapi bila ade lada kering n daun kari tu diaorang bagi ummi

garing di luar lembut di dalam

Nota: Kalau nak letak serbuk kari pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya, ros suke rasa biasa ni je, aroma bawang besar, cili kering dan daun kari tu pun dah memadai, sodap....

di bawah ni ade satu catatan mengenai kebaikan kacang dal

Kacang dal lazat dan menyejukkan di samping mempunyai ciri-ciri afrodisiak dan ketonikkan yang baik untuk saraf. Ia juga berguna dalam kes-kes kelemahan seminal (seminal debility), leukorea dan diabetes. Dalam kajian yang dijalankan di Institut Penyelidikan Teknologi Makanan Pusat India, kehadiran kacang dal di dalam diet biasa telah berupaya menurunkan kandungan gula di dalam darah.

 

Sa-ta-andagi aka Okinawa Doughnuts

Masakan - Kuih Muih

Mari kita cuba buat kuih traditional dari Okinawa pulak, Okinawa ni sebuah pulau yang tiada 4 musim, kiranya pulau Okinawa ni cuacanya seperti di Malaysia walaupun dalam negara jepun, cara makan dan cuaca amat berbeza sekali. Ros lama nak mencuba kuih sa-ta-andagi ni sebab nye selalu ternampak dalam rancangan tv jepun, seach punya seach jumpe resepi yang simple kt cookpad.com, bahan pun senang nak dapat. Resepi ade kat bawah ni ye : ), ros edit sikit bahagian cara-cara tu supaya lebih senang di fahami. Ros bagi 5star resepi ni sebab nye memang sedap, dan paling penting anak-anak suke..

Bahan-bahanya- sumber resepi dari cookpad.com  by Mayumi San

100gram tepung gandum

1 biji telur (60gram,kiranya telur saiz L)

40gram serbuk gula merah ( ros guna serbuk kuro sato)- rupanya serupa mcm gula merah mesia

20gram gula

1 sudu kecil minyak masak

1 sudu kecil baking powder

secubit garam

minyak masak secukupnya untuk proses penggorengan nanti

( tiada sebarang penggunaan air di dalam resepi ni, cecair hanya bergantung pada telur)

Cara-caranya

1. Masukkan gula putih, gula merah dan telur di dalam bekas adunan, dan kacau hingga sebati.

2. Kemudian masukkan garam, minyak masak dan tepung gandum bersama baking powder, gaul lagi. setelah semua adunan mesra, perap adunan lebih kurang 10 minit sebelum digoreng.

3. Jemput-jemputkan adunan bulat-bulat, jangan terlalu kecil, macam nak buat kuih bom pisang tu,  goreng dengan minyak panas, api perlu sederhana jangan terlalu kuat, balik-balikkan sa-ta-andagi supaya masak sekata dan goreng hingga keperangan. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

baru siap digoreng

rangup diluar

lembut di dalam

Nota: Kuih Sa-ta-andagi ni sedap sangat, sebab ada aroma gula merah tu, rangup di luar, lembut di dalam, ala-ala donut sikit rasanya, lain kali kena buat lagi ni, : )

 

Kuih Buah Rotan

Masakan - Kuih Muih

Saje je buat kuih raya ni, sebabnya kakak damia suke sangat makan kuih buah rotan ni atau ros panggil kuih bijan, damia pulak panggil kuih ni kuih ball, buat-buat cemilan sambil tengok tv, sedap jugak, tapi ros buat terbesar sangatlah, lainkali kena buat kecik-kecik baru comel dan tak makan masa bila digoreng tu. Resepi ros amik dekat mesra.net sumbangan dari Fatimah Isa, trima kasih ya atas resepi ni, ros buat suku adunan je, sayang tepung pulut dari mesia....tu..: )

Bahan-Bahan- sumber resepi dari mesra.net oleh Fatimah Isa
500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (x letak)

Cara-caranya

1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.

2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit.

3. Kemudian ,uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi) supaya senang untuk dibulat-bulatkan. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan.

ni bukan warna ke-emasan dah ni, dah perang sangat hihihi : )

Nota: Perlu diingatkan kena goreng dengan minyak sederhana, jangan telalu kuat, supaya bahagian dalam kuih buah rotan ni masak sekata dan rangup apabila di makan dan disarankan buat kecil-kecil, supaya tidak mengambil terlalu banyak masa apabila digoreng nanti.

 

Cucur Udang Geragau

Masakan - Kuih Muih

Menu sarapan merangkap menu minum petang kami hari tu, takde udang geragau mesia, ros  guna sakura ebi je, sbb udang geragau tu kalau kt jepun lebih kurang mcm sakura ebi yang warna pink tu, memang sedaplah resepi ni, sentiasa je lembut dari pagi sampai ke petang, terima kasih ya cik mat berkongsi resepi yang mudah dan sedap ni, izinkan ros copy kan di Jintanmanis ya. : )

BAHAN-BAHANNYA :-) - sumber resepi dari blog Tiffinbiru CMG
70 g udang geragau kering (kalau yang segar, guna 150 g)
1 biji bawang besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
1 biji cili hijau hiris halus ( x letak)
1 biji cili merah, hiris halus ( x letak)
3 tangkai daun sup, hiris ( ros ganti dengan hirisan daun negi@daun bawang jepun)
3/4 camca teh garam
1 camca teh baking powder
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili, sebagai pencicah

sakuraebi@udang geragau jepun yang ros gunakan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.

2. Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.

3. Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.

4. Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili....

( ros tambah 1/2 biji telur dalam bancuhan cucur ni, kasi up sikit kelembutan nya.)

lembut dan bersarang je dalam cucur ni

bila cicah dengan sos cili memang sedaplah : )

Nota: Sakuraebi tu tak nampak sangat pulak dalam gambar ni, mane ntah dia nyorok, cucur udang geragagu ni boleh dijadikan menu sarapan atau minum petang, nak buat pun senang, sebelum goreng tu, ros perap dulu adunan ni dalam setengah jam baru goreng, bagi mesra semua bahan dalam bancuahan cucur ni dulu.

 
More Articles...
Search
Galeri Olympusku
Jumlah Pelawat dr 1 Jan
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini211
mod_vvisit_counterSemalam2599
mod_vvisit_counterMinggu ini11241
mod_vvisit_counterMinggu lepas14280
mod_vvisit_counterBulan ini56418
mod_vvisit_counterBulan lepas51118
mod_vvisit_counterJumlah255725
Jom Sembang
Latest Message: 9 hours, 41 minutes ago
  • fmina08 : ros..nk semangkuk sekrem tmbikai tu...kemecer...ha'ah..agak bz sket lately..tah pape je lah..huhuhu
  • ros-K.Nani : salam kaknani, nak satu bowl buleh2, nnt buat menu berbuka ya :)
  • ros-Deetha : menu ringkas aja tu deetha, nnt sudah dicoba, bagi aku rasa ya :)
  • ros-14sept : salamjiya, naktukar aiskrim buleh2...pink tukar ngan yellow ya...sedap nampak nenas serbat tu...sejukk je masuk mulut nnt ni
  • ros-YatiAli : try kak jgn tak try, bahan senang, nak masak pun tak guna masa byk..slmt mencuba :)
  • ros-fiza : salam fiza,ros sihat je ni, simple je menu makaroni tu, nnt fiza try ya :)
  • nani : salam ros... :D sedapnye.. cedok kan akak semangkok.. tuk berbuka nanti.. boleh ye.. *sambil hulur mangkok kat tangan ros.. :D :D
  • deetha : Aduh Ros, lezat sangat tuh menumu hari ini.. aku esok mau coba makaroni salad tu... tunggu ye.. hehehe
  • 14sept : kak rosss.. kita pon tayang eskrim. tukar jom. ahehehe
  • yatiali : salam ros, akak suka kalau resepi simple mimple ni...harus di cuba...
  • fiza : salam.. apa kahabr dah sihat?? sedap macaroni tue.. take care ok
  • ros-mimiey : salam mimiey, nak resepi yang mane satu tu? copy aja, kakros tak kisah, nnt link kan sekali ok..:)
  • ros-sweetsal : salam kak sal, nak makaroni buleh2, jemput lah amik ya, rasa dulu, nnt klu sedap akak try buat ya
  • ros-K.Hana : aduhh nasi goreng blacan, lama tak buat ni kak, cam tau2 je blacan sabahan dah habis...jiya oh jiya..kena order ngan tauke dia ni heheee
  • ros-K.Mas : nak rasa sikit makaroni tu kak,buleh2 ni ros cedokkan, sedap kan, tak cukup buat sendiri nnt ya heheeee
  • mimiey : slm kak ros..nk mintak ijin ye nk cnp resepi ke blog sy,«link»
  • sweetsal : nk mintak sikit makaroni tu, blm bfast lg ni..hehe
  • hana : salam ros.. nak makaroni ckettt! nih klu perah lemon pong sedap kan! hambik nih nasik goreng belacan.. belacan sabah bahhh... eh konyer dh abes er?? hihihi
  • mas : ros...sedapnya makaroni...nak rasa sikit...
  • lynn hamzah : memang nak try tapi kena tunggu weekend la...sebab hari biasa memang arr x sempat...
  • ros-Deetha : salam deetha, aku sihat aja ni, oo sibuk di kantor ya, mahu aiskrim, ni aku bungkuskan.nnt makan ya :)
  • ros-K.Ummi : salam kak ummi, rajin sebb bahan senang tu kak, tu yang laju je tu, heheeheh nak satu bowl buleh2, jom mkn same2
  • deetha : salam Ros, apa kabar? aku bar sempat kunjung malam2 ni, kemarin2 sibuk sangat :( haduuuuhhh... lirik mata ke kiri ada eskrim :(( aku suka sangat dg eskrim...
  • ummi : Salam Ros..waaah rajin lg tuu..siap wat eskrem..bole la akak tumpang semangkuk..Ros sihat lg ke tu? Take care eh..muaaahhh!
  • ros-K.Hamsin : salam kak hamsini, oo akak pun kena pantau juga ya masak pregnant dulu,dok spital lama2 boringkan kak, tpnakbuat camne kan demi anak dlm tummy tu, ku lakukan ape sahaja
  • ros-K.Izah : ros mmg suke aiskrim kak, mcm2 dah try,hehee, akak bila nak sampai seru buat aiskrim sendiri, tu kak, bahan pun mudah tu, nnt try ya heheehehe
  • HAMSINI : Salam Ros, akak pun pernah alami masalah yg sama cuma takle sampai bleeding. tapi kena dok hospital hampir sebulan.Nasib baik cuti sekolah so takle susah sangat. Cuma kita ni tak boleh aktif sangat....semogasihat sampai sampai masa bersalin...
  • izah : sihat ke ros? huii eskrim..sodapnyee..dah lama teringin nak buat eskrim..tak terbuat jugak lagik..ros dah mcm2 eskrim dah try ek..
  • ros-K.Asma : mengandung ni mmg byk dugaan kak kak, lain anak lain ragamnye, coretan tu utk dikongsi bersama, eskrim ade lagi ni kak,jom makan jom ;)
  • ros-Zanarose : salam ziarah juga, insyaAllah saya akan kunjung balas ya, tunggu
  • ros-K.Nani : slmt berpuasa ya kak, ni ros bawakkan setengah tuppaware, akak simpan dlm freezer ye, nnt nak berbuka akak makan tau
  • ros-lynn ham : kak lynn, nnt try ya, senang sgt2, budak2 mesti suke punye ;)
  • ros-Kamalia : salam kak, hoken tu mmg pentinglah,klu tak, sakit gak tu nak bayar bil spital, akak try lah kak,buat aiskrim suika tu kak, senang je tu
  • ros-K.Yatial : slmt pagi kak yati, aah senang je kak, semudah 1,2,3 nnt akak try ya, sedap pun sedap tau
  • ros-K.Hana : kak, sakit tekak lagi ke,uishh sampai tak sihat, sure pulun byk sgt air batu ni, takpe nnt dah sihat tekak tu leh pulun balik air batu ye, blog dah 2 tahun...masih menten best,cayalah kak
  • ros-aisha : meh la aisha, aiskrim ade sikit lagi ni,meh kita makan same2, tulah aisha part 2 tu rasa lagi hiba nak cerita, sokongan kwn2lah jadi penguat semangat, klu tak mmg nangis je nnt tu
  • kakasma : ros,sebak baca kisah ros nie,tu sbb kita nie bnyk pahalakan..masa mengandung nie mmg bnyk kenangan..tapi sakit tulah penguat semangat kitakan.semoga ros akan lebih tabah dan kuat lepas nie..syukurkan.pengalaman yg mahal nie ros..tapi tengok eskrim tu buat akak tergoda lak..hihihi jaga diri yer
  • zana rose : salam ziarah n kenal..sudi2lah keblog akak ya.
  • Nani : salam ros... wahhh dah buat eskrem tembikai lak dia.. nyumm nyummm... akak posa ni.. last day.. ros simpan kat akak semangkok.. buat desert berbuka nanti ye.. :P :P
  • lynn hamzah : mcm best jer aiskrim tembikai tu alang...nanti nak try la...
  • kamalia : hehehe..lupe plak..sib baik kat sini kena amik insurance kan..sekurang2nye xdela nak kn byr sume tu..bnyak nak kn bayar tu..bestnye ade aiskrim..akak xpenah cube lg buat aiskrim ni..blom rajin la..:D
  • yatiali : salam pagi ros...cam senang jer nak buat ais krim ni.nak cuba gak lah nanti...
  • hana : hah! hambik siap kuor bil lagik! hihihi... yg penting skrg dh sihat alhamdulillah... ross.. akak takleh mkn aiskerim! sakit tekakkk! huwaaaaa... mana taknyer bantai air batu ari2! huh! mencik ar.... thanx yer wish my blog!
  • aisha : salam ros..alahaii sedapp ye aiskrim tu ros..terliur dibuat ye..skrg mmg musim buah kat msia kan.ni duk cr durian kt kedai thai, tkde pulak..hhuhu..sebak je bace coretan part2. masa ros call mlm dlu tu lg saya sebak..alhamdulilla syukur sgt ros dan bb dah stabil..doa moga semua dipermudahkan nanti..insyaALLAh amin..take care ye ros,bykkan rehat tau...muahh
  • ros-Chikmimi : pengalaman yang takd dpt ros lupakan kak, tu yang nak kongsi dgn kwn2 yang lain tu...
  • ros-K.Fmina0 : salam kak, bersyukur sangat2 ni, sebab dah balik rumah, dan plasenta dah naik atas..; )
  • Chik mimi : salam ros alhamdulillah semuanya dah selamat ye ros,ngeri jugak baca citer tu apa-apa pun take care ye ros
  • fmina08 : salam ros...alhmdllh..moga sumanya selamat...
  • ros-K.Zana : salam kak, ros sihat je ni kak, cuma taklarat sangat ni dah sarat..terima kasih ya kak atas doa tu...ros aminkan ya..: )
  • zana : slm ros .. apa kbr.. smga ros sihat n dipermudahkan bersalin nnti..
View archive


Cuaca
Tetamu JM dari..