Donut Kentang
| Masakan - Kuih Muih |
| Share |

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
250 gram tepung gandum80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

-kalau nak hias dengan cooking coklat pun boleh-

-gedebak besar donut ni jadinya, hihi..kakak damia lebih suke letak sugar powder je-
Nota: Kalau perasan resepi donut kentang ni lebih kurang je dengan bun kentang, cuma ros tukarkan tepung roti ke tepung gandum, kurangkan kuantiti marjerin dan lebihkan kuantiti kentang lecek tu. : )
| Share |




















Comments
terima kasih kerana sudi berkonsi resepi. InsyaAllah...., petang ni sy akan cuba buat.
Thanks for sharing this recipe....Ayu get this copied in my entry ye. Done this last evening and thank god...
kak, saya jumpa resepi akak ni kat blog kak tun sweettouch. saya dah try semalammm, emmm sedappp. tq ye kak!!
http://ozzyorange9768.blogspot.com/2011/04/donut-kentang.html
takpe..its ok
try lah sedap tau...hheeeee
http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2010/12/donut-keledek.html
comment kat post lain.. ampun...
ape2 pun, mesti try nanti nih...nmpk sedap je.
wah tiqah dah buat ye donut kentang, lembut kan, terima kasih ya sudi mencuba ...makan ingat ros tak? heheeee
mcm kakros suke buat comel2, dlm 15 ke 18 ketul leh dapat, bergantung pada saiz gak, ikut selera atiqah lah nak buat kecik ke,besor ke, tp donut ni sedap tau..lembut jeee
satu adunan resepi donut kentang ni agak-agak boleh hasilkan berapa biji donut??
wah dah jadi ek kaklin, klu dpt tgk gambo donut kaklin lagi best ni heheehe, meor kata ape? sedap? heeheheh, tahniah ek kaklin buat julung2 kalinye buat donut, menjadipulak tu ye...
kak lin, dah goreng ke donut kentang? nak rasa buleh heehee
salam kak ton, sori ye buat kakton teringin, nnt kakton try buat, mane tau leh jadi mcm ros nye tu heheehehehe
hahahaha, ros tak sure lah kak, naper donut cepat bogel tu, heheee, kak siti nnt try buat donut kentang ni pulakye, sedap tau
RSS feed for comments to this post.