Masakan - Kuih Muih

Share

Bahan-bahanya

300gram tepung roti

2 sudu kecil yis

100gram tepung gandum

80 gram taufu ( klu kt mesia guna taufu yang lembut tu)

2 sudu besar marjerin

1 biji telur

2 sudu besar susu tepung

200ml susu kacang soya ( boleh ganti dengan susu segar atau air suam)

3 sudu besar gula

-nozel dan beg piping yang ros gunakan-

Cara-caranya

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil yang anda suke, separuh adunan ni ros buat bentuk bulat, dan separuh lagi ros buat bentuk donut. biarkan naik dua kali ganda baru digoreng. Pastikan alas donut dengan kertas minyak supaya senang di ambil untuk proses menggoreng nanti.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, setelah donut ball agak sejuk, paipkan inti bluebberry ke dalam donut, ros guna nozel yang muncung tajam tu, dua tiga ketul lagi ros letak inti coklat, khas buat anak-anak, kemudian salut donutĀ  bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Hasil dari doh ni dapat banyak juga, boleh difrozenkan, ( jika mahu difrozen goreng donut separuh masak) kalau nak buat separuh adunan pun takpe, ros suke rasa donut taufu ni sebab donut nye padat dan tidak meresap minyak, maintain lembut je walaupun dah lama di masak. : )

Share

 

Comments  

 
+1 #4 2010-03-28 19:33
Quoting oranghikarigaok a:
8) arigato ros!! dah buat dua kali.. semalam ngan arinih.. hahahha anak-beranak sekali ngadap tuh.. dah sejuk pun tak keras kan..

wah dah buat sampai dua kali ya, aah donut ni still gebus wlupun dah lembut kan kak, thanks ya kakyan sudi mencubaaa...klu dekat leh rasa..
Quote
 
 
+1 #3 2010-03-28 11:49
arigato ros!! dah buat dua kali.. semalam ngan arinih.. hahahha anak-beranak sekali ngadap tuh.. dah sejuk pun tak keras kan..
Quote
 
 
-1 #2 2010-03-25 12:38
Quoting kak ham:
salam.....nak donut 2 ketui..lapooooooooo :-?

2 ketul khas buat kak ham, laporr nye kesianyeeee
Quote
 
 
-1 #1 2010-03-25 10:36
salam.....nak donut 2 ketui..lapooooooooo
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh