Masakan - Kuih Muih

Share

Ros buat apam milo ni petang semalam, lepas kukus pulut untuk buat pulut mangga tu, ros terus kukus apam milo ni, tak lah membazir air kukus yang masih panas tu, resepi seperti biasa guna bahan yang ade kat dapur je, hasilnya memang mekar setaman lah, semua 16 acuan tersenyum, hati berbunga riang, akhirnya berjaya juga buat apam tersengih, Alhamduillah. : )

Bahan-bahanya

150gram tepung gandum

6 sudu besar serbuk milo

120 ml susu segar

50 gram gula

2 sudu kecil baking powder

2 sudu besar minyak masak

1 biji telur

Cara-caranya

1. Ambil separuh bahagian susu segar ( 60ml) panaskan sebentar dan campurkan 6 sudu besar serbuk milo, kacau hingga milo larut.

2. Kemudian Ayak tepung gandum dan baking powder, selepas itu pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan baki susu segar, tepung yang telah di ayak dan bancuhan milo tadi. kacau  menggunkan spatula atau senduk kayu.

3. Akhir sekali masukkan minyak masak dan tuangkan di dalam acuan, letak hampir penuh pun takpe, dan kukus lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api kuat. Sedap dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Nota: Walaupun tak guna ovalette apam milo ni lembut gebu je, anak-anak pun suke makan, dapat makan apam milo panas-panas memang sedaplah, di kala cuaca hujan dan sejuk. Osaka dua tiga hari ni cuaca suram mendung je, macam mane nak gi hanami ni :(

Share

 

Comments  

 
-1 #11 2010-08-24 07:51
salam ziarah....sedapnye apam milo tu, mcm nak wat utk anak2..mesti drg suke...
Quote
 
 
0 #10 2010-03-28 19:25
Quoting Sue@nenie:
Salam Ros...
Wahhh memang mekar-mekar apam milo ni..ada masa n sampai serunya harus cuba gak ni

aa nnt sue cuba ya, bah an pun senan je tu kan , good luck ya heheee
Quote
 
 
-1 #9 2010-03-26 23:30
Salam Ros...
Wahhh memang mekar-mekar apam milo ni..ada masa n sampai serunya harus cuba gak ni
Quote
 
 
0 #8 2010-03-26 20:48
Quoting ummi:
:o Uiiiiihhh mmg tersengih sungguh apam milo Ros nih, puashati la yaa..terasa pulak akak nk try..mst harum bau milo tu kan...bila la nk try niiii...byk tul resepi que...hehe..tp virus M yg byk ganggu ni...

kak ummi sayang, apam tu sengih cam tuan dia kan heheehe, niat nak buat tu penting kak, bila bila leh try ye...mane ade virus M akak tu, tgk menu berderet je kt umah akak tu, terliur tau hheheee
Quote
 
 
0 #7 2010-03-26 20:36
Uiiiiihhh mmg tersengih sungguh apam milo Ros nih, puashati la yaa..terasa pulak akak nk try..mst harum bau milo tu kan...bila la nk try niiii...byk tul resepi que...hehe..tp virus M yg byk ganggu ni...
Quote
 
 
0 #6 2010-03-26 19:37
Quoting Kak Ita:
ros, k.ita nak copy resepi ni. nk cuba lak. boleh ya!!!

aa cuba lah kak ita, sedap tau apam ni, makan panas-panas lagi sedap hihi, nnt dah cuba bgtau ya, hantar osaka sikit tau
Quote
 
 
0 #5 2010-03-26 15:37
ros, k.ita nak copy resepi ni. nk cuba lak. boleh ya!!!
Quote
 
 
0 #4 2010-03-26 13:35
Quoting kak as:
salam ros, bestnya ampam tu..kemin tersenyum dia..nak try la..

Kak As sayang, i miss u lah, kak, nnt try ya, lepas dah cuba, bagi ros rasa ye kak
Quote
 
 
0 #3 2010-03-26 13:33
Quoting smile@tonsulaim an:
Salam ros, lebarnya apam ros senyum.. ni sedapni, gebuss, i like!

tula suke sgt semalam , apam ni nak senyum je, kak ton jemput lah amik dua tiga ketul buat rasa ya : )
Quote
 
 
0 #2 2010-03-26 09:05
salam ros, bestnya ampam tu..kemin tersenyum dia..nak try la..
Quote
 
 
0 #1 2010-03-26 08:08
Salam ros, lebarnya apam ros senyum.. ni sedapni, gebuss, i like!
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh