Masakan - Kuih Muih

Share

400 gram tepung pau
1 1/2 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam
1 sudu besar gula  gula
1 sudu kecil baking powder+1sudu kecil bread softner
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis

( ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit dan bahagikan pada 15 bahagian kecil dan isi dengan inti kegemaran anda.

2.  Ros letak inti kacang merah dan daging+kentang, tutup doh  rapat-rapat dan biarkan sehingga dua kali ganda selama 1 jam, kukus selama lebih kurang 8 hingga 10 minit, bergantung pada saiz pau. sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

pau ni lembut je, tapi takleh segebus yang jual kt kedai tu, hihi : )

letak tanda sikit, baru dapat beza inti dia.

Nota: Pastikan Pau tidak dikukus terlalu lama untuk mengelakkan kulit pau berkedut, air kukusan juga perlu di ambil kira, pastikan air kukusan betul-betul mendidih dan air di penutup kukusan tidak terkena pau apabila di kukus. Apabila ingin manangkat pau yang telah siap dikukus angkat  bekas pengukus di bahagian atas dan alihkan pau, kemudian susun baki pau yang belum dikukus dan letak di atas dapur kembali.

Share

 

Comments  

 
0 #6 2010-04-08 19:19
Quoting ummi:
Ros cayangggg...hehe, nak ngecek niii...pau ada lagi?? Pantang tul akak tengok pau tauuu, xleh tahan.. :P

salam kak ummi sayang, heheheeh, ros dah wrapkan siap2 ni kak, pau semua inti ade, ade 4 ketul kongsi ngan anak2 ya, ade bwk tart utk ros tak?
Quote
 
 
0 #5 2010-04-08 19:18
Quoting mummyseri:
Salam ros, ermmm sedapnyer..akak suke inti kentang tu..bile2 bole try resepi ros ni pulak:)..

oo akak suke inti kentang ya, ros tak kisah, semua ros makan je, mmg suke pau ni, kuih kukus2 mmg sedap kan kak, nnt akak try lak resepi ni ye, : )
Quote
 
 
+1 #4 2010-04-08 19:17
Quoting Kak Watie:
Salam Dik Ros...nak uli pau ni macam nak uli buat roti jugak....masih belum dtg seru...memang dasar org malas...ada banyak alasan!!

Psst ni Akak bawakan frozen karipap utk Ros & anak2...

sedapnye karipap frozen akak ni, baru je goreng heheehe, klu betul2 kan best, teri ngin nak makan masakan akak, nnt datang juga seru pau ni kak, ros tunggu je heheeeee
Quote
 
 
-1 #3 2010-04-08 12:42
Ros cayangggg...hehe, nak ngecek niii...pau ada lagi?? Pantang tul akak tengok pau tauuu, xleh tahan..
Quote
 
 
0 #2 2010-04-08 12:06
Salam ros, ermmm sedapnyer..akak suke inti kentang tu..bile2 bole try resepi ros ni pulak:)..
Quote
 
 
0 #1 2010-04-08 09:57
Salam Dik Ros...nak uli pau ni macam nak uli buat roti jugak....masih belum dtg seru...memang dasar org malas...ada banyak alasan!!

Psst ni Akak bawakan frozen karipap utk Ros & anak2...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh