Masakan - Kuih Muih

Share

Ni projek mengukus petang semalam, dalam pukul 3.30petang tu tiba-tiba je teringin nak makan pau yang baru dikukus, lepas asar terus buat, kebetulan homemade sri kaya pandan ade, ros buat juga inti kelapa, kacang merah, dan krim coklat khas buat anak-anak. Ros guna resepi pau lembut yang lepas, cuma ade sedikit penamabahan warna hijau dan ros gunakan campuran susu segar dan air suam, hasilnya tak mengecewakanlah, lembut dan tegang je kulit luar pau ni bila selesai di kukus, resepi ade kat bawah ni ye : )

Bahan-bahanya

400 gram tepung pau ( low protein flour)
1 1/2 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml cecair ( ros guna 110ml susu segar+ 110 air suam)
1 sudu besar gula  gula
1 sudu kecil baking powder+1sudu kecil bread softner
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis

untuk inti kelapa
3/4 cawan kelapa kering
3 sudu besar gula merah
satu ikat daun pandan
sedikit air suam

1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

variasi inti
sri kaya pandan
kacang merah
krim coklat

*beberapa titik pewarna hijau bagi doh pau pandan*

( Untuk doh yang  warna asal, ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin, bahagi doh pada dua bahagian, satu dibiarkan warna asal, dan satu lagi dicampur dengan beberapa titik pewarna hijau, uli sehingga warna hijau sebati.


2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 1 sudu kecil inti sri kaya pandan dalam doh yang berwarna hijau, ulang langkah tadi hingga doh habis, Doh yang berwarna putih Ros letak inti kacang merah, kelapa dan krim coklat, ros tandakan sedikit di permukaan pau bagi membezakan inti antara satu sama lain.

3. Lapik pau dengan baking sheet, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau. semalam ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus

1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)

2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)

3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.

4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).

pau sri kaya pandan yang sedang diperap

yang ni pula pau kelapa nak tunggu naik dua kali ganda

pau sri kaya pandan yang baru siap dikukus

pau kelapa dan pau inti krim coklat

Nota: Kalau tak mahu letak pewarna hijau pun boleh, biarkan warna asal, itupun kalau buat satu inti sahaja, tapi  kalau buat banyak-banyak inti kena lah letakkan tanda, hihihi : )

Share

 

Comments  

 
0 #17 2011-09-14 15:39
wow nampak cm sedap jer pau tu teringin ar plak nk mkn pau...nt nk try resepi ros ni ar
Quote
 
 
0 #16 2010-11-07 19:02
Quoting samsinar baharudin:
geramnye.................................pau cik ros. bleh ikut resepi & buat bisnis.
:-)

nak buat bisnis ke? good luck ya
Quote
 
 
0 #15 2010-11-07 19:01
Quoting samsinar baharudin:
wow,cantiknya pau
:oops: :oops: :oops:

Quote
 
 
+1 #14 2010-11-07 19:01
Quoting samsinar baharudin:
:-| wow,cantiknya pau................warna hijau plak tuu....................... :sigh: :-*

cantik ya....thank you
Quote
 
 
+2 #13 2010-11-05 15:30
geramnye.................................pau cik ros. bleh ikut resepi & buat bisnis.
:-)
Quote
 
 
+2 #12 2010-11-05 15:01
wow,cantiknya pau
:oops: :oops:
Quote
 
 
+3 #11 2010-11-05 14:59
wow,cantiknya pau................warna hijau plak tuu....................... :sigh:
Quote
 
 
+2 #10 2010-05-29 14:20
Quoting MamaFaMi:
Salaam Ros...

Mak ai, licin sungguh permukaan kuih pau Ros ni...tirguda...

salam Mama, tu lah buat jadi,sellalu nye berkedut seribu gak heheehehe
Quote
 
 
+2 #9 2010-05-29 02:18
Salaam Ros...

Mak ai, licin sungguh permukaan kuih pau Ros ni...tirguda...
Quote
 
 
+2 #8 2010-05-17 19:25
Quoting kak Rose:
cantiknya lah pau ros ni...kalau dekat maunyer g bawa pinggan...bak sebiji tiap2 inti tu

uishh kak, klu dekat takyah bersuruh, mmg nak hantar dh depang rumah akak hehee, setiap satu nak ye, buleh2 heheeee
Quote
 
 
0 #7 2010-05-17 17:11
cantiknya lah pau ros ni...kalau dekat maunyer g bawa pinggan...bak sebiji tiap2 inti tu
Quote
 
 
+1 #6 2010-05-17 14:47
Quoting nurindah:
salam ros,
Memang cantik pau tu. jem pun buat sendiri? rajinnya.. :) ada anak2 yg suka makan, memang seronok buat ,kan? :lol:

sbb ramai nak makantu yang rajin buat kak, klu takros je yang jadi DBKL nnt tukang perabis, kak nur, nak puding rotibuleh?
Quote
 
 
+1 #5 2010-05-17 14:46
Quoting sakura.emi:
wahh mmg teringin nk bljr buat pau sendiri..kne try cri bhn2nyer ni.lum pernh cri lgi tepung pau n lemak syran..thnks ros share resepi leh rujuk nnti :-)

emi nnt klu dah jumpe tepungpau, boleh try ya, good luck tau,lepas tu, bagi ros rasa sikit heheheee
Quote
 
 
+1 #4 2010-05-17 14:46
Quoting love2cook:
Hi Ros darling! hru there??? ;)

WOW, sedapnye Ros buat pau tuh...adeyyyy! geram tgk...

hi love, ros sihat je, love n family sihat? geram ke? klu dekat boleh kasi love rasa sikit ni : )
Quote
 
 
+1 #3 2010-05-17 12:36
salam ros,
Memang cantik pau tu. jem pun buat sendiri? rajinnya.. :) ada anak2 yg suka makan, memang seronok buat ,kan?
Quote
 
 
+1 #2 2010-05-17 08:52
wahh mmg teringin nk bljr buat pau sendiri..kne try cri bhn2nyer ni.lum pernh cri lgi tepung pau n lemak syran..thnks ros share resepi leh rujuk nnti
Quote
 
 
+1 #1 2010-05-17 08:13
Hi Ros darling! hru there??? ;)

WOW, sedapnye Ros buat pau tuh...adeyyyy! geram tgk...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh