Kuih Vadei
| Masakan - Kuih Muih |
| Share |

Kuih vadei ni antara kuih feveret ros, nak buat punyelah senang, tak guna tepung pun, cuma kita kena hati-hati masa nak blender kacang ni, jangan letak air banyak sangat, nanti susah untuk dibentuk, resepi ros main agak-agak je ni, pastu ros buat sikit je, sebab sayang stok kacang dal dari Malaysia tu, selain buat vadei, kacang dal juga ros gunakan buat kuah dal untuk makan roti canai dan masukkan dalam Dalca sayur.
Bahan-bahanya
2 genggam kacang dal
1 sudu kecil garam
1/4 biji bawang besar ( saiz kecil) dicincang
1 tangkai cili kering ( dihiris halus)
sedikit daun kari ( dihiris halus
Cara-caranya
1. Rendam kacang dal semalaman, kemudian bagi dua kacang dal, satu bahagian di blender hancur, masukkan sedikit sahaja air.
2. Kemudian satukan kacang dal yang siap diblender bersama baki kacang dal, hirisan bawang besar, cili kering dan daun kari, masukkan sedikit garam.
3. Kepalkan dan bentukkan bulat-bulat dan goreng di dalam minyak panas ( deep fry) guna api sederhana, masa bentukkan kuih vadei ni jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal, agak-agak je, bagi mendapatkan permukaaan yang garing di luar dan lembut di dalam. Sedap di makan panas-panas, Selamat Mencuba.

anak-anak pun suke, tapi bila ade lada kering n daun kari tu diaorang bagi ummi

garing di luar lembut di dalam

Nota: Kalau nak letak serbuk kari pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya, ros suke rasa biasa ni je, aroma bawang besar, cili kering dan daun kari tu pun dah memadai, sodap....
di bawah ni ade satu catatan mengenai kebaikan kacang dal
Kacang dal lazat dan menyejukkan di samping mempunyai ciri-ciri afrodisiak dan ketonikkan yang baik untuk saraf. Ia juga berguna dalam kes-kes kelemahan seminal (seminal debility), leukorea dan diabetes. Dalam kajian yang dijalankan di Institut Penyelidikan Teknologi Makanan Pusat India, kehadiran kacang dal di dalam diet biasa telah berupaya menurunkan kandungan gula di dalam darah.
| Share |

















Comments
ye same same, tu lah kacang dalnye, rendam dulu tau
sbb ade yang letak tepung rasanya, sbb tu lah ade yang keras
klu berderai n meresap minyak tu mungkin adunan lembik sgt rasanya, klu buleh blender separuh adunan kacang dal tu, tanpa air lah, baru rasa selamat sikit, sbb nnt kacang tu lembab gak, sbb keluar air kacang dal tu, pastu, gaul dgn baki kacang dal, campur bahan2 hirisan pastu terus goreng..isnyaAllah jadi,goodluck ya
salam kak ain, tp ros mmg tak pandai deco kek kak, honestly heeehehehe...klu buat tu ikut nasib lah kadang2 jadi kadang2 idak hahahaaa
bukan malas tu kak,cuba tak terbuat...heehehe, cepat kak gi rendam kacang dal, esok leh buat heheheeh senang je kuih tu kann
p/s : saya pun selalu jadi tukang makan daun kari, cili & bawang vadei anak2..hehe
btw kalau pandai uli roti, esok2 mesti pandai gak deco cuppies. kita dulu pon xtau ada bakat terpendam
RSS feed for comments to this post.