Stok Makanan Frozen Sempena Ramadhan 2010
| Masakan - Kuih Muih |
| Share |

Hari ni ros nak kongsi gambar bekalan makanan frozen yang sempat ros buat sebelum bersalin hari tu, walaupun dah sarat, ros gagahkan juga....hari-hari terakhir sebelum 5 Aug 2010, kuih akhir yang sempat ros buat sehari sebelum hari melahirkan Wazhif tu adalah karipap inti ikan dan inti daging, sempat mengelim dalam 40 biji karipap....Esok nye pagi...dah ke Hospital...untuk bersalin..: )
Ros buat semua kuih muih ni minggu lepas, sebelum hari khamis tu, tiap-tiap hari ros buat satu kuih untuk difrozenkan, ni sebagai bekalan untuk abang dan anak-anak sepanjang ketiadaan seminggu ros nanti, Alhamdulillah semuanya sempat di buat, kecuali kuih pau dan murtabak, baki inti daging tu ade lagi dalam freezer tu, sebab ingat nak buat hari jumaat dan weekend tu, tapi dah bersalin awal pulak...tak sempat...hihihi...
Untuk anak-anak pulak ros buatkan nugget ayam taufu frozen, kari jepun dan sos pasta tomato, semua dah habis dah dimakan oleh anak-anak ros, Alhamdulillah memang niat nak senangkan keje abang bab memasak tu, sebab seminggu tu mesti abang pening nak bagi makan ape kat kakak damia dan anas, tu yang buat siap-siap semua tu...Sekarang ni pulak puasa, lagi memudahkan keje, nak berbuka tinggal goreng je, pilih mane berkenan....
antara kuih muih frozen itu ialah
1. Donut
5. Roti Keramat







Nota: Separuh ruang freezer tu dah penuh dengan makanan ni semua, kalau nak susun daging ke ayam ke ikan ke, kena susun betul-betul, silap-silap tak muat peti ais tu : )
| Share |


















Comments
dah selamat bersalin ye.. tahniah...!!
mmg betul punya rajin ler ros ni.. sempat lg sediakan kuih frozen.. yelahh.. dah dok kat sana tak buat gitu.. tak merasa ler nak berbuka ngan kuih muih tradisi kita kan?
Kagum betul akak ngan ros ni.
lama akak x ziarah, dh bersalin rupanya ye. alhamdulillah. suka nama wazhif tu
RSS feed for comments to this post.