Kuih Puteri Ayu
| Masakan - Kuih Muih |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni mesti ade kawan-kawan yang puasa 10 Muharram kan, selamat berpuasa ros ucapkan, semalam ros puasa tapi puasa gantilah nak habiskan belen 25hari tu, ade sikit lagi ni, jadinya kalau puasa ni macam-macam lah teringin nak makan, kuih puteri ayu ni lama dah masuk list, tak buat -buat gak, sebabnya ade jelah bahan yang takde, acuan pun baru jumpe, banyak resepi yang ros jumpe, ros cari yang bahagian atasnya tu tak guna tepung ubi, stok tepung ubi takde, Resepi seri ayu ni Saudari Rohaya1710 ni menjadi pilihan. Nak sukat pun senang, hasilnya memang lembut gebu sepanjang masa. Terima kasih pada rohaya1710 ya dan izinkan ros kongsikan di JM.com.

ade adunan lebih, tp masa ni tak cukup acuan, guna je acuan kuih lompang : )
Kuih Seri Ayu
Sumber Resepi Asal: rohaya1710@myresipi.com
Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putin + dgn sikit tepung gandum dan garam
( ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum)
Cara-cara
1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.
Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com
-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.
*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan- ros@jintanmanis.com*
1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.
2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).
3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.
- Saje je letak gambar puteri ayu ni banyak-banyak sebab, suke tengok puteri ayu ni posing, masa ros amik gambar ni pun seronok je, di tambah lagi dengan model-model sampingan nye tu, acuan dan telur pun jadi mangsa shooting..hihihi....

acuan biru puteri ayuku....

lembut mulus je puteri ayu ni

ayu comel seperti namanya

sedap dimakan bila-bila masa sahaja

Nota. Rasanya tu jelah tips dan petua yang ros gunakan supaya kuih puteri ayu ni tidak melekat pada acuan, harap dapat membantu kawan-kawan yang lain ya. Acuan dan ovelette tu ros bawak siap-siap dari malaysia dulu, kalau kat sini takde jual semua tu..nasib baik teringat nak bawak, kalau tak, tak merasalah nak buat kuih ni.
| Share |






















Comments
alhamdulillah menjadi percubaan kali pertama...
hehehe, kakros dah balik mesia dah,
tips biasa je kak, sedap kan kuih ni, ros pun suke, klu kita ni berjiran kan best kan heeheee
akak beli kat kedai biasa je, nnt cuba cari ya...
salam eriqa, ros nye feveret kuih ni, sedap kan, nnt try ya, manu tau menjadi,k takyah beli dah buat sendiri, baru puas hati heheee
ct dah try ya, sedap kan, ros mmg suke sgt kuih ni
best kan saya pun suke sgt kuih ni
huhu, tiqah...kakros tak berani lah nak delivery muffin ke cupcakes ke, sbb takde bakat nak mendeco, makan sendiri buleh lah, trima kasih ya sudi try resepi kakros yang tak seberapa ni..salam dari kakros n family osaka ya
salam kak sue, cuba akak cari kt pasar malam,ros dulu beli kt pasar malam je ni, kat org jual peralatan dapur, klu takde kt carik kt supermarket , kot kot lah jumpe....slmt mencari acuan ya kak, dan selamat mencuba
salam kesabaran, kakros dpt kelapa parut tu dari kedai halal kt kobe ni, takpun klu kat batricrom kakros tak sure lah ade ke idak, ovellette tu pulak dari mesia, takde jual kt sini,klu takde ovellete tu rasanya nnt tak gebus sgt, kakros tak pernah try, sori ya tak buleh nak bantu bab ni
salam kak mas, petua atas pengalaman tu, suke je kongsi ngan kwn2 semua, kak mas sihat ke tu? ros tak sempat lagi nak blogwalking ni, sibuk je manjang, thanks ya kak sudi tinggalakn jejak kt jmc ni..suke jeeeee
RSS feed for comments to this post.