Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera semua, hari ni baru lah ade masa sikit, nak updated resepi dan hasil eksperimen hari isnin lepas, ni pun curi-curi masa sementara Wazhif tidur tengahari, sebelum tu ros nak minta maaf sebab, ros tak sempat lagi nak blogwalking ke rumah kawan-kawan lain, sebab memang tak cukup masa sekarang ni, insyaAllah bila ade kelapangan nanti pasti ros akan ziarah dapur dan melihat menu-menu kawan-kawan yang menggoda jiwa tu, berbalik pada resepi donut mayo ni, resepi seperti donut biasa je, cuma ros tambahkan mayonis, ternyata kelembutan dan kegebuan nye pasti dirasai, tak rugi mencubanya, cuma hari isnin lepas donut ros terperang sikit, lain kali kena adjust sikit level api dapur gas tu, baru cun ke-emasan, oklah resepi ade kat bawah ni ye.

Donut Mayo
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)

sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

terlebih salut gula pulak...hihihi..

lihatlah akan tekstur dalam donut mayo yang halus dan gebu ni

Nota: walaupun rupa donut mayo ku ini tak berapa cun, tapi rasanya sungguhlah sedap dan sentiasa lembut, nanti nak buat lagi ni, nak kasi up sikit rupa dia, kalau nak toppingkan dengan cooking coklat pun boleh.

Share

 

Comments  

 
0 #2 2011-02-17 16:20
sudu besar tu... sudu apa?
Yang pakai makan tu kah or sudu buat kaut nasi?
Quote
 
 
0 #1 2011-02-16 20:49
ros..rindu la kat ros...
wahhh..donut mayonis yer..
nampak gebu gila tu..
nanti k.mas pun nak buat gak....
ros kat n9 kat mana yer....
kak mas ada beli rumah kat senawang tau..he..he..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh