Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua, hari ni ros nak kongsikan resepi adunan untuk menggoreng pisang, adunan ni sangat istimewa sebab di campur dengan kelapa kering, bila makan tu, terasa akan lemak kelapa dan kerangupan nya, sebab ros guna tepung beras, tapi adunan ni kena cair sedikit daripada adunan pisang goreng yang selalu kita buat tu, biar lebih rangup dan paling penting ia tidak meresap minyak apabila digoreng, resepi ade kat bawah ni ye.

Adunan Pisang Goreng Lemak Rangup
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

3 senduk tepung beras
1 senduk tepung gandum
1 senduk kelapa kering ( nak ganti dengan kelapa parut pun boleh)
1\2 biji telur
sedikit air
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk
beberapa biji pisang nangka

Cara-caranya

1.  Semua bahan di masukkan di dalam bekas adunan, kecuali pisang dan air, gaul sebati, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, pastikan adunan pisang goreng ni, cair sedikit, tidak terlalu pekat.

2. Setelah semua nye sebati masukkan pisang nangka yang telah dipotong dua, kacau sehingga adunan tepung meliputi pisang, goreng hingga ke-emasan, angkat dan sedia untuk dihidangkan, sangat sesuai dijadikan menu minum petang bersama keluarga. Selamat Mencuba.

goreng pisang nangka kegemaranku, suka rasa masam manis pisang ni

goreng sukun...lama tak makan...oishikatta

Nota: Kalau  nak ganti pisang nangka ni dengan sukun, tempe atau cempedak pun boleh, dan baki adunan ni juga boleh juga digoreng sehingga garing, anak-anak pasti menggemarinya.

Share

 

Comments  

 
+1 #12 2011-05-20 00:40
Goreng pisang
Quote
 
 
+1 #11 2011-02-21 04:45
besnye makan sukun...windunyee
Quote
 
 
0 #10 2011-02-21 04:44
hehe dah lama betul x makan sukun ros...windunyee...
Quote
 
 
-2 #9 2011-02-18 15:02
ahhh..lapar nye
Quote
 
 
0 #8 2011-02-17 19:17
wahhh..sedapnya pisang goreng..
kak mas pun suka pisang nangka..
sedappkan ros...
Quote
 
 
0 #7 2011-02-17 19:16
salam ros...
wahhhh..pisang goreng..sedappnya..
kak mas pun suka pisang nangka..sedappkan...
Quote
 
 
+1 #6 2011-02-17 16:49
akak, try pakai bijan, rasa dia jadi lain tau
Quote
 
 
0 #5 2011-02-17 16:27
lapa la pulak nengok pisang goreng tuu..ade lagi x??nak sikit..hehhee
Quote
 
 
0 #4 2011-02-17 15:55
waduh!!! ros, sedapnya..
rasa nak makn goreng pisang lah pulak bila nampak gamabr ros ni..
Quote
 
 
0 #3 2011-02-17 15:50
salam...
amboi sedapnyalah kalau dpt sepiring pisang goreng dengan sukun tu... tinggal buat nesface panas je utk minum petang ni.. hmmmm.... terus teringat kat gerai goreng pisang kat hujung opis ni.. hehehe...
Quote
 
 
+1 #2 2011-02-17 15:09
rossss miss u to..eh smlm akak try masuk sini tak boleh..cemana ros duduk mesia?anak2 ok tak? ye la dah lama kat jepun kan..hope semua ok ye ros..mekasih share resepi goreng pisang ni.satu kelainan la...baru duk usha donut mayo dah kuar goreng pisang..menggoda tau..hehe
Quote
 
 
0 #1 2011-02-17 14:54
Ros! seronoknya dah balik. macam2 boleh makan. hehe.. sedap betul nmpk sukun tu. akk suka beli dulu, goreng sendiri x penah. balik nnti pun rasanya beli je kot. hihi..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh