Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera semua, hari ni baru lah ade masa sikit nak mengemaskini resepi pau yang ros buat hari tu, ros buat setengah kilo terus, buat banyak-banyak buleh dijadikan sarapan dan bagi jiran sebelah menyebelah, lagi satu ros sengaja masukkan water roux dalam adunan pau ni, sebabnya kat rumah ros takde bread softner atau brad improver, hasilnya pau yang gebu dan lembut sentiasa, kalau nak buat setengah adun pun boleh, resepi biasa je, dan boleh rujuk kat bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Pau Gebu ( water roux)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux

-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

untuk inti kelapa
3/4 cawan kelapa parut ( ros guna kelapa inti tu)
3 sudu besar gula merah
satu ikat daun pandan
sedikit air suam

1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

variasi inti bagi pau
sri kaya pandan
kacang merah
krim coklat

( Ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.


2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.

-ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

pau sebelum dikukus

siap kukus dah, ade kedut sikit...heheheehe

gebu dan lembut teksturnya, rugi tak cuba...

Nota Tambahan

Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus

1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)

2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)

3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.

4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).

Share

 

Comments  

 
+1 #20 opie 2013-05-12 08:58
Salam
Thanks kak ros... resepi ni mmg lembut n gebu...saya baru saja mencuba...terbaik...
Quote
 
 
0 #19 arina 2013-03-13 07:42
saya dah cuba sekali dan sangat gebu gebas!!! thanks a lot!! dah lama tak buat, nanti nak buat lagi la
Quote
 
 
+1 #18 2011-03-23 17:00
n cuba lah resepi pau gebu nie...
Quote
 
 
+2 #17 2011-03-20 09:13
ros..cantiknya pau..gebu jer...
nanti kak mas pun nak try gak resepi ros ni..he..he..
Quote
 
 
+3 #16 2011-03-19 00:59
Salam.. Nak tanya, sukatan sudu besar tu pakai sudu apa? sudu makan kah? Atau sudu yang buat kaut nasi?
Quote
 
 
+1 #15 2011-03-18 14:05
waahhh.. ros gebunya pau.. apa khabar.. lama x singgah sini
Quote
 
 
+2 #14 2011-03-18 08:26
salam,,thanks di atas resepi yg diberikan.saya dah cuba, semlm tgk resepi terus buat, teruja...bila dah sejuk pun masih gebu...
Quote
 
 
+1 #13 2011-03-16 21:14
assalam ros..rindu ngan entri masak2 ros nih..
nampak mmg gebus laa pau tu..cantik je naik kan..lama dah x mengepau..anak2 suke makan pau sayur.hehe
Quote
 
 
-2 #12 2011-03-14 23:15
salam ros..baru ni saya ada buat pau..refer resepi di myresepi (yani) sbb cari2 kat bsm ni tak ketemu alhamdulillah menjadi (1st time buat) dan tak pakai tepung pau. tp saya ganti shortening dgn mayonis pasal takde shortening,tu pun sbb teringat donut mayo ros so cuba je lah

tgk pau ros yg comel guna water roux ni tingin pulak nak mencuba.
Quote
 
 
+1 #11 2011-03-14 23:01
Salam ros.
syoknya akak jumpa resepi pau yg guna wr. Dah banyak kali buat roti ros lain kali nak wat pau pulak.
Quote
 
 
+1 #10 2011-03-12 18:21
nak try gak la buat pau..tq ros ya!!
Quote
 
 
+1 #9 2011-03-12 18:20
ish3x, nampak pau gebu2 nih semangat nak buat...tq ros!!
Quote
 
 
+1 #8 2011-03-12 15:51
Assalammualaiku m Ros
tksh beri tip tuk dptkan pau yg cun nti chekiah nk try test guna WR cam yg Ros buat :)
Quote
 
 
+1 #7 2011-03-12 15:49
Assalammualaiku m Ros
dah prnah dgr pgunaan WR ni dlm pmbuatan kue & nmapk jelas kegebuan pau yg Ros buat nti chekiah pn nak ngetes (cuba try test)
Quote
 
 
+1 #6 2011-03-11 15:54
aslmkum ros..suke pau gebu2..nk kene try buat jugak ni..
Quote
 
 
+1 #5 2011-03-11 14:26
Assalammualaiku m ros, wah memang gebus nampak pau tu....akak selalu buat tak pernah bubuh bread improver/softener pun tapi gebus juga..next time nk try bubuh w/roux pulak la.
Quote
 
 
+1 #4 2011-03-11 13:50
bes bes nanti aku cuba servey tepung pau ni..huhu
Quote
 
 
+1 #3 2011-03-11 13:10
Salam Ros,
apa khabar? Akak memang geram betul kalu nampak pau gebu. Teringin nak guna water roux pulak. hehe..
Quote
 
 
+2 #2 2011-03-11 11:26
ros...cantiknya pau...
halus mulus jer ......putihnya...
suka la kak mas tengok pau ros ni....
klu nk frozen...mcm mna ros..kukus mcm biasa juga kn...tahan berapa lama yer ros....
Quote
 
 
-1 #1 2011-03-11 11:06
salam ros, alhamdulillah.. ros dah create resipi pau guna WR.. suka k.nor.. boleh try nanti.. thanks ya..

ros dan anak2 sihat?
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh