Donut Tofu Lembut
| Masakan - Kuih Muih |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, hari ni lambat pula bersiaran, sebabnya sibuk sikit, tak leh nak ngarang panjang-panjang ni, terus je pada resepi donut tofu lembut, ros jumpe tofu lembut kat supermarket hari tu, terus teringat nak buat donut, harga sepaket tofu lembut ni pun RM1 je, kat Jepun dulu ros memang suke makan tofu, bila sampai malaysia pun terbawa-bawa, lagipun nak dapatkanya pun mudah. Resepi ni same sikit dengan resepi bebola donut taufu yang pernah ros letak dulu, cuma kuantiti bahanya agak berbeza, pada yang takde idea nak buat kuih ape tu, boleh cuba resepi ni ye, lembut dan sedap.
Donut Tofu LembutSumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
300 gram tepung gandum
125gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160ml susu suam@air suam
40gram shortening
4 sudu besar gula
6gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.

tofu lembut yang ros gunakan, letak 1/2 paket je
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Nota: Ros bentukkan donut taufu ni macam anyaman dan pintalkan, lepas tu goreng macam biasa, kasi lain sikit rupanya, anak-anak pun suke. topping saja donut ni ikut selera masing2, boleh dicelup dengan coklat bagi menaikkan lagi rupa donut taufu lembut ini, Selamat Memasak semua.

donut tofu lembut

teksturnya halus je

bentuk tocang@anyaman

bentuk pintal
Di bawah ni ade beberapa resepi donut yang pernah ros letakkan sebelum ni, pilih je mane berkenan, cukup bahan, cukup vitamin R boleh cuba ya.
Sat-ta-andagi @ Okinawa Doughnuts
| Share |


















Comments
ros... tahniah kerana lamanweb jintanmanis.com telah cencapai 1juta pengunjung.. disini akak nak bagi pendapat, try le ros masukkan iklan dlam website ni ble dapat pendapatan...
geramm kak mas tengok...
copy resepi ni..nanti kak mas pun nak buat gak..he..he,..
You have all skills to open a bakery! I'm waiting so eagerly dear!
Ros, Love dah beli BM. Tried your bun inti coklat...jadi keras pulak! I'm sure I did mistake somewhere! hahaha...
Infact I tried making donuts using the BM...okey!
Kalau kena rehatkan dough..just leave it to rest in the BM erk? Setting dough and rest?
Huwaaa, sorry dear! Too many Qs!
Am tired...nak grab those doughnuts now! Cantik yang berpintal tu!
RSS feed for comments to this post.