Pau Gebu Water Roux Resepi II
| Masakan - Kuih Muih |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, seperti yang ros janjikan hari ni ros akan kongsikan resepi kuih pau yang sungguh gebu yang ros buat petang semalam, gambar pau ni pun dah ros kongsikan di page bukan sekadar masakan di FB tu, ros gunakan resepi pau gebu water roux yang dulu tu, cuma ros adjust kan sikit kuantitinya dan baking powder tu ros guna double action baking poder bagi menaikkan lagi dan menggebukan lagi pau ini. resepi boleh rujuk di bawah ni ye, kuantiti pau yang dihasilkan dari bahan di bawah agak banyak, lebih kurang 25 biji pau saiz sederhana, kalau nak buat separuh adunan pun boleh, ikut lah bilangan isi rumah masing-masing ya.
Pau Gebu ( water roux) resepi IISumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
550 gram tepung pau ( low protein flour)
2 sudu besar marjerin planta ( kalau guna shortening lagi bagus)
220ml susu segar atau bancuhan susu tepung+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil double action baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis
resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
untuk inti- sedikit inti kacang merah
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.
2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan biarkan sebentar, lebih kurang 6 ke 7 minit, kemudian leperkan sedikit dan masukkan sedikit inti kacang merah, tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.

pau kacang merah sebelum dikukus

licin dan lembut teksturnya

inti kacang merah yang menjadi kegemaran kami sekeluarga
-ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
| Share |


















Comments
Terima kasih ye siarkan resipi ni. Sangat amazing la water roux starter ni, sampai selalu buat donut tak jadi pun boleh jadi. I use resipi ni untuk buat donut and texture memang sangat gebu.
semoga Allah SWT murahkan rezeki awak ye share ilmu ni
terima aksih kerana sudi berkongsi resepi roti2/kuih2 menarik dlm webpage. Lama dh tercari2 resepi roti yg best yg x guna bread softener/improver. Kat sini xde sume tu..akhirnya jumpa resepi kat webpage k.ros. Minta izin nk share resepi kat blog saya ye k.ros.
I have tried this pau and it turns out great. I have tried your buns as well. Semuanya menjadi.. I heard a lot about your eBook.. can I get you eBook pls?
Thank you for sharing many good recipes. Thanks Ros.
gebunya pau tu. teringin jugak akak mencuba..
Ingat nak try buat jugak pau ni. Nampak sedap. Boleh bagi resepi utk buat inti kacang merah tu tak?
TQ.
lembut gebu jerk paun tu.....
cantikkk..
RSS feed for comments to this post.