Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari buat semua di Hari Jumaat yang mulia ini, seperti yang ros janjikan hari ini ros akan kongsi kan bagaimana nak membuat roti jala ala tikar alakazam tu, mungkin ade yang dah tahu, dan ade yang tak tau, fungsi sebenar botol ini adalah untuk membuat jaluran di atas  okonomiyaki (pizza jepun) tapi ros telah salahgunakan dan ros buat roti jala, lagi senang dan mudah untuk dijalurkan di atas fry pan. Ros beli acuan ni dekat jepun dulu, dan kalau kawan-kawan nak dapatkan botol muncung tiga ini, boleh  juga di dapati di kedai barangan DAISO berdekatan anda. harganya hanya RM5. Cepat dapatkannya sebelum kehabisan.

Nak tengok Okonomiyaki (Pizza Jepun) boleh Klik SINI ya..

Roti Jala Tikar Alakazam
sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

bahan-bahanya
800 gram tepung gandum
2 biji telur
2 cawan santan
sedikit garam
pewarna kuning@ serbuk kunyit
air secukupnye

Cara-caranya

1. Di dalam bekas masukkan tepung gandum, telur , garam dan 2 cawan santan, gaul sebati, kemudian masukkan air dan kacau lagi, selepas itu masukkan pewarna kuning. pastikan adunan tidak telalu cair atau terlalu pekat.

2. Tapis adunan dengan penapis dan perap selama 30 minit hingga satu jam supaya adunan lebih mesra.

3. Masukkan ke dalam botol muncung tiga dan jalurkan di atas fry pan atau kuali leper, boleh rujuk rajah di bawah, angkat dan gulung roti jala seperti biasa dan sedap dimakan bersama kari ayam. selamat mencuba.

nilah botol mayonis muncung tiga yang ros gunakan

sangat praktikal dan senang untuk digunakan, bila beli botol ni pastikan kita gunting sedikit di hujung muncung tu supaya berlubang.

made in Japan...hihihihi...

mula-mula buat jaluran melintang, kemudian buat jaluran menegak seperti rajah di atas

lipat kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti biasa.

taraa....dah siap....cantik kan...satu kelainan

Nota: Kalau nak kelainan boleh mencuba buat roti jala macam ni, dan boleh juga diwarnakan dengan warna hijau dan dimakan bersama kuah durian, pasti ramai akan bertanya akan resepi dan bagaimana menghasilkan roti jala ini. : )

Share

 

Comments  

 
+2 #14 hawa kasim 2012-07-30 15:45

Botol ni baru je dibeli semalam kat kedai berdekatan dengan Pasar Borong Selangor. Murah je.

Hari ni nak buat utk berbuka puasa.
Quote
 
 
-1 #13 hawa kasim 2012-07-30 15:43
Terima kasih berikan resepi ni.
Semalam dah dapat beli botol ni, suka sangat, sbb tu hari ni nak buat untuk berbuka puasa.
Quote
 
 
-1 #12 2011-10-12 13:26
salam kak.....botel tu boleh oder x
Quote
 
 
0 #11 2011-07-09 13:05
Quoting zanafahmi:
oh gitu, ada acuannya....ingatkan mcmna la org buat boleh jd cantik...
kena cari la botol ni, kat bakery ada tak ye....
Ros, lama tak dtg sini...ni pun tadi ambik resipi apam polkadot, tengah top tu..

selmt buat apam polka dot, nnt try ya buat, tp carik botol tu dulu tau
Quote
 
 
0 #10 2011-07-09 13:05
Quoting AlongRoz:
Aslmkm Ros cayang. Lama tak jenguk adik sorang ni sbb selalu kebizian, skrg ni kurang berjln2 ke rumah kekawan. Harap Ros sekeluarga sihat. Wah, kemas nya kejadian roti jala Ros ni.

salam kak alongroz, i miss u too, ros pun sibuk jugak kak, kemas ke ,t rima kasih, heheeee
Quote
 
 
-1 #9 2011-07-09 13:04
Quoting cottonpurple:
salam

menarik betul kaedah botol ni.
kat mana saya nak cari kedai DAISO ni yer. kat JUSCO ada tak?

tq

daiso ade, jusco tak sure, nnt carik ya
Quote
 
 
0 #8 2011-07-09 13:04
Quoting zctea:
:-) i like roti jala. Presentation yg mnarik utk dihidangkan.

sedap dimakan cantik dipandang
Quote
 
 
0 #7 2011-07-09 13:03
Quoting za uci:
aku penah jumpe botol ni kat DAISO lah.wajib aku beli!

slmt beli...heheehehe..dah siap ape lagi tayang tau hheeheeee
Quote
 
 
0 #6 2011-07-09 11:20
oh gitu, ada acuannya....ingatkan mcmna la org buat boleh jd cantik...
kena cari la botol ni, kat bakery ada tak ye....
Ros, lama tak dtg sini...ni pun tadi ambik resipi apam polkadot, tengah top tu..
Quote
 
 
+1 #5 2011-07-03 07:42
Aslmkm Ros cayang. Lama tak jenguk adik sorang ni sbb selalu kebizian, skrg ni kurang berjln2 ke rumah kekawan. Harap Ros sekeluarga sihat. Wah, kemas nya kejadian roti jala Ros ni.
Quote
 
 
0 #4 2011-07-02 22:46
salam

menarik betul kaedah botol ni.
kat mana saya nak cari kedai DAISO ni yer. kat JUSCO ada tak?

tq
Quote
 
 
0 #3 2011-07-01 21:22
salam kak...nak tanya..kalau tak campur santan rasa ok tak?
Quote
 
 
0 #2 2011-07-01 21:02
i like roti jala. Presentation yg mnarik utk dihidangkan.
Quote
 
 
0 #1 2011-07-01 16:37
aku penah jumpe botol ni kat DAISO lah.wajib aku beli!
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh