Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni ros nak kongsikan resepi kuih raya traditional yang sentiasa dihidangkan pada hari raya, tak lain tak bukan kuih ros, ade juga orang panggil kuih goyang, bunga durian dan sarang tabuan, tak kisahlah namanya ape pun, janji kuih nye bentuk yang same, rangup dan sedap, resepi ni mak ros yang ajar, dan kuih Ros ni mesti menggunakan acuan yang khas dan digoreng sehingga garing, resepi boleh rujuk di bawah ni ye.

Kuih Ros
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye
1 (500gram) bungkus tepung beras (cap gajah)
1 biji telur
1 cawan gula ( kalau nak manis boleh tambah)
2 sudu air kapur
5 cawan santan ( ikut kecairan adunan, kalau pekat boleh tambah santan lagi)

caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan, dan kacau sebati, pastikan adunan cair, kalau rasa macam pekat boleh tambahkan santan lagi.

2.Panaskan minyak dan rendamkan acuan kuih ros di dalam minyak panas, setelah acuan agak panas,  baru celupkan pada adunan, pastikan adunan tidak dicelup melebihi acuan kuih ros untuk mengelakkan kuih ros melekat pada acuan, kemudian rendam semula di dalam minyak panas sebentar, akhir sekali goyangkan supaya kuih ros keluar dari acuan, balik-balikkan supaya kuih ros masak sekata, angkat dan toskan minyak yang berlebihan.

3. Simpan di dalam bekas bertutup, kuih ros yang sangat sedap, rapuh, garing dan pasti menyelerakan, selamat mencuba.

kat balakang gambar tu lah acuan kuih Ros tu..: )

Kalau nak letak pewarna merah pun boleh, tapi ros lagi suka warna original, satu paket tepung beras ni dapat dalam 2 balang juga, dan kena punya kesabaran apabila memasaknya.

Share

 

Comments  

 
-9 #4 ana 2013-08-06 10:16
saya dah buat seperti yang kak rose tulis.tapi kuih rose tetap melekat pada acuan semasa menggorengnya.apa perlu saya lakukan?
Quote
 
 
0 #3 ziah 2012-08-12 14:46
thanks kongsi resepi/..
SAYA suka sangat kuih sarang tebuan nii..
raya tahun ni nak try buat sendiri..
Quote
 
 
-1 #2 2011-08-21 09:31
terima kasih kerana berkongsi resepi
Quote
 
 
+2 #1 2011-08-20 10:23
kak mas suka sangat kuih goyang ni...
sedappppp
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh