Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, donut donut dan donut, tak kira lah pagi ke petang ke anak-anak ros memang suke makan donut, yang peliknye kalau ros toppingkan coklat atau white coklat diaorang tak makan sangat, tapi kalau guna sugar powder tu laju je mengangkut, ros suke ber-eksperimen dengan pelbagai jenis tepung, contohnya dalam resepi donut mulus ni, ros gabungkan tepung kanji kentang ( katakuriko) dan tepung halus superfine, hasilnya tidak mengecewakan, elok je lembutnya, tak meresap minyak bila digoreng dan rasa donut yang kenyal dan menepati citarasa ros, kat bawah ni ros sertakan resepinya.

Donut Mulus ( Tepung SuperFine dan Tepung Kanji Kentang)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

350 gram tepung Halus Superfine ( ros guna jenama BlueKey)
50gram tepung kanji kentang( ros guna jenama Bestari)
2 sudu besar susu tepung/skim milk ( x letak pun takpe)
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
150ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin@butter@shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)

sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mulus ni nanti.

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

tepung kanji kentang yang ros gunakan

( kalau nak frozenkan, goreng donut separuh masak, dan sejukkan, lepas tu letak dalam plastic dan simpan di dalam ruang sejuk beku, nak makan nanti goreng semula beberapa minit dan boleh terus dihidangkan)

elokje bulat bila di goreng...lembut gebus...

yang penting tak meresap minyak dan boleh disejukbekukan

Nota: Ros letakkan sugar powder dalam bekas bertutup dan letakkan beberapa biji donut, goncang perlahan, langkah ni sangat praktikal sebab gula akan bersalut sekata.

Share

 

Comments  

 
0 #4 2011-10-13 17:29
kak Ros... pertama kali kita mengomen di siti... sangat suka la dengan laman akak ni! so humble! i like! banyak pengetahuan di dapur saya dapat kat sini.. =)
Quote
 
 
+1 #3 2011-10-08 22:06
Hai......salam perkenalan.........tergoda tgk donat ros......cuma tertanya2 berkenaan tepung kanji kentang tu....1st time dengar..alternatif utk tepung tu ada x..rasa cm susah pula nk cari tepung kanji kentang.....hehe.......
Quote
 
 
0 #2 2011-09-21 20:33
ros....lembut gebu jerk kak mas tengok donut tu,..
sedappnya..
lama dah kak mas tak mendonut...he3
Quote
 
 
+1 #1 2011-09-21 08:08
tergoda akak tgk donut Ros..tq share resepi, nanti leh cuba buat, anak2 suka donut
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh