Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, masa pergi kedai barang-barang bakery tempoh hari, ros ade jumpe buttermilk yang dah siap dibotolkan kecik-kecik, terus capai sebotol, tapi dah lama kat rak dapur tu, tak guna-guna, kelmarin ros buat donut, saje je ros masukkan 3 sudu kecil buttermilk ni, gabra gak bila tunggu hasilnya tu, tapi bila membentuk donut tu, harum semerbak bau butter milk ni, bila dah goreng tu, fuhhhhh....tak terkata lah akan kelembutan dan aroma butter milk ni, tak rugi lah ros masukkan dalam adunan tu, ros memang suke ber-eksperimen di dapur, campur ape yang ade. di bawah ni ade keterangan mengenai buttermilk, dan cara-cara nak buat buttermilk, itupun kalau rajin lah...hehehehe, tak rajin beli je dah siap...senang kan..: )

ButterMilk di Wikipedia di SINI

How to Make ButterMilk di SINI

ButterMilk Doughnuts
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

2 sudu kecil baking powder
180 gram tepung roti
220gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin@butter@shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
3 sudu kecil buttermilk ( beli kat kedai bahan bakery seperti gambar di atas)

sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ini nanti.

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

- kalau dah buat buttermilk sendiri guna susu dan cuka tu, kuantiti air suam@cecair yang 140ml tu boleh ditukar terus pada buttermilk, dan tepung roti tu juga boleh ditukar pada tepung gandum sahaja.

buttermilk doughnuts ball untuk abang anas

bulat-bulat kecil untuk  adik wazhif juga

tekstur yang gebu dan lembut sentiasa

Nota: ros bulat-bulatkan kecil juga donut ni, jadi macam donat ball, sebab anas suke sangat makan donut ball, cucuk kat lidi sate, bila anas nampak terus dia bawak lari, bercucuk-cucuk jugak dia makan : )

Share

 

Comments  

 
0 #5 baby comel 2012-07-29 13:53
wah macam sedap jer.....nanti saya nk cuba buat for husband .....
Quote
 
 
0 #4 Suria Ningsih 2012-06-07 16:13
alhamdulillah...baru jer buat donut ....menjadi...terima ksh atas resepi ros..
Quote
 
 
0 #3 2011-11-16 12:16
Sedapnya tgk donut cik ros. Boleh bg resepi tak nk cuba? tq
Quote
 
 
0 #2 2011-10-20 08:42
akak nak tanya... kalau guna tepung pau.. boleh tak... sbb nya ada extra tepung pau tu yg terpk boleh ke gantikan tepung roti ke tepung pau..??
tq
Quote
 
 
0 #1 2011-10-20 08:18
laa..akak tak sangka lak buttermilk ni bentuk gini.ingat kan berbentuk dlm kotak atau botol mcm susu tu ha.. eh kena cari ni.mana tau kot ada jugak kat bakery sini. akak baru lagi try donut yang guna tepung kentang yang ros buat bebru ni. mmg gebuuuu n kenyal2 sikit. pastu resepi ros donut kentang tapi akak tukar keledek. tapi tak buat entry lagi, tunggu mood edit gambo datang. hehehehe
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh