Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, seronok rasanya aidiladha tahun ini, sebabnya beraya dengan semua adik beradik ros, anak mak abah 7 orang semuanya ade, kecuali sorang menantunya yang jauh nun di jepun tu...sape lagi kan cik abang ros lah....kepenatan mula terasa bila semua kerja dah beres, makanan pun sempat siap, macam-macam ros masak, antaranya tuna puff segera, apam polkadot, eggless chocolate cake, puding kasih bertaut, rendang ayam, ketupat segera, sambal tumis dan kuah lodeh...penuh meja dengan hidangan semua tu, menjamu selera istimewa untuk seisi keluarga, semua gambar tak sempat nak snap, minta maaf ya, berbalik pada menu talam ubi kayu ni, ros dah lama buat dah, baru lah hari ni nak kongsikan resepinya, sedap...resepinya ade dibawah ni ye, selamat mencuba.

Kuih Talam Ubi Kayu
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan untuk lapisan bawah ( ubi kayu)
1 cawan santan
2 cawan ubi kayu yang telah diparut ( parut dan perah kan airnya)
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul

( gula merah, gula pasir, air dan daun pandan dimasak dahulu di dalam periuk dan tapiskan)

1. Panaskan Kukusan.

2. Masukkan ubi kayu beserta air gula merah dan santan, kacau sebati, sapukan acuan bulat berukuran 18cm dengan minyak masak, masukkan ke semua adunan dan kukus selama 40minit. Setelah masak, ambil garpu dan gariskan sedikit di atas pemukaannya.

untuk lapisan atas
2 1/2 cawan santan
2 sudu kecil garam
4 sudu besar tepung beras
1/2 cawan tepung gandum

cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan kacau sebati, curahkan adunan santan ke atas lapisan ubi kayu dan kukus hingga masak, lebih kurang 30 minit, sejukkan baru dipotong. Selamat Mencuba.

]

Nota: Walaupun atasnya santan, kuih ni tak rasa muak pun bila makan, rasa ubi kayu tu sunggulah eksotik dan sedap, lain kali boleh buat kuih talam yang lain pula.

Share

 

Comments  

 
-1 #3 rini 2012-06-07 01:09
salam kak ros,nak tanya ubi kayu yg diparut tu ubi tu kena rebus dulu ka?
Quote
 
 
-2 #2 2011-11-08 23:29
aku suka makan aje bule tak hehe
Quote
 
 
+1 #1 2011-11-08 08:59
Salam Ros,
Selamat hari raya aidil adha..
Mesti meriah meja dgn air tangan Ros. lama Ros balik?
rasa ubi kayu memang sedap. lama betul tak makan. hehe..
maaf zahir batin ya Ros..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh