Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, kuih seakan-akan kuih bakar, tapi namanya lain bingka tepung, rasa pun lain sikit, sebab atasnya kita tak taburkan bijan, biarkan plain je, ros nye bingka tepung, tepi je garing, atasnye tak sangat, tu yang nampak macam tak masak je, tapi sebenarnya dah, bila makan sedap, aroma santan dan pandan, pasti membangkitkan selera, ros ikut resepi akizila di myresipi, lainkali ros nak tambahkan kuantiti telur lah, supaya lebih lembut. Terima kasih pada akizila, izinkan ros kongsikan di sini pula ya.

Kuih Bingka Tepung
Sumber Resei: Akizila Myresipi

Bahan-bahan ( satu loyang )

3 cawan tepung
1 biji telur ( lain kali ros nak letak 2 bijilah)
4 cawan santan (santan nie agak2..kalo bancuhan pekat lagi tambah lg santan)
Pewarna hijau
Perasa pandan ( ros guna esen pandan kelapa)
1 cawan gula ( ros letak 3/4 cawan gula je)

Cara-cara

1. Masukkan tepung, gula, pewarna hijau, perasa pandan dan santan kedalam blender. Blender sampai aduan sebati.
2. Masukkan telur. Blend lg. pastikan aduan tidak berketul. Selepas itu  masukkan dalam loyang.(Adunan td seeloknya cair mcm bancuhan kuih ketayap)
3. Bakar pada suhu 180 degree selama 30-45 minit.

bingka tepung ku yang garing di tepinya

rasa bingka tepung yang simple

Nota: Di sarankan supaya bakar bingka tepung ni sehingga betul-betul garing tepi dan atasnya, supaya kuih lebih sedap dimakan.

Share

 

Comments  

 
+1 #5 salmah saad 2012-01-29 15:15
tepong gandum or tepong beras
Quote
 
 
0 #4 salmah saad 2012-01-29 15:14
tepong yg digunakan tu tepong gandom atau tepong beras?
Quote
 
 
0 #3 2011-11-10 09:58
as-salam
npk sedap Kuih Bingka Tepung ni..blh dicuba ni..
Quote
 
 
+2 #2 2011-11-10 09:27
Singgahhh sini.. mcm2 bingka ade yee...sedapnyeeeee
Quote
 
 
0 #1 2011-11-10 09:24
Assalam Ros cayanggg...mintak bingka tepung 3 ketuiiii...mcm kuih bakar eks...nnt kalau Ros tambah lgk telor tu..mst dah rasa kuih bakar...lg sedap la kaannn.... :))
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh