Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, semalam pagi dok belek-belek blog masakan kawan-kawan, ros ni walaupun tak tinggalkan jejak di blog semua, namun setiap hari ros akan ziarah, melihat perkembangan dan apekah yang dimasak oleh semua, tak sah kala tak buat blogwalking cuma, masa sangat terhad untuk meninggalkan jejak, bukan bermakna ros lupa tau, cuma tak punye kelapangan, terpesonalah dengan satu resepi kulit karipap dari blog Kak Alongroz yang nun berada di Sarawak tu, lepas je masak lunch terus ros menguli doh karipap ni, buat sekilo terus, sebab nak frozenkan dan nak bagi kakak sebagai buah tangan, Bila dah siap goreng tu, fuhhhh rangup, sedap, rugilah tak cuba, kombinasi tepung ubi dan tepung beras merangupkan lagi akan karipap ini, lenkali leh buat lagi, intinye pula ros guna resepi ros, ros memang rekomen lah resepi ni, nak buat separuh adunan pun boleh tau, ikut lah keperluan isi rumah. : ) Terimakasih tak terhingga juga pada penyumbang resepi asal iaitu dari blog resepianakbapak@blogspot.com, halal resepi nye ye, dan izinkan ros kongsikan di sini pula.

deretan karipap yang siap dikelim

 Sumber resepi dari : Kak Alongroz Home Kreation
Karipap Rangup

Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air ( ros guna air sejuk yang dalam peti ais)
CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.

2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan (Along guna inti keledek+daging).
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
(Along goreng separuh masak & bekukan utk hidangan kemudian).
Nota: Selepas doh di uli, ros perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.

Untuk Inti Keledek ( resepi ros @ jintanmanis.com )

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam
Cara-caranya

1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.

2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

karipap rangup yang siap digoreng

berintikan inti keledek+ikan bilis dan udang kering yang sedap

kulit karipap yang rangup istimewa buat anak-anak

Nota: inti pulak tak cukup, jadinya ros leperkan dan goreng garing-garing, anak-anak punyelah suke, berebut makan, rangup kan sekejap je dah licin.

Share

 

Comments  

 
0 #12 hunny hani 2012-04-23 16:16
ske-2
Quote
 
 
0 #11 zarinah 2012-04-12 08:03
zarinah-ros air tu sukatan berapa ml? ros tak tulis.terimakasih.
Quote
 
 
0 #10 Haliza 2012-03-22 21:40
Assalam Ros, agak-agaknya air tu berapa ml ya?
T.kasih....
Quote
 
 
0 #9 nurul 2012-01-31 12:43
tepung tu cmpur tepung gandum ke??nk try bt karipap...x penah try lg....
Quote
 
 
-1 #8 norli-JB 2012-01-10 22:18
1st time cuba masa buat roti boyan.. memang menjadi bila guna resipi kulit karipap nie.. TQ so much.
Quote
 
 
0 #7 nuril 2011-12-08 14:22
Salam Ros, sy dh cuba buat karipap ni. dlm banyak doh karipap yg dh try seblom ni, yg ni la yg paling sy suka. tp tpg beras x dak , so sy boh ja semua tpg ubi. next time nk cuba boh tpg beras skali. tgk apa outcome dia. :)
Quote
 
 
0 #6 zana 2011-12-02 16:06
waaa.. bila la nk rajin mguli ni.. anak2 dah beso ni semua mkn sikit2.. ibu n ayah yg kene mkn lebih.. tu yg selalu fikir 2x.. klau meniaga laris ni ros..
Quote
 
 
+1 #5 R.A.B 2011-12-01 20:57
salam.. terima kasih kerana sudi mencuba & share :) untuk lebih memuaskan, campurkan sedikit lada sulah sepertimana tertera diresepi saya. ada perbezaan taw... bukan pada rasa shj tapi pada tekstur kulit itu sendiri
Quote
 
 
0 #4 norrita bte amir hamzah 2011-12-01 17:34
nyum nyum nyum,,,nampak sedap...pasti saya kan cuba esok untuk dibawa ke umah mak long saya nanti....
Quote
 
 
-1 #3 AlongRoz 2011-12-01 12:45
Salam Ros cayang.... wah goreng cam tu garing2 cam kuih tiram lak ya. TQ sudi cuba & happy to know menjadi.
Quote
 
 
-1 #2 ummi 2011-12-01 09:54
Waaaaaaaaaaaaaa aaa...terpesona sangat2 dh ni Ros cayang ooiii :)) Pasti akan diuli nnt...hehee... adeeeii x tahan tgk gelembung2 kulit tu tanda ianya mmg rangup!
Quote
 
 
-1 #1 Sally Rashid 2011-12-01 09:52
kita bab mengelim ni yg payah..asyik terbukak jer...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh