Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum dan selamat pagi buat semua pelawat blog BSM, minggu lepas  tengah blogwalking kawan-kawan, terpesona lah dengan satu tajuk yang tesenarai di tepi-tepi bloglist yang bertajuk Apam Aiskrim Soda, terus klik dan save as bookmark, dan pada hari yang same, ros cuba resepi ni, menjadi, dan gebu kejadiannye, ros nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada blog Nuwairani yang sudi kongsikan resepi yang maveles ni, halal resepinye ye, dan izinkan ros kongsikan di sini pula. 8 hari kebelakangan ni ros agak sibuk ke sana ke mari, sebabnya husband ros balik dari jepun, banyak menghabiskan masa dengan anak-anak dan kami juga sempat menghadiri kursus Keibu Bapaan di Kuala Lumpur pada hari 10 dan 11 december yang lepas, sangat bermanafaat buat kami dan  untuk kebaikan anak-anak, yang paling seronok tu dapat kenal kawan-kawan baru, semoga Ukhwah kita berpanjangan, InsyaAllah.

APAM MEKAR AIS KRIM SODA
resepi : Encik Hadi & Isteri
olahan : Bonda & Nuwairani

Bahan :
3 butir telur gred A
1 1/2 cawan gula pasir -boleh kurangkan kalau tak nak manis ( ros letak satu cawan gula)
1 sudu teh ovalete
1 cawan air ais krim soda F&N -guna jenama ni je tau!
3 cawan tepung gandum
beberapa titik esen pisang -untuk kurangkan hanyir telur ( ros guna esen vanila)
beberapa jenis pewarna yang disukai ( ros guna warna biru, ungu, pink dan hijau)

( ros rasa nanti next time ros nak letak sikit baking powder kot, sbb nak apam ni naik lagi cantik, tp tak try lagi, baru bercadang)

Cara :

1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.

2. Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.

3. Campurkan tepung gandum ke dalam  adunan telur dan pukul sehingga sebati.

4. Titiskan esen pisang ke dalam adunan dan sebatikan.
5. Matikan suis mesin mixer, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
6. Sudukan adunan ke dalam cup saiz S (cup yang orang guna buat almond london tu) sehingga hampir penuh cup. Jangan melimpah pulak.
7. Kukus dengan api besar selama 7 minit.


TIPS PENTING : dani Nuwairani

1. Bahan-bahan yang digunakan mestilah mengikut sukatan yang sepatutnya. Kalau terlebih tepung, apam akan jadi keras. Kalau terlebih ais krim soda, apam akan jadi lembik.

2. Sukatan gula boleh dikurangkan sehingga 1 cawan lebih sikit2. Kadang2 kalau terlebih gula pun boleh menyebabkan apam jadi cair.

3. Ais krim soda mestilah diguna yang berjenama F&N. Kalau jenama lain, apam jadi kurang menjadi. Air ais krim soda ni pula tidak boleh guna yang dah lama. Maksudnya kalau nak buat apam ni mesti guna air yang baru dibuka. Kalau dah kurang gasnya, apam tak akan naik juga. Memang bantat la. Sebab resepi ni tak guna baking powder. Kembang apam bergantung kepada gas ais krim soda tu.

4. Waktu mengukus pula tidak boleh lebih, tidak boleh kurang. Kalau terlebih, nanti apam meresap air pula. Kalau terkurang, apam tak masak betul.

5. Kalau nak tahu apam tu menjadi ke tidak, boleh tengok bahagian tapaknya tu rata dan cantik (tidak berkerut) dan bahagian atasnya kembang mekar dan merekah. Apam pun jadi ringan dan gebu aje.

6. Jangan takut nak mencuba. Mak nani buat 10 kali pun, tetap ada juga silap sana sini. so, Selamat mencuba!!!

gebus dan lembut apam aiskrim soda, rugi tak cuba

Nota: Apam Aiskrim Soda ni boleh letak warna ape jua kegemaran anda, janji nampak cantik dan menarik, rasa memang sedap, nak buat sebagai buah tangan pun boleh.

Share

 

Comments  

 
+3 #12 kaseh 2013-12-29 18:16
Kak ros,sy ada buat...dh 3 thn. Tp sy punye apam aiskrim tak mau merekah la atasnye. Boleh kak ros tolong mcm mane nak buat apam tu merekah. :sad:
Quote
 
 
0 #11 niza 2013-11-13 15:30
nah tanya skit...
apam yg dah dimasukan ke dalam bekas kertas tu time nak kukus kena masukkan kt dalam mangkuk plastik yg kecik2 tu ke?
Quote
 
 
+1 #10 AnooR 2012-10-18 14:51
wah!! best laaa.... x rugi mencuba tau... anak2 saya pn suka...
Quote
 
 
-2 #9 AnooR 2012-10-18 14:48
bes lah... x rugi mencuba...
Quote
 
 
+2 #8 teletubbiescoklat 2012-08-31 10:40
semasa mengukus api kna sentiasa kuat dan air pulak mesti sentiasa mendidih.. klau air dh kurg, tmbhkn air n biar dye mendidih, baru kukus.. air ais krim soda guna jenama apa pun bleh.. jnji yg bergas.. sb sy dh buat byk kali dh.. just for sharing slmat mencuba
Quote
 
 
0 #7 Nor Sohaila Bte Zabani 2012-06-11 12:41
nak tanya sket....masa mula2 kukus tu....apam merekah.....tpi kali kedua & seterusnya kukus....apam dah x merekah...nape ek????
Quote
 
 
0 #6 noor 2012-03-24 10:06
sy nmpk apam huh teringat kt kmpung dulu sure melilih air liur
Quote
 
 
+1 #5 qarmiella 2012-02-18 12:54
kalo kat tmpat sy panggil apam senyum...:)) sb nmpak cantik n merekah..:)bahan2 sme je..Tp da brapa kali sy try if jumpe ovalet brand 'long house' lg buatkan apam jd lebih gebuuuu..
Quote
 
 
+1 #4 nanako 2011-12-16 20:13
teringat kuih apam arwah nenek, dia mmg menjual kuih.
saya pon ingat2 lupa resepi kuih apam yg dia buat; tp mmg ada guna air aiskrim soda, tapai nasi.
Quote
 
 
+2 #3 masliah 2011-12-14 19:49
i like!!!!hihi bila nak aaknya nak cuba??
Quote
 
 
+1 #2 Sally Rashid 2011-12-14 08:01
saya dah cuba semalam..memang cantik, ringan dan gebu. Saya pakai tepung naik sendiri. Tapi, mungkin silap api masa mengukus...apam saya tak merekah..jadi bulat comel mcm apam pulkadot...
Quote
 
 
+1 #1 tihara 2011-12-13 11:10
WAHH COMEL2 NYE APAM NI..4 SURE SEDAP RASANYA :)
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh