Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum wbt dan selamat tengahari semua, hari ni ros nak kongsikan kuih raya traditional yang ros buat hari tu, tak ingat dah hari ape, ros siap telefon mak kat kampung tanya resepi nye, ni lah first time ros buat sendiri, kalau tak memang mak yang buatkan, kebetulan ade bawa tepung beras dan kacanng tanah sikit dari Malaysia hari tu, maka makin rajinlah nak mencuba, resepi ni original dari my mom...senang nak buat dan sukatan santan nye tu pun boleh adjust, yang penting rangup bila dimakan, resepi boleh rujuk di bawah ni ye.


Rempeyek@Tempeyek Kacang Ranguup
Sumber resepi: Puan Hamidah Abdullah dan rosmarlina@ jintanmanis.com

Bahan – bahan

250 gram tepung beras
200 gram kacang tanah
50gram tepung kanji kentang@tepung jagung
2 sudu besar tepung sagu@tepung ubi ( ni ka lau takde tak letak pun takpe)
2 sudu besdar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
50gram udang kering
sedikit garam
300ml santan cair
2 sudu besar air kapur
1 biji telur

minyak untuk menggoreng

Jika ingin pedas boleh masukkan 2 sudu besar cili kisar@cili boh.

-Kalau boleh kacang tanah tu beli yang saiz nye kecil dan jemur dulu beberapa jam.

Cara-caranya

1.Campurkan tepung beras, tepung kanji kentang dan tepung ubi dengan santan. cair adunanye seperti membuat roti jala.

2. tumbuk udang kering hingga lumat, kemudian blender halus ketumbar dan jintanmanis.

3. masukan bahan yang di kisar serta air kapur, telur didalam adunan tepung dan kacau sebati, sesuaikan rasa masukkan garam.

4. Ambil beberapa senduk adunan dan masukkan dalam bekas, campurkan kacang tanah, sedia untuk di layangkan di tepi kuali, ambil satu senduk adunan yang telah dicampur dengan kacang tanah tadi, dan layangkan nipis di tepi kuali, terbalikkan bahagian rempeyek yang ade kacang tanah di dalam kuali,supaya kacanga tanah masak dan tidak lemau, biarkan seketika dan balik balikan kedua bahagian supaya warna sekata.

5. Angkat dan toskan minyak yang berlebihan, setelah sejuk, baru di masukan dalam tin ataupun bekas bertutup, selamat mencuba.

Jika adunan nampak pekat boleh tambahkan air,supaya adunan nipis dan rangup. pandai-pandai lah adjust ya.

rempeyek siap...separuh dah selamat dah jadi menu moreh kami heheheee

Nota: Fungsi air kapur tu ialah bagi merangupkan lagi rempeyek dan masa menggoreng rempeyek ini, gunakan api sederhana supaya rempeyek tidak merah atau terlalu garing.

Share

 

Comments  

 
-3 #2 fiza 2012-08-15 08:37
Salam ros,,nak tanya..kacang tanah tu kena basuh dulu tak sebelum jemur?
Quote
 
 
0 #1 sue 2012-08-14 13:53
Asslmkumm...
Ada rempeyek la kat jepun..Hehehe.Raji Ros tau...Balik ni nak cari rempeyek juga.
Rempeyek Ros tu nampak rangup sangat. Kacangnya pun elok ja masaknya..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh