Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, masa masak laksa penang semalam tu, sempat jugak lah ros buat donut kentang, istimewa buat anak-anak ros yang suka akan donut, campur kentang sikit biar tambah khasiatnye ye, kali ni resepi nye tu ros buat banyak sikit, sebab niat nak difrozenkan, goreng sikit, dan bila makan donut ni, punyelah lembut dan gebus nye, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, untuk anak-anak ros tak salut pun dengan cinnamon tu, ros salut gula je, tapi bagi ros yang letak cinnamon powder tu amatlah sedap dan ros sukakan aromanye tu, makan banyak pun tak sedar, heheehehe, pada yang dok berkenan dengan gambar donut ni semua , boleh cuba resepi di bawah ni ye. Selamat Mencuba.

Donut Kentang Cinnamon
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

350 gram tepung gandum
150gram tepung roti
4 sudu besar susu tepung/skim milk
2 biji kentang saiz sederhana di rebus dan dilecek hingga hancur
200ml air suam
3 sudu besar marjerin
4 sudu besar gula
8gram yis
2 sudu kecil baking powder
1 biji telur ( dipukul sedikit)

-  Untuk salutan - sedikit sugar powder dan serbuk cinnamon, ros buat 3:1 iaitu 3 sudu besar serbuk gula 1 sudu besar serbuk cinnamon.

Caranya.
1. Masukkan semua bahan kecuali air suam dan marjerin dalam bekas, kacau sebati menggunakan sudu atau hand whisker, kemudian masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dikepal, akhir sekali baru masukkan marjerin, uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, masukkan semua bahan dan tekan ON,  tunggu siap di uli dan boleh terus pada langkah no.3 di bawah.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bebola kecil  dan biarkan sebentar, lebih kurang 6 ke 8 minit, kemudian boleh dibulat-bulatkan sekali lagi dan lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang yang di alas dengan baking sheet@kertas minyak dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit hingga 40 minit.

4. Setelah donut naik dua kali ganda, panaskan minyak dengan api yang tidak terlalu besar, api sederhana, goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula yang dicampur sedikit dengan serbuk cinnamon@kayu manis,  ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

donut yang digoreng sedikit dan akan difrozenkan

siap di salut dengan serbuk gula dan serbuk cinnamon

Nota: Kalau nak ganti kentang tu dengan keledek pun boleh dan kuantiti donut yang dihasilkan dari bahan di atas agak banyak, jadinya ros frozenkan sedikit dengan cara, goreng separuh masak, angkat dan sejukkan, kemudian pack dlm plastic ziplock dan simpan di ruang sejuk beku.

Share

 

Comments  

 
0 #2 kak ina kl 2013-01-13 11:14
wah nampak gebus donat ni
Quote
 
 
0 #1 Noy 2013-01-11 14:20
Salam Ros, sy nk tnya mcmana nk frozenkan donat tu? trus masukkan dlm fridge ka? tlg bg tips...tq
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh