Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, ros mulakan entry baru blog ros dengan resepi apam mekar tepung beras ni, dah lah senang nak buat tak guna masa yang lama pun, tak perlu perap-perap, bila siap bancuh tu boleh kukus terus, dan apam nye memanglah mekar kejadianya, cuma bagi ros apam ni ringan sikit dari pada apam yang kita masukkan nasi, yang pasti apam nye sangat lembut dan gebus, pasti ros akan buatnya lagi nanti ni, pada kak fida izinkan ros panjang resepi akak di sini ya...bestlah resepi akak...senang dan sedap. terima kasih sekali lagi. Ros buat separuh adunan dari kuantiti bahan di bawah.

Apam Mekar Tepung Beras
Sumber resepi: Kak Fida Myresipi.com
Telah dicuba oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com

bahan-bahan ( lebih kurang 30 biji )

200 g tepung beras (2 cwn)
2 sk baking powder diayak bersama
180 g gula halus (2/3 cwn+1/8cwn)
1 cawan susu segar/cair/santan cair ( ros guna susu segar)
1 sk esen vanilla
pewarna pilihan ikut selera

Cara-cara

1.Panaskan kukusan. Acuan dialas mangkuk kertas.

2.Satukan bahan2 kering di dalam mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan sedikit2 sambil dikacau hingga gula larut dan sebati.Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.

3.Warnakan adunan ikut pilihan. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 min. atau hingga masak. ( kalau guna acuan kecil-kecil tu ros cuma kukus selama 6 minit)

4.Apam ini enak dimakan begitu saja atau dengan kelapa parut kukus dan cicah gula apom.

apam yang baru siap dikukus

mekar dengan jayanya

tekstur yang ringan halus dan gebus

makan macam tu pun sedap tau

Nota: Kalau nak buat satu adunan rasanya banyak sangat, dan disebabkan ros nak jimat tepung beras tu, ros buat sikit je, dapat banyak jugak tau, dan ros kukus dalam acuan lompang yang kecil-kecil tu.

Share

 

Comments  

 
-1 #4 wani 2014-11-05 13:52
Xfhm gula tu bp cawan sbnrnya_
Quote
 
 
-2 #3 wani 2014-11-05 13:47
Nak taye pasal gula, x fhm sukatan dia.apa maksud 2/3 cawan tambah 1/8 cawan?
Quote
 
 
-1 #2 Ummu Anas 2013-07-24 07:33
salam..nak tanya betul ke resepi ni pakai baking powder? tak pakai yis ke??
Quote
 
 
+2 #1 ummi 2013-04-15 12:37
Assalam Ros cayang...apa khabar? Amboiii mekarnyaaa apam beras dia, akak tengok yg tabur kelapa tu terasa2 terus kat tekak taaauu....fav kita nih..! Cantik gambar2 ni pun.... ^__^
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh