Karipap Inti Keledek
| Masakan - Kuih Muih |
| Share |

Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam
Cara-caranya
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.
Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

-ni terlebih rajin, buat bentuk love dan bulat-

Nota: Ros selalu buat banyak-banyak dan frozen kan, cara ros frozen kan macam ni, goreng karipap tu semua, tapi kejap jelah, mcm dah perang sikit je, pastu angkat dan sejukkan, kemudian baru ros frozenkan, cara ni untuk matikan minyak dalam karipap tu, karipap akan tahan lama dan apabila di goreng semula akan kekal rangup.
| Share |


















Comments
tak pernah lak lembik, ke sbb doh nye byk air, takpun tak digoreng betul2 garing, harap lepas ni cuba lagi ya
Akak buat karipap inti keledek ni. Sedap! Maceh ya Ros.. tak jemu memakannya.
yang love tu ros buat satu je tiha..hihi, bukan ros yang ngap anak dara ros yang capai dulu hihihi
tulah sue, tadi ros gi umah sue, nampak buat karipap gak, same lah, sue dtg ni ade bawak karipap tak? nak rasa karipap shah alam hihihi
kak watie, nak brape ketul kak? ade lagi di frozen kan tu, hihi, aa nnt akak try buat pastri ni ye, ros blaja kat sekolah memasak dulu ni, ingat sampai skrg hihihi
Alamak karipap..mcm berpakat pula kita yaaa...Bezanya Sue guna kentang n daging...
RSS feed for comments to this post.