Tom Yam Udang Bersantan
| Masakan - Makanan Laut |
| Share |

Bahan-bahanya
200gram udang harimau
1 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 sudu kecil udang kering ditumbuk halus ( tak nak letak pun takpe)
2 besar cili kisar
1 batang serai
1 1/2 sudu besar jus lemon
beberapa helai daun limau purut
beberapa biji straw mushroom ( ros guna yang dlm tin) - boleh ganti dgn cendawan tiram
1/3 biji lobak merah
1 biji tomato
1/2 cawan santan pekat
1/4 batang celery
1/4 biji bawang besar
2 biji cili padi
garam
gula
Cara-caranya
1. Hiris nipis batang celery, lobak merah di potong separa bulatan dan potong dua straw mushroom , ketuk bawang putih dan cincang halus kemudian panaskan minyak danĀ tumis cili kisar, bawang putih, udang kering bersama lengkuas hingga garing, selepas itu masukkan serai dan 1 cawan air.
2. Apabila kuah telah mendidih masukkan santan, lobak merah, straw mushroom, batang celery, biarkan seketika, selepas itu masukkan jus lemon serta hirisan cili padi. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.
3. Masukkan pula udang, kacau selalu, akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar dan tomato yang dibelah 4. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

- Sedia untuk dihidangkan, ros suke rasa straw mushroom ni sedap-

- tabur sedikit dengan hirisan daun ketumbar, baru wangi-
Nota: Kalau nak guna tomyam pes segera tu pun boleh, takyah guna dah cili kisar dan bahan yang lain tu, terus boleh tumis macam biasa dan bila kuah mendidih tu boleh masukkan santan, dan bahan yang lain. : ), ros suke rasa kuah tomyam santan ni, masam dan lemak tu, makan dengan nasi panas memang sesuai lah.
| Share |
















Comments
aa nnt ros cuba letak air ayam, sure makin sedap kan ili, thanks ya sharing
ha. pacik restoran yg ili slalu pegi dulu die kata, paling penting nak masak tomyam is sup ayam. die tak gne air. tapi gne sup ayam.
-tau ni pn pasal pacik tu heret masuk dlm dapur die, coz die nak ajar masak tomyam die. hahahhaha.
salam Idah, heheehe, nak rewind balik ni Idah mane ye? hehhehe, seronok bila tgk rakan lain pun semangat nak masak, nnt alang letak byk lagi resepi ye, tunguuu
org memang ternanti2 resepi tomyam ni.. ehe.. blh masak kat umah nanti.. tiap2 hari org bukk web ni.. nnti upload menu byk2 eh.. makanan jepun ke.. suka sgt tgk alang masak.. terus semangat nak mask kat umah nanti.. ehe..
boleh boleh...nnt beli santan n pes je ye, bahan-bahan lain, dayah agak2jelah nak campur ape ye
hehehe dayah, boleh2 guna pes tomyam segera tu, tp santan jgn byk sgt ye, dayah agak2 je, setengah cawan tu ok dah, kakros ni sbb takde pes tomyam tu yang tumis sendirit tu
hehehe takpe eda, kakros pun baru tu gak, sbb ade tulis kt tin dia tu, klu tak pa nggil cendawan thai je heheheee
boleh tak kalau nak ganti jus limau and cili kisar tu ngan pes tom yam beli kat kedai je?sebab leceh la nak beli jus limau and cili kisar tu kan.Just tambah santan je
Kalau nak ganti kan jus lemon and cili kisar tu dgn pes tom yam beli kat kedai je,and then tambah santan boleh x?Macam leceh la nak beli jus limau and cili kisar tu
-Hidayah-
sy suke jugak straw mushroom ..
sgt beh nak chew dia ..
baru neh tau name dia straw muhsroom ..
huhu ...
hahahaha, dah finish lah kak, tu menu ahad lepas tu heheehe, ampun kak, lupa nak tinggalkan, nnt ros buat lain khas buat akak ye...jgn sedih2 ye, satu belangan nnt ros kasi heheeee
kt restoren thai tu mmg sedapkan kak, ros pun suke, klu kakita cukup bahan leh buat ye...
kakchik ade masa leh cuba, rasa nye sedap tau, masam masam lemak gitu, jgn nangis kakchik, susah hati ros nanti
RSS feed for comments to this post.