Masakan - Makanan Laut

Share

Bahan-bahanya- sumber resepi dari hubby ros, dia yang ajar ros resepi ni : )

1 paket hotate- scallops ( ade dalam 10 ketul)

1/4 batang negi ( daun bawang)

1 sudu besar butter

1 1/2 sudu besar soyu - kicap cair jepun

Caranya

1. Mula-mula rebus hotate hingga separuh masak, air tu agak-agaklah dlm 1 1/2 cawan je, angkat dan toskan. ( air rebusan hotate tu jangan di buang).

2. Kemudian panaskan fry pan dan masukkanĀ  butter dan saute hotate tadi, balik-balikkan hingga warna keperanganĀ  ( yaki iro), selepas itu masukkan air rebusan tadi, biarkan mendidih.

3. Akhir sekali, masukkan soyu dan negi, biarkan seketika, angkat dan hidangkan. hotate bata yaki ni harum je dengan aroma butter dan daun bawang tu, selalu jugak ros buat lauk ni. Anda pasti menggemarinya. Selamat mencuba.

Nota: Menu ni ringkas je, nak buat pun tak guna masa lama, ros ingat lagi abang selalu masakkan ros lauk ni masa ros dalam pantang lahirkan Kakak Damia dulu, rasa abalone ni memang manis je, masa kat hospital bersalin tu pun menu dia abalone , tapi dimasak dengan cara lain lah, scallopsĀ  mempunyai sumber magnesium, Vitamin B12 dan Vitamin E, bagus untuk membina tisu baru dan baik untuk kesihatan.

Share

 

Comments  

 
0 #4 2010-03-16 16:54
Quoting mar:
salam kak ros...

waahh sedap nye nampak..
kak abalone dgn scallop rupanya nak same ke ye? tgk yg akak selalu masak ni macam scallop...hihi (baru nak belajar kenal2 seafood) .. x pernah lagi makan abalone ni...

huhu, Mar thanks ya betulkan kakros, tulah nak tulis omputih kan dah salah, kakros ingat abalone tu hotate rupanya awabi hahaha, kakros dah betulkan dah semua resepi yang ade scallop ni...malunye ni..huhuhu
Quote
 
 
+1 #3 2010-03-16 16:34
salam kak ros...

waahh sedap nye nampak..
kak abalone dgn scallop rupanya nak same ke ye? tgk yg akak selalu masak ni macam scallop...hihi (baru nak belajar kenal2 seafood) .. x pernah lagi makan abalone ni...
Quote
 
 
0 #2 2010-03-15 08:52
Quoting tiha:
abalone ni mcm gamat ke yek?

abalong ni macam mane nak describe ek, bukan mcm gamat, dia sejenis kerang, cengkerangnya besar, isi nye kecik je, tp manis..
Quote
 
 
0 #1 2010-03-14 08:56
abalone ni mcm gamat ke yek?
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh