Masakan - Makanan Laut

Share

Ros buat masakan Thailand pula, sebenarnya kena pakai isi ayam, tapi ros tukar pada udang, hihi, tapi rasa buleh tahan jugak, ros guna pes segera je, sumbangan dari Kakak yang kt Bangkok tu, sape lagi kalau bukan Kak Ika , kalau takde pes tomka segera, boleh juga ikut resepi ni ye. : )

Bahan-bahanya

500gram isi ayam - ( ros tukar dengan udang)

2 inci lengkuas

2 batang serai (dititik)

4 helai daun limau purut ( dicarikkan)

600ml ke 700ml santan

2 sudu besar sos ikan

2 sudu besar jus limau@lemon

7 biji cili padi ( dibelah tengah)

sedikit hirisan carrot dan cendawan

Cara-caranya

1. Di dalam periuk masukkan santan, biarkan mendidih, kemudian masukkan lengkuas, serai dan daun limau purut, biarkan seketika, kacau selalu.

2. Selepas itu masukkan cili padi, sos ikan dan jus limau nipis serta ayam@udang, kacau sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam, masak sehingga kuah agak pekat dan hidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak tambah dengan straw mushromm pun lagi sedap ni, ros cuma guna kinoko je dan tabur sedikit dengan daun ketumbar, memang naiklah aroma tomka ni, lain kali ros nak try guna isi ayam pulak : )

Share

 

Comments  

 
0 #2 2010-03-24 17:50
Quoting Kak Watie:
Salam Ros bak sudu cepat Akak nak hirup....tak nak lah yang lain kali tu..sebab Ros nak letak ayam kan?Yang Udang ni memang kena sangat dengan tekak Akak....tak pernah buat tom ka ni lagi...!

try lah buat kak, tu ade resepi sempoi tu heheeh, aa best best kak guna udang, ni sudu, cedok sendiri ye, ros siap bagi bowl kecik ni heheee
Quote
 
 
0 #1 2010-03-24 13:31
Salam Ros bak sudu cepat Akak nak hirup....tak nak lah yang lain kali tu..sebab Ros nak letak ayam kan?Yang Udang ni memang kena sangat dengan tekak Akak....tak pernah buat tom ka ni lagi...!
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh