Paprik Udang
| Masakan - Makanan Laut |
| Share |

Bahan-bahanya
10 ekor udang saiz sederhana
1/3 biji carrot ( potong anak mancis)
8 batang kacang panjang/buncis ( dipotng 3@4 bahagian)
1/4 bij bawang besar ( dihiris kasar)
1/4 biji bunga kobis saiz sederhana ( potong kecil)
2 helai daun limau purut ( dicarik kasar)
2 inci halia ( dicincang halus atau disagat)
1 biji bawang putih ( diketuk dan dihiris halus)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil kicap manis ( tak nak letak pun takpe)
garam
dua batang putik jagung ( ros tak letak sbb takde)
suku cawan air
Cara-caranya
1. Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bawang putih, halia dan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan, sos cili, sos tiram, suku cawan air dan daun limau purut.
2. Selepas itu masukkan carrot dan biarkan sebentar, setelah carrot agak layu baru masukkan kacang buncis, bunga kobis, putik jagung dan udang, kacau sebati.
3. Akhri sekali masukan bawang besar, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, setelah sayur agak layu, angkat dan hidangkan panas-panas, selamat mencuba.


Nota: Kalau suke berkuah boleh tambah kuantiti air nye, dan udang tu juga boleh ditambah dengan sotong atau pun gantikan saje dengan isi ayam atau hirisan daging. Masakan yang senang dan sedap dimakan, ros gandingkan paprik udang ni bersama telur dadar je, buat tambah-tambah menu : )
| Share |























Comments
serai ros tak letak, sbb nak jimat heheheh, sayang nak guna, tp klu letak serai mmg best kannn, wangii jeeee
kak ija, ros n baby dlm perut sihat je, dah kicking dah hehee, geli sikit heheeh, alhamdulillah semua sihat ye....
ala kak ummi, kesianye alergic udang, takkpe kak stop dulu ya makanudang, biar elok dulu, ke kena udang mahal besor sikit baru tak allergic, jgn marah kak ummi ros gurau je tu, kak ummi sihat ke tu?
heheehehe, org osaka dah buat paprik, bila pulak giliran org shah alam?
kan mmg kena sgt kan ngan telur dadar tu heheee
Terima kasih bertanya khabar..kak ijan sekeluarga sihat... hopefully Ros dan semua pun sihat sihat ye.... baby kecit dalam peyut cemana? dah kicking2 ke? hehe
Bestnye paprik udang... selalu ayam je.tukar2 best jugak.
RSS feed for comments to this post.